Lupa dah bila masanya buat Sambal Belacan Manggis!
Tak apalah!
Tepek jew di sini untuk rujukan anak-anak akan datang, sebab mereka pun suka makan sambal belacan manggis!
Seingat Amie ketika itu ada lebihan beberapa biji buah manggis yang tidak dimakan. Jadi, eloklah buat sambal belacan.
Inilah isi manggis itu.
Kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan, dalam apa juga sambal Encik Suami memang mahu tambah jus limau samada limau kasturi atau limau nipis! Amie pun bubuh lebih sikit, dan memang nampak cair jugalah sambal tu...ahaks! Jom lhat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
5 biji buah manggis - ambil isinya
garam / gula / perasa pilihan
7 biji limau kasturi - ambil jusnya
Bahan tumbuk - jangan terlalu lumat
20 biji cili padi
2 biji cili merah
2 cm belacan - bakar
Cara:
1. Masukkan isi manggis ke dalam lesung yang mengandungi bahan tumbuk.
2. Lenyek-lenyekkan sedikit isi manggis menggunakan alu.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
4. Perahkan jus limau kasturi.
5. Kacau sebati dan isikan ke dalam mangkuk.
Nyum...nyummm!
Isi manggis sudah sedia manis.
Tambah gula pasir, lagilah manis.
Kita seimbangkan dengan jus limau kasturi.... jadinya masam-masam manis!