Gelang Kuning : Economy Far East Meal
7:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Di Makkah Hotel & Towers, kami diberikan gelang kuning setiap sorang. Gelang kuning ini wajib ditunjukkan di pintu masuk dewan makan. Sekiranya petugas di situ seorang lelaki, kalau kita terlupa bawa, dibenarkan sahaja masuk tetapi kalau petugas perempuan, memang tak boleh ampun! Dia suruh ambil gelang kuning yang tertinggal itu! Aduuuussss! Kalau Amie memang tak sangguplah hendak naik ke bilik mengambil gelang tersebut dan turun semula. Baik tidur sajalah dalam bilik. Menguji kesabaran betul kan?
Bukan apa. Hendak naik ke bilik satu hal pula kerana terpaksa bersusun menunggu giliran naik lift! Ikut kebiasaan memang akan tunggu paling cepat 12 hingga 15 minit tetapi biasanya lebih daripada itu kecuali di luar waktu puncak! Bayangkan hanya ada dua lift yang digunakan. Lift itulah yang akan mengangkut semua orang yang hendak menggunakannya. Kalau turun lift lagilah kena berganda sabarnya! Setiap tingkat pintu lift akan terbuka sebab di setiap tingkat itulah juga ramai yang sedang menunggu. Kami, kalau hendak gunakan lift memang akan terus masuk kalau pintu lift terbuka, ikut saja naik ke tingkat atas sampai ke tingkat 27 dan kemudian turun. Kalau tunggu betul-betul lift bawa kita dari tingkat 9 ke tingkat 6 (dewan makan) atau terus ke lobi, baiklah turun gunakan tangga.
Lift sesak kerana digunakan serentak pada masa yang sama untuk ke masjid dan dewan makan. Ada tiga lift tetapi hanya dua digunakan untuk tetamu manakala sebuah lagi untuk kegunaan pekerja hotel membawa barang seperti keperluan bilik, beg tetamu, tilam dan sebagainya.
Eh, cerita gelang kuning membawa kepada kesesakan lift pula!
Inilah gelang kuning yang kami sentiasa gantung di leher. |
Kali pertama mencari dewan makan, kami terpusing-pusing mencari pintu. Barangkali dewan makan yang sangat luas, jadi banyaklah selok-belok dan lorong yang perlu dilalui. Kadang-kadang kami diarahkan menuju ke dewan makan yang berbeza dari yang sebelumnya disebabkan sesak dengan jemaah umrah. Ikut sahajalah arahan petugas di sini. Biasanya kami makan di Al Fayhaa Restaurant.
Waktu makan yang ditetapkan:
- Sarapan : 06:00 - 10:30 pagi
- Makan Tengah Hari : 01:00 - 03:00 petang
- Makan Malam : 07:00 - 11:00 malam
Menu sarapan pagi pertama di Makkah Hotel & Towers. |
Kami masuk ke dewan makan pada pukul 09:00 pagi. Ketika ini tidaklah ramai orang. Biasanya selepas solat subuh, memang penuh meja dan kerusi dan kadang kala terpaksa menunggu meja kosong untuk makan.
Selepas solat zohor, kami dikehendaki berada di dalam bas pada pukul 01:30 tengah hari. Ketika ini ramailah yang mengadu belum sempat makan, masih menunggu untuk naik atau turun lift. Kami pun menghadapi masalah yang sama. Kami dijadualkan menuju ke Hudaibiyah (miqat - niat ihram di sana) untuk umrah kali kedua. Encik Suami pula terlupa niat mandi sunat ihram. Kata Encik Suami, kalau hendak makan tengah hari, Amie masuklah dahulu ke dewan makan, sementara Encik Suami masuk ke bilik untuk mandi. Ini bermakna Encik Suami pula yang tidak sempat makan kerana jam sudah menunjukkan pukul 01:20 petang. Tiba-tiba dapat mesej daripada mutawif, jadual ke Hudaibiyah ditunda hingga ke pukul 02:30 petang memandangkan ramai yang belum sempat makan tengah hari.
Setelah selesai urusan Encik Suami, kami cepat-cepat turun ke dewan makan dan ambil makanan mana yang sempat sahaja. Makanan yang dihidangkan pula terdiri daripada dua budaya, iaitu masakan Asia dan Timur Tengah. Seperti biasa, masakan Asia terdiri daripada nasi putih dan lauk-pauknya pula terdiri daripada sayuran dan ayam serta daging masak kari. Banyak juga pilihan salad. Pelbagai jenis pencuci mulut disediakan, tetapi kesemuanya manisan dari Timur Tengah.
Encik Suami: Nasi Arab Kambing |
Amie : Nasi Arab Ikan |
Bas yang membawa kami ke Hudaibiyah. |
Kiranya gelang kuning itu kami bawa bersama ke mana sahaja, baik di Masjidil Haram sampailah melawat ke luar kawasan selama menghuni di Makkah Hotel & Towers.
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
9 comments
Kena jaga elok2 gelang kuning tu!
BalasPadamTeringin nak ke sana...Ya, Allah permudahkan urusan hambamu ini.
BalasPadamrindunye nk g umrah lg.. aminn
BalasPadamBagus juga ada gelang tangan tu cuma kalau tertinggal tu yang jenuh nak ambil semula.
BalasPadamtak dapat nak bayang kalau pakcik makcik yang uzur tertinggal gelang kuning...aduh kesiannya
BalasPadammesti akak rindukan lagi suasana kt sana kan kak.... Gelang kuning tu lagi bernilai dari gelang emas ye kak masa tu...
BalasPadamnaya juga kalau tertinggal gelang kuning tu ye kak amie!
BalasPadamGelang yang sangat bernilai yer cikgu🤭
BalasPadamGelang kuning ni memang lagi berharga dari gelang emas kan kak
BalasPadam