Makan Malam di Bani Hashim Restaurant
11:54 PGBismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kami makan malam di Al-Fahyaa Restaurant, tetapi pada malam 04 Januari 2023, hari Rabu kami diarahkan masuk ke kawasan lain iaitu di Bani Hashim Restaurant. Setakat ini kami belum berkesempatan meninjau-ninjau kawasan hotel yang sangat luas ini. Rupa-rupanya Al-Fahyaa Restaurant sudah penuh sesak. Di Bani Hashim Restaurant, masih banyak meja kosong dan kami bebas memilih tempat duduk yang disukai.
Ke arah Bani Hashim Restaurat. |
Ruang makan yang masih kosong. |
Tidak perlu berebut tempat makan seperti di Al-Fahyaa Restaurant. |
Wajib 1: Minum segelas air kosong. |
Wajib 2: Minum segelas jus buah. |
Encik Suami : Sup Sayuran. |
Entah kenapa selepas bercukur, selalu termenung! |
Nasi Arab Kari Daging |
Tidak ada satu hari yang dilalui tanpa nasi arab! Nampaknya di Makkah Hotel & Towers ini setiap hari bertemu dengan nasi arab. Ada nasi mandi, nasi kabsah, nasi bukhari dan entah apa nama nasi lagi. Warnanya pun berbeza-beza, dengan rasanya yang memang sedap. Setiap kali ada hidangan nasi arab, memang tak lepas peluang mencicipinya.
Manisan Arab. |
Minman Panas : Teh. |
Encik Suami sudah terbiasa gunakan mangkuk sebagai cawan minuman panas! Katanya, boleh isi lebih dan tak perlu ulang-alik menambah minuman panas.
Sempat intai Al-Fahyaa Restaurant. |
Panpan tanda ini sangat penting, kerana kawasan yang sangat luas dan boleh menyebabkan jemaah tersesat jalan menuju ke dewan makan! |
Sempat ambil gambar dari luar Al-Fahyaa Restaurant ketika melintasinya untuk menuju ke lift. |
Al-Fahyaa Restaurant. |
Pemandangan dari luar Al-Fahyaa Restaurant. |
11 comments
Bolehlah menikmati makanan dgn lebih selesa ye Kak...
BalasPadamBetul PH. Tapi di sini, makanan dalam pinggan belum habis, pekerja restoran terus sauk bawa masuk dalam tong...ahaks!
PadamWajah En Majid termenung sebiji dah macam Daus termenung tak dapat Onion Rings kegemarannya, Kak Amie.
BalasPadamHahaaa.... penat tu SK. Maklumlah setiap hari ada aktiviti fizikal dan sudah tentu sangat meletihkan.
PadamHaaa..kat sini nampak selesa sikit dan banyak pilihan makanan..eh kenapa en suami Kak Amie tu menung plak tu..mesti time ni rindu kat Firdaus ni...
BalasPadamAgaknya memikirkan hari-hari hujan, lepas tu panas, hujan dan panas. Waktu tawaf ketiga pun dalam hujan.
PadamAgaknya sebab kepala dah rasa ringan tu yang termenung tu...hihi
BalasPadamSemoga Cikgu dan suami beroleh umrah yang maqbul.
Nampak sedap jeruk bit tu..Bila jumpa ubi bit kat pasaraya,nak beli tapi selalu tak jadi sebab tak tau nak mengolah
Amin ya Allah.
PadamSedap juga makan ubi bit jeruk kalau tambah sos dan balut dengan daun salad.
Saya pun sangat suka kalo menu makanannya banyak menu nasi Arab macam tuh. Gurih berempah. Apalagi tiap kali jalan ke luar negara, smyang saya cari memang kuliner khas setempat kak Amie.
BalasPadamSayangnya saat umroh trakhir, makanan yang disediakan travel umroh, malah makanan Indonesia untuk rombongan kami 😅. Padahal saya berharap bisa coba kuliner Arab. Terpaksa beli sendiri saat waktu kosong 😄
Di Madinah, kami disajikan masakan Indonesia / Malaysia. Jadi, kami mencari makan di luar kalau ingin cicipi masakan Arab atau Pakistan. Di Makkah, setiap hari ada menu nasi arab yang berbeza, jadi memang tidak lepas peluang makan di hotel.
Padamkosong dan lenggang sungguh ye kak....
BalasPadam