Hijir Ismail, Multazam, & Mencium Hajar Aswad

8:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 06 Januari 2023
Hari : Jumaat

Hari ini merupakan hari keenam kami berada di Makkah. Pada pukul lapan pagi, Ustaz Ali Amin membawa kami ke dataran Kaabah untuk beribadat di Hijir Ismail, menyentuh Kaabah dan mencium Hajar Aswad. Namun begitu, kami diingatkan oleh beliau supaya jangan berasak-asak sehingga menyakiti jemaah yang lain. Hal ini kerana ia merupakan amalan sunnah dan tidak diwajibkan. Kebetulan pula, sepanjang siang dan malam dataran Kaabah sentiasa dipenuhi jemaah umrah. Jadi, janganlah berasa kecewa sekiranya tidak dapat melaksanakannya seperti mencium Hajar Aswad.

Hijir Ismail adalah salah satu tempat dimakbulkannya sebuah do'a. Beribadah di dalam Hijir Ismail hukumnya sunat, seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah: Aku pernah minta kepada Rasulullah SAW agar diberi izin masuk Kaabah untuk solat di dalamnya. Lalu dia membawa aku ke Hijir Ismail dan bersabda: Solatlah di sini kalau ingin solat di dalam Kaabah karena Hijir Ismail ini termasuk bahagian Kaabah.

Multazam adalah bahagian Kaabah di antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah. Ustaz Ali Amin menggalakkan kami untuk melaksanakan solat taubat di Multazam dan membimbing cara menyentuh Kaabah dengan meletakkan dada, wajah, lengan dan kedua tangan di atasnya serta berdoa kepada Allah apa yang diinginkan.

Kesesakan di kawasan luar Multazam, ketika menunggu giliran untuk masuk dan solat serta menyentuh Kaabah.

Rakaman video Makkah Tower Group


Ketika menunggu giliran untuk masuk ke ruangan Multazam, rasanya kalau  tertidur berdiri pun tidak jatuh, sebab depan, belakang, kiri dan kanan tiada ruang untuk bergerak!


Amie sentiasa bergerak bersama Zila. Selepas solat dan berdoa di Multazam, kami sama-sama bergerak keluar. Walaupun tidak mampu mendekati, apalagi menyentuh atau mencium Hajar Aswad, tetapi kami dapat berlama-lama mengusap di Rukun Yamani. 


Sumber : Google

23 comments

  1. Tak mengapa... Hajarul Aswad tu bukan rukun pun.... syukur

    BalasPadam
  2. Tengok picture pun nampak padat.
    Boleh tidur sambil berdiri 😅

    BalasPadam
  3. time saya dulu pun berhimpit2 jg kak. tp sebab bawa warga emas sy x berani amik risiko. bimbang nek bah (jiran saya) terlepas tangan dr sy. dah laa kami berdua je masa tu. fam lain dah buat sa'i ms tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Jangan ambil risiko. Sunat, bukan wajib.

      Padam
  4. Ramainya.. kalau masa musim haji macamanalah ye...

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Boleh bayangkan betapa sesak dan himpit-menghimpit.

      Padam
  6. Semoga diberi kesihatan yg baik disana.

    BalasPadam
  7. memang itu keinginan semua yg ke sana kan kak, mengucup hajarul aswad tapi kalau tak dapat, Takpe, insyallah moga ada kesempatan lagi nanti

    BalasPadam
  8. Bila dapat tengok video rasa macam turut ada di sana.Semoga Allah sudi menjemput saya juga sebagai tetamuNya🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah. Zikir selalu, akan sampai masa ke sana suatu hari nanti.

      Padam
  9. masa ammi pergi dulu ada seorang jemaah dari Indo offer untuk bawa kami ke Hajarul Aswad. Tapi melihat pada cara dia mengasak dan menolak jemaah lain dengan kasar suami terus kata taknak sbb macam tak patut je caranya.

    BalasPadam
  10. Betul kata ustaz, mencium Hajarul Aswad hanya sunnah. Paling utama kita tak terbuat dosa menyakiti jemaah lain kerana nak buat perkara sunnah.

    Geli hati baca pasal tidur berdiri tu 😄

    BalasPadam
  11. semoga semua urusan dipermudahkan

    BalasPadam
  12. Ramainya...mesti ada yang terjatuh tu kak...ke takde...risau plak...berhimpit macam tu kan..tapi mesti semua mempunyai satu semangat nak sampai hajarul aswad

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe