Cerita Tentang Limau Pahit di Seville
Bismillahirrahmanirrahim.
Boleh dikatakan sepanjang berada di Sepanyol, tidak ada tempat yang tidak ada pokok limau! Pokok limau pahit! Daunnya rimbun dan buahnya lebat. Secara umumnya, Sepanyol tidak mempunyai ladang oren pahit atau naranjo amargo yang besar seperti ladang buah-buahan lain misalnya ladang zaitun atau anggur. Hanya terdapat beberapa ladang kecil dan kebun sitrus di kawasan luar bandar Andalusia termasuk sekitar Valencina de la Concepción, Carmona, dan Écija, yang terletak tidak jauh dari Seville ada menanam oren pahit, tetapi tidak dalam skala industri seperti ladang oren manis di Valencia atau Murcia. Dan pokok limau pahit ini selain didapati di Seville juga banyak di tanam di Cordova dan Granada terutama di halaman istana Alhambra!
Buah limau pahit yang berguguran dari pokoknya di tepi jalan Paseo de las Delicias. |
- Marmalade: Seville terkenal sebagai pengeluar Seville Orange Marmalade. Rasanya unik kerana ada gabungan pahit, manis dan masam.
- Minyak pati (essential oils). Dari kulit buah dan bunga, digunakan dalam minyak wangi & aromaterapi.
- Perubatan tradisional, digunakan dalam perubatan herba sebagai bahan penghadaman, atau penggalak tenaga.
- Penghasilan minuman beralkohol, digunakan dalam pembuatan likur seperti Curaçao dan Triple.
![]() |
Kredit : Seville Orange Marmalade |
Pemandangan begini banyak terlihat di sepanjang laluan pejalan kaki di tepi Sungai Guadalquivir. |
Sumber : Jem Buah-buahan |
- JemBahan utamanya daripada buah-buahan manis seperti strawberi, mangga, anggur dan beri. Rasanya manis, teksturnya lembut, likat dan kadangkala mengandungi ketulan buah kecil. Kebiasaannya berwarna terang dan bergantung kepada jenis buah. Sesuai disapu pada roti, biskut, kek atau pun digunakan dalam kuih.
- MarmaladeBahan utamanya daripada kulit dan isi buat sitrus seperti oren pahit, lemon atau limau gedang. Rasanya manis dan pahit dari gabungan kulit buah sitrus. Teksturnya likat tetapi mengandungi hirisan kulit buah yang halus atau kecil.Warnanya jingga atau kuning kerana bergantung pada jenis sitrus. Selalu dihidangkan bersama roti bakar, croissant dan pelbagai masakan barat.
Kredit : Seville Orange Marmalade |