Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kita sengaja cari pasal supaya boleh singgah makan di Happy Spoon lagi. Kita hanya bawa bekal buah tembikai dan buah honeydew sahaja. Jadi, menjelang tengah hari sudah tentulah rasa lapar yang tak boleh dibawa bincang. Encik Suami senyum-senyum sahaja apabila kita kata hendak makan di Happy Spoon. Firdaus bertambahlah gembiranya! Sebelum ke sekolah agama boleh isi perut. Biasanya kalau sudah kenyang perutnya, Firdaus hanya bawa bekal air kosong saja. Dihulur duit belanja, katanya tak payahlah.
Amie sertakan sekali harga makanan supaya sesiapa yang terbaca entri ini boleh congak-congak terlebih dahulu untuk makan di sini. Seperti biasa, layanannya sangat bagus, cepat, sedap dan kebersihannya sentiasa terjaga.
Avocado Ice Shaved |
Firdaus tukang tulis makanan yang hendak dipesan:
- Nasi Lemak Ayam Penyet Special Happy Spoon
- Golden Salted Egg Chicken Rice
- Dried Butter Fish Rice
- Avocado Ice Shaved
- 3 Gelas Air Suam
Golden Salted Egg Chicken Rice RM15.00 |
Firdaus : Golden Salted Egg Chicken Rice |
Nasi Lemak Ayam Penyet Special Happy Spoon RM16.00 |
Amie : Nasi Lemak Ayam Penyet Special Happy Spoon |
Dried Butter Fish Rice RM13.50 |
Encik Suami : Dried Butter Fish Rice |
Ada tiga pilihan untuk lauk Encik Suami, samada ikan, ayam atau udang. Encik Suami pilih ikan. Terkejut juga melihat begitu banyak kepingan ikan tanpa tulang! Kita pun tolong meratah sama.
Avocado Ice Shaved RM18.50 |
Esok pagi kami akan terbang.
Jom lebarkan sayap berterbang-terbangan!