Bismillahirrahmanirrahim.
Hari raya pertama kami tidak ligat beraya seperti dahulu memandangkan cuaca yang sangat panas. Selepas beraya di kampung, kami bergerak ke tanah perkuburan menziarahi pusara keluarga terdekat yang telah pergi meninggalkan kami.
Di rumah adik ipar. |
Kami sambung beraya di rumah keluarga terdekat, ke rumah Mak Ana yang terletak di atas bukit. Di sini semuanya hendak duduk di bawah kolong rumah sebab agak berangin. Jadi berayalah kami di bawah rumah orang!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, hidangan wajib Mak Ana sediakan untuk kami sudah tentulah sate! Kalau dahulu, Mak Ana akan hidangkan sate rusa, tetapi sekarang rusa sudah jarang ada, jadi Mak Ana hidangkan sate ayam, kari daging lembu, dan rusa masak kicap serta buras.
Sate ayam & buras. |
Firdaus dan kawan-kawan duduk di atas tangga. |
Kemudian kami beraya di tiga buah rumah bapa saudara dan ibu saudara Encik Suami pula. Maka berkumpullah gang baju hitam di hari raya!
Bertembung dengan keluarga sepupu Encik Suami yang juga berbaju hitam dondon-berdondon! |
Hari raya kedua, kami berkumpul lagi di rumah adik ipar untuk menghadiri majlis pertunangan Ummi Syazana.
Selamat bertunang Ummi Syazana. |
Melihat anak-anak kecil berkaraoke, teringat tugas kami malam raya kedua ini! Di sebelah Lina, Jasman tetap dan berpencen dengan tugasnya sebagai pengurus P.A. Sistem. |
Agar-Agar Sirap Rose & Agar-Agar Kemenyan |
Seperti biasa setiap keluarga akan membawa makanan masing-masing. bagaimanapun kali ini kami putuskan supaya tidak membawa pelbagai jenis makanan untuk mengelakkan pembaziran. Hanya satu hidangan utama sahaja iaitu soto ayam, dan masing-masing dialu-alukan membawa pencuci mulut serta buah. Keputusan ini diambil kerana memikirkan di sebelah siang sudah makan berat dan menghadiri rumah terbuka.
Kami bahagi-bahagikan tugas kepada setiap keluarga, misalnya sebuah keluarga sediakan bihun @ suhun, sebuah keluarga lagi sediakan nasi himpit dan seterusnya ada keluarga yang sediakan sup serta ayam.
Amie sediakan pegedil kentang, sambal kicap dan tiga jenis agar-agar: Agar-agar Kemenyan, Agar-agar Sirap Rose & Agar-agar Pandan
Pegedil Kentang, Sambal Kicap & Tiga Jenis Agar-Agar |
Anak buah dari Silabukan menjadi pengacara majlis pada malam itu. |
Haziq tampil segak dengan pakaian corak songket ketika membacakan doa. |
Kakak ipar, wakil keluarga sedang menyampaikan amanat. |
Adik-beradik Encik Suami. |
Majlis pada malam itu diadakan secara ringkas sahaja, tiada pulut kuning dan ayam panggang seperti biasa. Hanya sebiji kek sahaja untuk dipotong bersama. |
Antara ahli keluarga yang hadir pada malam itu dengan pakaian tema hitam emas. |
Majlis berakhir pada pukul sebelas malam. |
Alhamdulillah. Selesai tugas yang digalas pada malam itu. |
Belanja video keluarga menari tarian igal-igal berlatar belakangkan lagi @ muzik Bajau.