Mencari Arabic Nougat Honey Rose

8:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami hanya sempat jalan-jalan di mall pada petang terakhir, sebelum esoknya meninggalkan Makkah. Amie ingin membeli nougat honey rose yang belum ditemui sepanjang lawatan di sekitar Makkah selama lima hari. Ada seseorang pesan kalau jumpa, belikan sedikit untuknya. Berpusing-pusing kami mencari, dan setelah kami keluar mall, seorang rakan jemaah memberitahu nougat candy  ada dijual ditempat kami cari tadi. Tentu ada nougat honey rose juga. Katanya di sebelah pintu masuk bersebelahan dengan kaunter. Cepat-cepatlah Amie dengan Encik Suami berlari semula ke tempat tersebut dan ketika sampai, kami tunjuk nougat candy, tetapi pekerja di situ memberitahu : Solat! Solat! Rupanya sudah hampir waktu asar. Kedai mesti ditutup dan dibuka semula selepas solat. Kami pun akur, dan terus menuju ke masjid.

Sekembalinya kami dari masjid tidak dapatlah kami ke kedai itu semula kerana kami mengikuti aktiviti ke Gua Hira. Kami harap, setelah selesai aktiviti ke Gua Hira dan makan nasi unta, sempatlah   masuk semula ke mall, dan beli nougat candy. Alhamdulillah. Mall tutup pukul 12 malam. 

Arabic Nougat Honey Rose tidaklah dijual sejenis, tetapi dicampur dengan pelbagai jenis manisan yang lain. Oleh kerana Amie minta lebihkan jumlahnya, jadi banyaklah dapat Arabic Nougat Honey Rose berbanding manisan yang lain. Di dalamnya ada kepingan kacang pistachio dan bahagian luarnya dibalut dengan kelopak bunga ros.

Arabic Nougat Honey Rose


Arabic Nougat Honey Rose bercampur dengan pelbagai jenis manisan lain.

Arabic NOUGAT Candu : 89.95SAR sekilogram


Gula-gula ini pun sedap! Tak rugi beli untuk dijadikan buah tangan anak-anak kecil. Satu kilogram berharga 32.95SAR



Harga kekacang di sini lebih mahal berbanding kekacang yang dibeli di luar, seperti gerai-gerai yang ditemui semasa lawatan.


Kacang Brazil : 110SAR sekilogram.






Kami sempat meronda kawasan teh. Ada macam-macam jenis sampai tak tahu nak pilih mana satu. Tapi belilah juga sekotak.



Sempat makan ais krim.

Ketika ini sudah hampir pukul 11 malam. Kami segera keluar dari mall dan pulang ke hotel. Ketika hendak masuk ke lobi hotel, terpandang pula McDonald! Nak juga rasa McDonald di Tanah Arab!




Inilah rupa Big Mac di Makkah dengan harga 29SAR termasuk cukai dan bersamaan RM37.41 sen.

Apa pun, puas hati dan gembira dapat bawa pulang Arabic Nougat Honey Rose!

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

18 comments

  1. Nanti nak tengok la kat kedai arab sini, ada tak jual Nougat Honey Rose tu, cantik dan tentu sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu tak tahulah juga, sebab rasanya manis dan makan sekali kelopak bunga ros. Saya makan sikit jew, potong kecik tapi yang suka makan manis memang habislah makan sebungkus.

      Padam
  2. Cantik pulak tengok nougat honey rose tu, kalerful.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan. Unik betul dibalut kelopak bunga ros. Wangi.

      Padam
  3. Menarik nougat honey rose. Macam-macam jenis manisan ada di sana rupanya ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak jumpa yang jual satu-satu jenis. Semuanya bercampur.

      Padam
  4. mbul suka betul dengan nougat, biar agak lengket tapi manis nya enak. apalagi kalau banyak varian rasa begini. Ais krim tampak menyegarkan yummy!! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat nougat tentu akan teruja melihat keunikannya.

      Padam
  5. rs mcm lg mahal big mac kat sana. sini dlm rm20++ kan? haha sy agak je. sbb lama dah x mkn mekdi ni...

    ooo k amie suka yg nougat yg ni ya? mmg sedap. dah mkn boleh jd ralit😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lebih mahal Anies. Harga 29SAR, tapi bila kita hulur 30SAR dia tak pulangkan bakinya pula. Katanya: Khalas!

      Padam
  6. rambang mata nengok segala kacangan dan nougat tu kak, mesti sedap kan rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rambang mata dibuatnya. Hari-hari tengok kacang di sana-sini sampai tak tahu nak beli mana satu, akhirnya di saat akhir baru kelam kabut nak beli! Baru teringat esoknya selepas tawaf wida dah tak boleh beli lagi!

      Padam
  7. tak pernah nampak plak nougat honey rose tu kat area KL ni...kena tanya la kot kan...nampak menarik dah tu

    BalasPadam
  8. cantik nouget mcm2 color ada.. RM37.41 utk mc d boleh tahan mahal juga tu

    BalasPadam
  9. Rajin Puan Amie teroka tempat makan.
    Hehe kalau saya harap makanan yang tempat penginapan sediakan.

    BalasPadam
  10. Kalau saya pasti tak sudah audah mengunyah kekacang kerana saya sangat suka kekacang.Nougat rose ni macam teringin nak cuba cantik sangat.selalu makan nougat pistacio saja.
    Gegula warna-warni tu nostalgianya😍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe