| Betik Mengkal |
| Pucuk dan Bunga Betik. |
| Jagung Segar |
| Buah Peria |
Penjaga kubur beritahu kami, buah ini dipanggil buah keulayu. Kami sempat makan beberapa biji. Yang sudah masak berasa manis tetapi ada sedikit kelat. Penjaga kubur kata, kalau selalu makan buah ini boleh menurunkan kolesterol dalam badan. Wallahu'alam.
Teringat pernah melihat rupa buah ini dalam blog Mama Cella. Katanya, buah ini namanya buah mertajam : BUAH MERTAJAM NOSTALGIA & CERITA ACHIK KENA SENGAT IKAN KELI MASA ZAMAN KANAK-KANAK
Harapnya buah keulayu dengan buah mertajam ini bermakna buah yang sama!
| Buah Keulayu di Makam Tengku Di Bitay |
Boleh dikatakan setiap hari Amie akan bawa dua biji epal. Sebiji epal merah dan sebiji epal hijau serta dua hingga tiga biji telur rebus dalam bakul bekalan.
Amie kongsikan dari Berita Harian : 1,001 Macam Khasiat Tersembunyi Epal, Yang Ramai Orang Tak Tahu
- Kurangkan kelaparan.
Epal juga boleh digunakan sebagai snek antara masa makan untuk mengurangkan kelaparan dengan jumlah kalori yang rendah. Epal adalah sajian terbaik sebagai sebahagian diet sihat yang menggalakkan penurunan berat badan untuk membolehkan kita kekal sihat dan cergas. Snek yang kaya potasium ini adalah pilihan terbaik kerana mudah dibawa dan dimakan tanpa perlu dipotong terlebih dahulu. Mengambil sebiji epal sebelum memulakan aktiviti fizikal meningkatkan stamina ketika bersenam. - Cegah pelbagai penyakit. Amalan pemakanan ini membantu mencegah pelbagai penyakit. Epal juga terbukti meningkatkan melawan penyakit, malah dipercayai merawat sebarang kerosakan pada sel tubuh. Buah ini juga kaya dengan serat yang memberi kebaikan kepada sistem penghadaman. Membantu menyingkirkan toksin, seterusnya meningkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan.
- Pilihan epal.
Antara epal yang sering didapati adalah jenis Gala, Fuji, Granny Smith, Red Delicious, Golden Delicious, Honeycrisp, Crisp Pink, Jonagold dan Braeburn yang mempunyai rasa manis tersendiri. Ia juga berbeza dari segi warna dan tekstur selain mempunyai kegunaan khusus misalnya untuk penghasilan jus, salad, pai, sos, pencuci mulut atau sekadar menikmatinya sebagai snek sihat.
| Stok epal campuran jenis untuk di rumah dan bekal ke ladang. |
- Kaya dengan flavonoid.
Epal kaya dengan bahan flavonoid bagi mengurangkan aktiviti pertumbuhan kanser. Bahan seperti triterpenoid dalam kulit epal juga mempunyai sifat anti kanser.
- Meningkatkan aktiviti otak.
Kajian terbaharu mendapati tikus yang diberi minum jus epal dapat mengelak masalah Alzheimer dan melawan kesan penuaan pada otak mereka. Ia juga meningkatkan aktiviti otak dan membuatkannya lebih cerdas. - Gigi lebih kuat dan putih.
Epal mampu menggantikan berus gigi kerana menggigit dan mengunyahnya menggalakkan pengeluaran air liur. Ini membantu mengelak masalah gigi reput dan mengurangkan bakteria dalam mulut. - Menjaga kesihatan otak.
Kajian mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan makanan tinggi serat mampu mengelak daripada Parkinson kerana penyakit itu berlaku apabila sel saraf yang hasilkan dopamine terjejas sedangkan epal mampu menjaga kesihatan otak. - Menurunkan kolesterol.
Epal mempunyai serat larut yang mampu 'menarik' dan membuang kolesterol daripada tubuh, seterusnya menjadikan paras kolesterol menurun. - Jantung lebih sihat.
Pengambilan serat tinggi menurunkan kolesterol, seterusnya menjadikan jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko pengumpulan plak pada salur arteri. - Mengelak pembentukan batu karang.
Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang. - Mengelak sembelit.
Pengambilan serat tinggi melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan proses pembuangan najis mudah, seterusnya memelihara kesihatan diri.
| AI Generatif Google Gemini |
| AI Generatif Google Gemini |
- tarik nafas dalam 5 saat
- minum air kosong
- berehat 5–10 minit
- baca doa ringkas atau zikir
Oleh kerana tidak jadi masak, kita ceritalah sahaja apa yang dicari di Pasar Tani LD pagi tadi. Selain membeli sarapan, kami beli buah-buahan. Kami tidak beli sayuran hijau sebab masih ada stok dalam peti sejuk.
Mata terpandang petai! Harganya pun jauh lebih murah dari biasa. Sekilogram RM30.00. Alhamdulillah, sampai di rumah apabila dikopek, tidak ada orang di dalamnya. Selain petai, beli juga jantung pisang dan juga cili hijau. Itulah antara 'sayur' yang kami beli. Beli juga telur masin.
Paling tak sabar tentulah hendak makan petai!
| Petai, jantung pisang & cili hijau. |
| Beli buah-buahan tempatan. |
| Belimbing |
| Jambu Air Madu |
| Jambu Bol |
| Betik |
| Salak Madu |
| Manggis |
Esoklah kita masak asam pedas ikan.... ahaks!
Jom cerita tentang epal
| Epal Hijau & Epal Merah |
| Fuji Apple |
| Granny Smith Apple |
| Dua biji mangga udang. |
| Sebiji sudah gugur ke bumi! |
| Mangga Udang A |
| Mangga Udang B |
Jadinya sementara kita merayap, marilah teka berat mangga udang dua biji itu. Seorang pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan paling tepat.
Selamat meneka dan jumpa lagi.