Gelang Kuning : Economy Far East Meal

7:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Di Makkah Hotel & Towers, kami diberikan gelang kuning setiap sorang. Gelang kuning ini wajib ditunjukkan di pintu masuk dewan makan. Sekiranya petugas di situ seorang lelaki, kalau kita terlupa bawa, dibenarkan sahaja masuk tetapi kalau petugas perempuan, memang tak boleh ampun! Dia suruh ambil gelang kuning yang tertinggal itu! Aduuuussss! Kalau Amie memang tak sangguplah hendak naik ke bilik mengambil gelang tersebut dan turun semula. Baik tidur sajalah dalam bilik. Menguji kesabaran betul kan?

Bukan apa. Hendak naik ke bilik satu hal pula kerana terpaksa bersusun menunggu giliran naik lift! Ikut kebiasaan memang akan tunggu paling cepat 12 hingga 15 minit tetapi biasanya  lebih daripada itu kecuali di luar waktu puncak! Bayangkan hanya ada dua lift yang digunakan. Lift itulah yang akan mengangkut semua orang yang hendak menggunakannya. Kalau turun lift lagilah kena berganda sabarnya! Setiap tingkat pintu lift akan terbuka sebab di setiap tingkat itulah juga ramai yang sedang menunggu. Kami, kalau hendak gunakan lift memang akan terus masuk kalau pintu lift terbuka, ikut saja naik ke tingkat atas sampai ke tingkat 27 dan kemudian  turun. Kalau tunggu betul-betul lift bawa kita dari tingkat 9 ke tingkat 6 (dewan makan) atau terus ke lobi, baiklah turun gunakan tangga.

Lift sesak kerana digunakan serentak pada masa yang sama untuk ke masjid dan dewan makan. Ada tiga lift tetapi hanya dua digunakan untuk tetamu manakala sebuah lagi untuk kegunaan pekerja hotel membawa barang seperti keperluan bilik, beg tetamu, tilam dan sebagainya.

Eh, cerita gelang kuning membawa kepada kesesakan lift pula!

Inilah gelang kuning yang kami sentiasa gantung di leher.


Kali pertama mencari dewan makan, kami terpusing-pusing mencari pintu. Barangkali dewan makan yang sangat luas, jadi banyaklah selok-belok dan lorong yang perlu dilalui. Kadang-kadang kami diarahkan menuju ke dewan makan yang berbeza dari yang sebelumnya disebabkan sesak dengan jemaah umrah. Ikut sahajalah arahan petugas di sini. Biasanya kami makan di Al Fayhaa Restaurant.

Waktu makan yang ditetapkan:
  • Sarapan : 06:00 - 10:30 pagi
  • Makan Tengah Hari : 01:00 - 03:00 petang
  • Makan Malam : 07:00 - 11:00 malam

Dewan Makan di Tingkat 6

Menu sarapan pagi pertama di Makkah Hotel & Towers.


Kami masuk ke dewan makan pada pukul 09:00 pagi. Ketika ini tidaklah ramai orang. Biasanya selepas solat subuh, memang penuh meja dan kerusi dan kadang kala terpaksa menunggu meja kosong untuk makan.


Selepas solat zohor, kami dikehendaki berada di dalam bas pada pukul 01:30 tengah hari. Ketika ini ramailah yang mengadu belum sempat makan, masih menunggu untuk naik atau turun lift. Kami pun menghadapi masalah yang sama. Kami dijadualkan menuju ke Hudaibiyah (miqat - niat ihram di sana) untuk umrah kali kedua. Encik Suami pula terlupa niat mandi sunat ihram. Kata Encik Suami, kalau hendak makan tengah hari, Amie masuklah dahulu ke dewan makan, sementara Encik Suami masuk ke bilik untuk mandi. Ini bermakna Encik Suami pula yang tidak sempat makan kerana jam sudah menunjukkan pukul 01:20 petang. Tiba-tiba dapat mesej daripada mutawif, jadual ke Hudaibiyah ditunda hingga ke pukul 02:30 petang memandangkan ramai yang belum sempat makan tengah hari.

Setelah selesai urusan Encik Suami, kami cepat-cepat turun ke dewan makan dan ambil makanan mana yang sempat sahaja. Makanan yang dihidangkan pula terdiri daripada dua budaya, iaitu masakan Asia dan Timur Tengah. Seperti biasa, masakan Asia terdiri daripada nasi putih dan lauk-pauknya pula terdiri daripada sayuran dan ayam serta daging masak kari. Banyak juga pilihan salad.  Pelbagai jenis pencuci mulut disediakan, tetapi kesemuanya manisan dari Timur Tengah.

Encik Suami: Nasi Arab Kambing

Amie : Nasi Arab Ikan

Bas yang membawa kami ke Hudaibiyah.

Kiranya gelang kuning itu kami bawa bersama ke mana sahaja, baik di Masjidil Haram sampailah melawat ke luar kawasan selama menghuni di Makkah Hotel & Towers.

8 comments

  1. Teringin nak ke sana...Ya, Allah permudahkan urusan hambamu ini.

    BalasPadam
  2. Bagus juga ada gelang tangan tu cuma kalau tertinggal tu yang jenuh nak ambil semula.

    BalasPadam
  3. tak dapat nak bayang kalau pakcik makcik yang uzur tertinggal gelang kuning...aduh kesiannya

    BalasPadam
  4. mesti akak rindukan lagi suasana kt sana kan kak.... Gelang kuning tu lagi bernilai dari gelang emas ye kak masa tu...

    BalasPadam
  5. Gelang yang sangat bernilai yer cikgu🤭

    BalasPadam
  6. Gelang kuning ni memang lagi berharga dari gelang emas kan kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe