Minum Petang di Goldiana Cafe : Kelupis Udang & Aneka Cucur
1:35 PTGBismillahirrahanirrahim.
Sementara menunggu waktu keberangkatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kami turun ke lobi hotel dan menuju ke Goldiana Cafe & Lounge. Suasana di sini lengang, hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang ada. Jam menunjukkan pukul 15:15 petang.
Dengan baki wang sebanyak 36.7BND =RM132.00, kami memesan:
- Aneka Cucur - 10BND
- Kelupis Udang - 9BND
- Hot Tea - 3.20BND
- Peppermint Tea 4.30BND
Apabila dicongak-congak, tidaklah sampai 30BND!
Kami memilih tempat duduk berdua. |
Encik Suami : Hot Tea (ada hirisan halia). |
Amie: Peppermint Tea. |
Apabila dihidangkan Peppermint Tea, tiba-tiba rasa cuak pula! Bukan apa, nampak di katalog harganya 4.30BND, tetapi yang datang satu teko pula! Alamak! Mesti lain harganya nanti. Hot Tea (halia) Encik Suami datang segelas sahaja, dan bukannya seteko macam kita punya!
Hati semakin gelisah apabila Kelupis Udang (6 keping) didatangkan bersama semangkuk Kari Ayam! Kami tidak memesan Kari Ayam. Kami hanya pesan Kelupis Udang. Eh! Berapa harga yang perlu dibayar nanti? Duit hanya ada 36.7BND! Waktu memesan, memang sudah congak-congak harga tidak sampai 30BND dan kalau kena cukai, cukuplah 36.7BND itu nanti!
Kari Ayam |
Kelupis Udang & Kari Ayam |
Aneka Cucur : 10BND. |
Keladi Goreng & Pisang Goreng |
Keledek Goreng dan Cucur Udang dengan 3 jenis sos pencicah. |
Kelupis Udang |
Dalam keadaan masih tertanya-tanya mengapa lain yang dipesan, lain rupa bentuk yang dihantar, kami makan jugalah hidangannya. Kelupis Udang memang sangat sedap, ditambah pula cicah kari ayam. Amie berkira-kira berapa agaknya harga kesemuanya ini. Bagaimana kalau lebih 36.7BND? Mana nak cari dollar Brunei? Kami hanya memiliki MYR sahaja!
Kami makan jugalah sambil terus mencongak-congak bayaran yang akan dikenakan nanti! Selesai makan, kami ke kaunter pembayaran.
Allahu Akbar!
Bayaran yang dikenakan hanya 26.50BND sahaja! Tidak ada cukai pun. Keluar dari kafe, kami ketawa sambil menggeleng kepala!
Kata Encik Suami Kelupis Udang dengan Kari Ayam memang sangat sedap, tetapi rasanya tak berapa sedap pula apabila Amie sebut tak cukup BND untuk bayar nanti! Amie pula, tak berselera untuk habiskan Kari Ayam bahagian Amie sebab asyik memikirkan kami pesan Kelupis Udang, kenapa pula datang bersama Kari Ayam!
Apa pun, Cucur Udang dalam pinggan Aneka Cucur itu, saiz udangnya memang besar!
Cucur Udang dengan isi udang besar. |
Amie beritahu pekerja di kaunter pembayaran, Kelupis Udang sangat sedap! Ya, memang sangat sedap kerana itulah kali pertama kami makan kelupis inti udang dan dicicah pula dengan Kari Ayam.
Resit Pembayaran |
Malam itu, kami teruskan penerbangan dari Brunei ke Kota Kinabalu. |
17 comments
Alhamdulillah rezeki terliur mandang sedap semua
BalasPadamYa, Kak PI. Semua sedap.
Padamwahhh sampai dapat satu teko! Nampak sedap kelupis udang tu, kuah kari ayam pun pekat. Berbaloi dengan harga tapi suasana makan tu jadi tak syok sebab terfikir nak bayar nanati haha
BalasPadamItulah terkejutnya sampai dapat satu teko. Sedap memang sedap, tapi bila fikirkan macam ada yang tak kena, tu yang jadi tak berapa sedap... ahaks!
PadamNasib baik x lebih harganya ye kak...
BalasPadamAhaks!
PadamTerkejut dapat teh seteko dengan kari ayam!
Seriau memikir mana nak cari BND dalam kafe kalau kena bayar lebih.
harga mmg berpatutan dgn tiada cukainya. mkanan pun nampak sedap sgt tu kak amie
BalasPadamYa, betul tu. Cuma risaukan seteko teh dengan semangkuk kari ayam tu hihihiii.
PadamKesian Kak Amie, terus terganggu selera makan mengenangkan duit cukup ke tak untuk bayar makanan. Di Brunei tak boleh bayar guna kad kredit ke kalau duit tunai tak cukup?
BalasPadamMungkin boleh kot guna kad kredit.
PadamNak habiskan duit kononnya, tapi ada gangguan pula... ahaks!
Reasonable dengan harganya.. portion makan pun nmpk byk..
BalasPadamAini pernah order earl grey tea, lebih kurang macam K.Amie di restaurat mana ntah, dia akan serve with tea pot.. Rasanya klau ada order flavour tea dia akan serve dgn teaport kot..
Mungkinlah juga kan.
PadamKita terkejut sebab tengok teh Encik Suami dalam gelas, tapi kita punya pakai teko pulak.
Seteko tu...memang tak habis la kan 😅
BalasPadamKalau saya pun cuak, tak pasal kena basuh pinggan di belakang pulak 😄
Itulah Ujie... kami gelak-gelak sambil bergurau: Nanti kita kena basuh pinggan di belakang!
PadamAduhhh... lucu pun ada kak bila baca makan kelupis tak berapa lalu bila terkenangkan harganya.. apa pun Alhamdulillah sudah selamat semuanya masuk perut.
BalasPadamAik sekali lagi murah? Macam pelik juga.
BalasPadamHehe betul kalau risau memang tidak lalu makan sangat.
Wah..menarik..kelulis udang
BalasPadam