Disangka Kari Ayam Rupanya Kari Kaki Kambing!
8:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 02 Januari 2023
Hari : Isnin
Dingin terasa mencengkam seluruh tubuh apabila hujan tidak berhenti turun, ditambah pula dengan suhu yang memang sejuk di sekitar Madinah. Hari terakhir di Madinah, kami dikehendaki bersiap sedia dan meletakkan beg masing-masing di hadapan pintu pada pukul 9:30 pagi untuk dibawa turun oleh pekerja hotel.
Kami ambil kesempatan untuk bersarapan di Al Farez Restaurant memandangkan kedudukannya yang berhampiran di bahagian Royal Al-Andalus Hotel dan kurang terkena tempias hujan!
Seperti di restoran lain, untuk memesan makanan di sini tidaklah susah kerana hanya perlu tunjuk gambar makanan di atas kaunter pesanan.
Katalog gambar makanan dengan harga. |
Walaupun sudah pukul sembilan pagi, namun keadaan di sini masih gelap disebabkan cuaca mendung dan hujan.
Alhamdulillah. Ketika kami sampai, suasana tempat makan agak lengang. Jadi, tak perlulah tercari-cari meja makan. |
Kami memesan:
- Roti Naan
- Pakistani Chana Dhal
- Paya
- Teh Red
Total : 37 SAR
Paya : Gambar tengah. |
Teringin minum jus buah tetapi apabila memikirkan kami akan berangkat ke Makkah, terpaksalah batalkan hasrat. Bukan apa, takut perut meragam di tengah jalan!
Teh 0 |
Tidak lama kemudian, lengkaplah hidangan yang dipesan di atas meja kami.
Ada dua keping roti naan, sepinggan Pakistani Chana Dhal, dan Paya.
Pakistani Chana Dhal |
Pakistani Chana Dhal ini sangat sedap! Kacang kudanya lembut, dan kuahnya juga cukup rasa. Ditambah dengan roti naan yang masih panas, memang kami menikmatinya bersungguh-sungguh.
Paya pula lain macam rupanya! Kami sangka kari ayam, tetapi setelah diamat-amati rupanya kaki kambing! Amie bertanya ke kaunter, adakah Paya itu kaki kambing? Benar, jawab pekerja di kaunter. Melihat gambar di katalog, tidaklah ada rupa kaki kambing! Rupanya, Paya dalam bahasa Urdu bermaksud kaki kambing!
Kaki kambing tersebut nampak lembut. Dan memang sangat lembut, dan hampir terlerai dari tulangnya. Apabila Amie cuit sedikit dan makan dengan roti naan, sedaplah pula.
Pengalaman pertama! Makan kaki kambing!
Selesai sarapan, kami singgah di tempat tukar wang asing yang terletak di sebelah pintu Al Farez Restaurant.
Setakat ini kami belum pernah tukar MYR di Madinah. Kami cuba tukar di sini.
Tukar MYR 500 dapat 400SAR. Bermakna waktu ini, untung sedikit berbanding tukar wang di LD.
11 comments
Kaki kambing tentu lebih sedap dari kaki ayam, kan. Senanglah kalau tunjuk2 gambar pada menu saja, kalau lawan cakap, nanti macam itik cakap dengan ayam kata orang.
BalasPadamBetul SK. Lembut dan kenyal.
PadamDulu kat sana kaki dan kepala kambing orang tak mau
BalasPadamSekarang dah mahal dan jadi egemaran ramai
Taka sempat cari kepala kambing Wak.
Padamsekali imbas memang nampak mcm bahagian peha ayam...
BalasPadamItulah... tipah keliru lepas tu rasa tertipu hihihihii.
Padamkalau mudah terlerai tu kak maknanya mmg msk betul2 tu. sedap pula nampaknya kak
BalasPadamYa. Memang sangat lembut. Tak payah kunyah banyak kali.
PadamSetuju.
BalasPadamMacam tu rupanya kaki kambing yang dimasak. Kalau kaki lembu pernahlah juga nampak tapi makan yang dah dicarik dagingnya.
BalasPadamNampak sedap pulak kari kaki kambing tu Kak Amie...
BalasPadam