Panorama Sungai Landia kami tinggalkan bersama cangkir teh halia yang masih bersisa, kerana Danau Maninjau sedang memanggil kami! Danau Maninjau letaknya 140km sebelah utara Kota Padang, dan hanya 36 km dari Bukit Tinggi. Danau Maninjau merupakan tasik kedua terbesar di Sumatera Barat selepas Danau Singkarak yang berada di dua daerah iaitu Daerah Tanah Merah dan Kabupaten Solok. Di Indonesia secara keseluruhannya pula, Danau Maninjau tersenarai sebagai tasik yang ke 11 terbesar.
Sewaktu kami tiba, permukaan Danau Maninjau ditutupi awan nipis yang berarak perlahan melintasinya. Awan nipis (barangkali awan sirus) ini menghalang sedikit pandangan ke seberang, barangkali gunung-ganang atau banjaran perbukitan.
Angin yang bertiup lembut turut menerbangkan awan yang lebih tebal, seakan menenggelamkan awan sirus yang halus bak sutera itu! Tanpa disedari sebenarnya kami sedang berdiri di atas awan menyaksikan sebuah tasik nan indah hasil kejadian dari letusan gunung berapi!
Sekarang kita berada di atas awan, sebentar lagi kita turun ke bawah!
Berhampiran Danau Maninjau, terdapat gerai jualan kuih-muaih, yang kebanyakannya berasaskan labu! Tak sempat nak beli atau makan kuih ini (mungkin apam labu) sebab asyik 'menembak' susasana di sekitar.
Zana kata kuih labu ini sedap!
Terdapat juga kudap-kudapan seperti keropok (opak ubi), dan apa bendanya di bawah ini ye?
Sempat juga makan sekeping!
Ketika kami tiba di sini, tiada pemilik gerai ini. Kami kurang bernasib baik untuk merasai air tebu, dan juga pisang bakar. Apa agaknya rasa pisang bakar? Tiba-tiba teringat cerita Pak Andeh mati terkulat-kulat menelan pisang bakar yang disediakan Mak Andeh! Nampaknya, ada kopi kawa daun juga di sini. Masih terasa-rasa asap air kopi daun!
Rakan-rakan yang lain sibuk memilih cendera kenangan.
Shopping apalah juga tu, sampai tak sempat menoleh ke belakang! Hilang semua kepala di balik beg berkait!
Biarlah mereka di situ, Amie melihat-lihat pemandangan sekitar. Tak puas rasanya melihat awan berarak menyelubungi gunung dan hutan rimba!
Jom kita saksikan awan berarak melintasi permukaan tasik!
Akhirnya Danau Maninjau terpaksa kami tinggalkan kerana Kelok 44 pula sedang memanggil-manggil kami!
Walaupun sedang dalam perjalanan menuruni Kelok 44, namun masih sempat mencuri pandang arah ke danau yang sebentar hilang dari pandangan oleh halangan pohon dan bukit bukau, namun kemudian muncul semula apabila tiba di satu-satu tempat yang lain!
Ini sebahagian pemandangan menuju ke Kelok 44.
Namun, dibalik hamparan sawah padi dan rimbunan pohon jagung di sempadan petak bendang, masih terlihat Danau Maninjau nun...
Dalam perjalanan pulang dari mengunjungi rumah kelahiran Buya HAMKA, sekali lagi Amie ambil kesempatan merakam gambar dari dalam van. Memang sungguh menakjubkan! Dari kejauhan terlihat air tasik yang berkilau-kilauan seperti perak!
Siapa yang dapat menafikan kejadian alam nan indah ciptaan Dia Yang Maha Esa? Subhanallah!
Firman Allah dalam Surah Luqman Ayat 10:
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ ۚ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ
Maksudnyanya: Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya
dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu
tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam
jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami
tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.
Nampaknya setakat ini dahulu travelogue yang sempat Amie kongsikan, dan Amie akan sambung semula catatan percutian di Bukit Tinggi ini pada minggu hadapan. Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan kami, dan diharap anda turut merasai pengalaman bersama kami menjelajah bumi Bukit Tinggi terutama Danau Maninjau yang cantik mempesona ini!
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau