Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas tamatlah anak-anak ladang kami menghadapi PPSA - Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik 2025. Minggu ini kami berpanas di padang untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan selama tiga hari berturut-turut. Memang rentunglah kita di tengah padang menjadi hakim lontar peluru.
Hari Jumaat sudah mula cuti sempena Pesta Kaamatan di Sabah dan Labuan, diikuti Cuti Penggal 1 Sesi 2025/2026.
Kali ini geng kaki jalan tidak terbang jauh. Kami hanya jalan-jalan di negeri dan negara jiran sahaja ikut jalan darat. Nampaknya sambil berjalan-jalan, sambil memikul tugas. Walaupun tidak rasa begitu gembira tapi terpaksa jugalah mengusung kertas peperiksaan untuk disemak di mana sempat. Amie sendiri kena memeriksa tujuh buah kelas. Bawalah skrip tiga buah kelas dalam beg sandang yang beratnya ya ampun! Kami sama-sama berjanji memperuntukkan masa di hotel sebelum tidur, beberapa jam untuk menanda kertas. Balik ke ladang pada minggu berikutnya, markah kena masuk dalam sistem.
Kawan-kawan:
Amie tutup dulu dapur maya ini buat sementara waktu.
Hingga bertemu kembali.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Amie tutup dulu dapur maya ini buat sementara waktu.
Hingga bertemu kembali.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.