Pesan Udang Goreng Dapat Pisang Goreng!

12:02 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau singgah di Sabah Tea Restaurant di Ladang Teh Kampung Nalapak, Ranau, Encik Suami suka minum kopi. Maklumlah hendak segarkan mata memandu jauh dari Ranau melintasi Telupid hingga ke Lahad Datu. Memandangkan kami hanya akan singgah solat di Telupid, jadi kami bercadang untuk makan tengah hari (nasi) di sini. Sekarang sudah pukul 15:30 petang. Masih adakah nasi untuk kami?
Kami memesan:
  • Nasi Putih
  • Kari Ikan
  • Udang Goreng Salut Tepung
  • Kentang Goreng
  • Sabah Tea Ice Cream
  • Green Tea Latte
  • Kopi Tenom

Pisang Goreng

Firdaus dengan Sabah Tea Ice Cream kegemarannya.

Bukan main manja lagi anak dengan baba. Maklumlah lama ditinggalkan.

Seteko Kopi Tenom

Secawan Kopi Tenom untuk Encik Suami.

Firdaus tuangkan susu ke dalam cawan kopi.

Hasil bancuhan kopi susu oleh Firdaus.

Firdaus : Green Tea Latte

Firdaus : Kentang Goreng

Nampaknya anak-beranak ini saling bersuap-suapan!

Kari Ikan


Kami memilih Kari Ikan kerana di dalamnya bukan sahaja ada ikan tetapi juga sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang dan tomato. Jadi tak perlulah memesan sayur lagi. Hanya kami berdua yang makan nasi. 


Udang Goreng Salut Tepung yang kami tunggu, tetapi datang pula pisang goreng. Pelayan yang hantar makanan tunjukkan resit pesanan, bahawa kami minta pisang goreng. Melihat pisang goreng yang comel-comel susunannya, kami pun minta letakkan sahaja pisang goreng itu di atas meja kami. Dan kami minta Udang Goreng Salut Tepung pula. Sementara menunggu udang goreng siap, kami makan pisang goreng dulu.


Ketika menikmati pisang goreng sambil minum kopi, terlupalah seketika akan nasi yang terhidang! Eh, sedaplah pisang goreng yang digoreng sebiji-sebiji ini. Isinya memang ranum, manis, bahagian luarnya pula rangup!

Tiba-tiba datang pelayan restoran yang mula-mula mengambil pesanan kami. Katanya, dia salah tick pesanan. Sepatutnya Udang Goreng Salut Tepung tetapi dia tertanda pisang goreng! Kami kata, tidak mengapa. Kami makan pisang goreng yang dihidang dan rasanya sangat sedap! Masukkan sahaja harganya dalam resit pembayaran. Udang Goreng Salut Tepung itu kami tunggu! Mungkin dia risau kalau kami buat aduan kot.


Sebiji demi sebiji pisang goreng masuk ke mulut. Mungkin pisang emas!


Setelah habis kami makan pisang goreng, barulah sampai Udang Goreng Salut Tepung. Tidak rugi makan pisang goreng. Kalau ada kesempatan datang ke sini lagi, memang hendak makan pisang goreng sekali lagi!

Udang Goreng Salut Tepung

Jom makan nasi.

Akhirnya dapat makan kedua-duanya sekali : Pisang goreng yang comel dan Udang Goreng Salut Tepung.


13 comments

  1. Baru semalam makan pisang goreng jugak, dah lama tak makan jadi sekali beli tu RM10 terus buat minum petang. Kebetulan suami pun WFH jugak semalam.

    BalasPadam
  2. lah ingat kan udang salut tepung bertukar menjadi pisang goreng rupanya tersalah tulis pesanan

    BalasPadam
  3. Olololo.... suap-menyuap pulak! Macam pengantin!

    BalasPadam
  4. Dah lama teringin rasa kopi Tenom, nampak pekat.
    Pisang goreng tu mereka hidangkan dengan apa? Nampak macam gula atau cream

    BalasPadam
  5. pisang tu digoreng sebiji sbiji ya, nmpk bulat. Dgn susunanya tu buat menarik selera

    BalasPadam
  6. tak pe kak. janji bukan ikan goreng. 😁pekena dgn kopi + pisang goreng.. fuhhh mmg mantap👍👍

    BalasPadam
  7. pisang goreng n udang goreng lain rasa tapi mmg sedap

    BalasPadam
  8. penasaran sama rasa pisang goreng nya. kari ikannya juga, MasyAallah 🤤

    BalasPadam
  9. dia datang minta maaf sejuk hati ye kak tambah pula pisang gorengnya sedap

    BalasPadam
  10. Wahh, ada pisang goreng, udang goreng dan kari. Lagi lapang hati bila mereka mengakui kesalahan sendiri, kan Kak Amie.

    BalasPadam
  11. Hikmah tersalah tick rupanya memang dah takdirnya rezeki dapat makan pisang goreng yang sedap dan nampak sangat mengiurkan..sini pisang gorengnya bukan sebiji sebiji tapi sebiji dibelah 8🤭

    BalasPadam
  12. Rezeki dapat rasa pisang goreng.
    Baguslah buat susulan kalau silap minta maaf.

    BalasPadam
  13. Bagus pelayan mengaku salah sendiri..takpe..ada lebihan rezeki..udang goreng sedap, pisang goreng pun sedap kan kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe