Kenali Warisan Budaya Arab di Muzium Al Amoudi Makkah
9:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, kami singgah di pinggir Kota Makkah, di daerah El-Shimeisi. Kami berkesempatan melawat sebuah muzium yang unik, dan menyaksikan pameran peradaban masyarakat Arab dari pelbagai daerah pada masa dahulu.
Muzium yang dibangunkan pada zaman Abu Bakar Al Moudi (1993) ini mempunyai keluasan 2000 meter.
Sekali pandang, Muzium Al Moudi jauh berbeza, ini tidak seperti muzium lain yang terkenal seperti Muzium Makkah atau Muzium Menara Jam.
Dari bahagian luar Muzium Al Amoudi ini, terlihat binaan tembok atau pagar seperti kubu Arab yang diperbuat dari campuran lumpur, jerami, pelepah kurma dan susu untuk menterjemah binaan rumah tradisional Arab zaman dahulu.
Marilah kita saksikan sendiri pelbagai bentuk dan hiasan dalaman tempat tinggal masyarakat Arab, dan cara hidup mereka. Seorang petugas Arab membawa kami ke tempat pameran dan menerangkan dengan baik menggunakan bahasa Melayu yang fasih.
Apabila petugas Arab bertanya jemaah, daripada apakah bekas minuman di atas di perbuat? Amie dapat jawab dengan betul iaitu kulit unta! Selepas itu, Amie tidak dapat ikuti lagi penerangan lanjut kerana beliau terlalu cepat bergerak!
Apa ada di sebalik pokok ini?
Apa yang menarik di sini ialah semua barang pameran terletak begitu sahaja tanpa penghadang sepertri cermin, dan pengunjung bebas untuk menyentuhnya!
Replika kunci Kaabah. |
Pancuran emas Hijir Ismail. |
Replika Hajar Aswad. |
Contoh benang sutera ( Disalut dengan emas dan perak untuk menghasilkan kelambu Kaabah yang dikenali dengan nama Kiswah.) |
Sulaman benang sutera (emas dan perak). |
Koleksi pedang. |
Pengisar gandum.
Oh! Kereta Mercedes Benz lama!
Seperti di tempat lain juga, mesti ada gerai jajan!
|
18 comments
Masyaa Allah panjang dan banyak foto2 perkongsian Aami kali ni, terima kasih.. kak ana tertarik dengan senibina bangunan dari bahan alami sama seperti eranya dahulu kala.
BalasPadamNampak bezanya dengan budaya hidup kita kan AJ.
PadamTerima kasih Kak Amie share byk foto dari muzium ni sebab tak tau ada rezeki ke tak nak ke sana tapi tengok dalam gambar pun dah puas.
BalasPadamTersenyum baca arahan jangan sentuh tu, mungkin sebab ramai sgt orang dari nusantara yg suka sentuh atau pernah rosakkan barang dalam muzium sebab tu diletakkan arahan tu dlm bahasa melayu hehe
Terkenal juga bahasa Melayu di Tanah Araba rupanya.
Padamterkejut sy nmpk perkataan jgn sentuh tu😁😁😁 maknanya kuat jg pengaruh org melayu kat sana...
BalasPadambila tgk gmbr2 ni mmg jauhhhh beza mekah skrg dgn mekah dulu esp drpd cara hidup
kita kat sini pun apa bezanya. sblm dan slps merdeka dan skrg
Yang menariknya, dinding diperbuat dari lumpur dicampur jerami dan susu. Tak tahu susu apa, susu unta kot nak bagi campuran tu lekat.
Padammenarik betul muziumnya kak, dan luas juga...
BalasPadamKeluasannya 2000 meter, kira okay jugalah kan sebab diusahakan secara persendirian, bukannya usaha kerajaan.
PadamPerigi dia betu2 macam lukisan buku kanak2
BalasPadamHaaa...iya! Perigi zaman dulu.
PadamBanyak benda- benda menarik yang berlainan dan xde di tempat kita kan...teruja tengok benang2 kiswah dan jugak kunci kaabah tu..
BalasPadamSaya tertarik dengan bekas air yang diperbuat daripada kulit unta tu. Dulu di sekolah, ustaz pernah cerita, sekarang dapat melihat do depan mata.
Padamdapat bayangkann keadaan org sana masa zaman dulu. uniknya Bekas air minuman yang diperbuat daripada kulit unta.
BalasPadamYa, agaknya kulit kambing atau lembu pun boleh dibuat bekas air kot.
PadamSaya tengok itenari Puan Amie seronoklah. Macam-macam tempat pergi. Mungkin kalau pergi umrah sekarang dapat pergi pelbagai tempat bersejarah.
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamBanyak tempat lawatan boleh diteroka.
Sukanya saya tempat macam ni...
BalasPadamUnik binaan temboknya siap ada campuran susu.
Bekas air tu teringat buku teks Geografi darjah 6 tahun 80-an dulu..ada gambarnya pundi air daripada kulit kambing dalam khemah orang Badwi.Masih terbayang
Kuat daya ingatan Mama Cella. Saya pernah tengok dalam buku tapi tak ingat buku apa.
Padam