Rasa Sayu Apabila Mengenangkan Akan Meninggalkan Madinah
3:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 31 Disember 2022
Hari : Sabtu
Dalam kesibukan mengikuti aktiviti ziarah di sekitar Madinah, terlupa pula bahawa tidak banyak masa untuk berada di kota ini. Pada hari Isnin kami akan berangkat menuju ke Makkah pula.
Setiap kali akan memasuki Masjid Nabawi, Amie akan pergi bersama Encik Suami sahaja. Jemaah umrah yang lain pergi bersama keluarga masing-masing. Biasanya kalau waktu asar, kami terus duduk di masjid sehingga waktu isya'. Sudah tentu banyak masa terluang selepas solat fardhu dan solat-solat sunat yang boleh diisi sementara menunggu waktu solat fardhu seterusnya. Terpulanglah kepada setiap individu untuk memanfaatkannya.
Buku Catatan Umrah 2023 |
Amie bawa bersama sebuah buku catatan di dalam beg sandang. Amie luangkan masa beberapa minit untuk mencatat segala aktiviti yang Amie ikuti. Kadang-kadang Amie tulis nota dalam HP. Antara yang Amie sering semak semula sama ada di dalam HP atau buku catatan ini ialah:
- Senarai ucapan salam untuk Rasulullah SAW yang dikirimkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.
- Senarai kiriman doa dari keluarga dan rakan-rakan agar dapat turut jejak ke tanah suci Makkah dan Madinah.
- Solat hajat untuk ahli keluarga.
Pernah sekali selepas solat asar, seorang wanita Arab duduk di sebelah sambil melayan anak-anak kecilnya. Wanita Arab tersebut menegur ketika Amie sedang menulis.
Katanya, tulisan Amie cantik.
- Datang dari mana?
- Apakah yang Amie sedang tulis?
- Bahasa apakah yang Amie gunakan?
- Bolehkah Amie berbahasa Arab?
- Adakah Amie menulis tentang sejarah Islam atau tentang tauhid?
- Kami berbual dalam bahasa Inggeris yang mudah.
- Amie jelaskan, Amie sedang mencatat segala aktiviti yang Amie ikuti dalam program umrah. Lusa Amie akan ke Makkah
- Masya Allah. Tabarakallah, ucap wanita Arab tadi.
Tapi tak nampaklah wajahnya, sebab beliau memakai purdah.
Wanita Arab ini tinggal tidak jauh dari Masjid Nabawi. Alangkah beruntungnya menjadi penduduk di sini. Bila-bila masa sahaja boleh datang ke Masjid Nabawi.
Pada waktu yang lain pula, ketika solat maghrib Amie hamparkan sejadah kecil untuk dikongsi dengan seorang wanita. Terasa dinginnya suhu ketika itu yang mencecah 17'C. Wanita tadi menegur dengan ucapan salam, dan bertanya Amie dari mana. Berkenalanlah kami dengan wanita dari Riau itu. Di hadapan kami, seorang wanita sedang mendukung anak kecil tersenyum memandang kami. Sempat kami berkenalan dengan wanita tersebut:
- Seorang pembantu rumah sebuah keluarga Arab dan tinggal di Dubai.
- Berasal dari Sunda.
- Mempunyai empat orang anak.
- Katanya, kehidupan di Sunda sangat susah.
- Pernah bekerja sebagai pembantu rumah sebuah keluarga Arab di Riyadh selama tujuh tahun.
- Sekarang sudah dua tahun bekerja dengan keluarga Arab di Dubai. Katanya, sudah banyak kali menunaikan umrah bersama majikan-majikannya terutama pada bulan Ramadan.
- Anak majikan yang didukungnya berusia satu tahun. Kesemua anak majikannya sekarang berjumlah 10 orang. Kami melihat sendiri seorang ibu yang berpurdah (majikannya) sedang melayan anak-anak perempuannya yang lain di hadapan kami.
Beruntung kamu dapat majikan yang bagus, dapat selalu mengerjakan umrah, ujar wanita dari Riau tadi.
Tentu kamu rindu anak-anak kamu di Sunda, wanita dari Riau tadi memancing perasaan wanita dari Sunda.
Ya, mesti rindu. Tapi apa boleh buat, saya kena cari wang untuk teruskan hidup untuk cukupkan keperluan anak-anak. Sekarang anak-anak saya sudah besar, jawab wanita dari Sunda ini dengan senyum manis tapi pasti hatinya dijentik rasa pilu.
Kami menyaksikan hubungan akrab antara pembantu rumah dengan majikan apabila majikannya mengambil anak kecil dari dukungan pembantu rumahnya, dan mereka solat fardhu sebelah-menyebelah.
Ketika berdiri untuk menunaikan solat isya', sempat Amie berbisik kepada wanita dari Riau tadi.
Mudah rezekinya dapat selalu menunaikan umrah, tetapi diiiringi dengan pengorbanan.
Mudah rezekinya dapat selalu menunaikan umrah, tetapi diiiringi dengan pengorbanan.
Ya, pengorbanan perasaannya sangat besar, sahut wanita dari Riau tadi.
Dan begitulah. Kalau Amie sedang duduk dan ada tempat kosong sama ada di kiri atau di kanan, pasti ada yang datang menyapa. Biasanya mereka akan memandang buku catatan yang sedang Amie pegang, atau Amie tulis. Kalau jemaah dari Indonesia yang menyapa, seperti dari Kalimantan yang sama bahasa, panjanglah juga sembang kami.
Kadang-kadang kita didatangi kanak-kanak dan dihulurkan beberapa biji kurma, tasbih digital, air dan gula-gula. Istimewanya, kurma yang diberi tidak pula ada semut yang ikut, jadi kita terus simpan di dalam beg sandang. Begitulah, kadang-kadang kita terlupa ada kurma di dalam beg sandang sehingga beberapa hari. Apabila dikeluarkan keadaannya masih elok seperti sediakala.
Encik Suami pula kalau balik dari masjid ada sahaja oleh-oleh yang dikeluarkan dari poket jubahnya.
Kurma salut bijan dan berisi kacang. |
Suatu hari Amie dapat pemberian sebungkus roti. Amie bawa masuk ke bilik, dan oleh kerana besar dan banyak Amie kongsikan dengan anak-anak jemaah umrah dari Jakarta yang menginap di bilik sebelah kami.
Bolehlah masak air dan bancuh Susu Jahe Merah pemberian Winda tempoh hari. Apabila celup roti ke dalam minuman tadi, aduhai.... lazat sungguh!
Anak-anak kecil dan remaja membahagi-bahagikan air, kurma dan sebagainya kepada jemaah umrah di Masjid Nabawi. |
Ada satu pemandangan yang sangat menyejukkan mata apabila Amie berada di dalam masjid. Dua orang anak perempuan sedang memperdengarkan bacaan al-Quran secara hafazan di hadapan ibu mereka. Sang ibu menyemak bacaan mereka. Indahnya suasana begini! Masya Allah. Tabarakallah.
Pada ketika ini, ada kalanya Amie buka HP dan melihat mesej yang belum dibaca. Dapat khabar dari kampung, keadaan Kak Ros agak kritikal. Sekarang Kak Ros berada di Hospital Tanjung Karang dan akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh. Kak Ju mengingatkan supaya kami mengambil kesempatan teruskan bersedekah atas nama Kak Ros.
Allahu Akbar!
Tidak semena-mena segala kenangan bersama Kak Ros terus menjelma dalam ingatan!
Tidak semena-mena segala kenangan bersama Kak Ros terus menjelma dalam ingatan!
Dan tiba-tiba juga teringat pelawaan Yujin untuk ke Raudhah pada esok pagi. Katanya, tunggulah mesej daripadanya sekiranya dia jadi pergi selepas solat subuh!
25 comments
Masyaallah, jadi rindu pergi ke Mekah. Saya dan suami pergi haji 2009. Semoga dapat ke sana lagi.
BalasPadamAmin. In syaa Allah Ibu Nur dapat berkunjung lagi ke Makkah.
PadamI feel you.... kalaulah dapat ke sana lagi....
BalasPadamIn syaa Allah Uncle, akan tiba lagi masanya itu.
PadamTeringin hendak rasa Susu Jah Merah bagaimana.
BalasPadamSusu Jahe Merah itu serbuk susu dicampur halia merah, madu dan habbatussauda. Terasa pedasnya halia merah, tapi sedap.
Padamseronok baca catatan k amie, terasa rinduuu nak kesana jga.
BalasPadamMenjelma.kenangan .
Madinah byk.sejarah Nabi junjungan kita.
Amie.mai join Ga sy ☺️
Dalam masa yang singkat, Rasulullah dapat menyempurnakan syiar Islam di Madinan.
PadamBaik Cik Nur.
Kak Amie joint GA Cik Nur ya.
Kenangan di Mekah dan Madinah kan, semua manusia sama sahaja, tapi kisah hidup berbeza-beza. Seronok berkongsi cerita
BalasPadamBetul Sal. Datang dari pelbagai benua. Bertemu di tempat yang sama. Pulang membawa kenangan.
PadamIndahnya perjalanan di sana ye kak, dapat jumpa macam2 orang, beruntung yang duduk di sana atau kerja sana bila2 masa boleh tunaikan umrah . Kenangan terindah semua ni ye kak
BalasPadamBetul Dana, kenangan terindah yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental.
PadamYg saya rindu dari umroh, saat sholat memang selalu ada sapaan dari mana saja. Semuanya ramah. Terkadang mendapat banyak snacks dan kurma. Hati rasa sejuk ya kak Amie. Itulah yg bikin saya rindu nak ke tanah suci lagi.
BalasPadamSemoga keluarga kak Amie yang sedang sakit, disehatkan kembali Yaa 🙏
Mudah-mudahan akan berulang lagi menjadi tetamu Allah ya Fanny.
PadamTerima kasih doanya untuk Kak Ros yang sakit.
Roti tu mengingatkan saya pada mak, masa balik dari Tanah Suci bulan 11 tahun lepas, dibawanya balik roti macam tu sampai ke Malaysia sebab tidak habis dimakan. Sampai ada yang berkulat sebab dah banyak. Jadilah rezeki ayam kampung makan roti dari Arab.
BalasPadamAmboi.... mulianya ayam kampung makan roti Arab ye hihihiiiii!
PadamTempat yg paling dirindui pastinya...
BalasPadamYa, berdoa agar Allah diberi rasa rindu untuk datang lagi.
PadamSeronok baca catatan kak Amie. Banyak bertemu orang-orang, banyaklah kutipan pengalaman yang kita dapat.
BalasPadamMasya Allah... murah rezeki org-org yg berada di tanah haram... peluang utk bersedekah tak kira waktu... dpt juga berkenalan dgn pelbagai bangsa saudara kita seislam.. masya allah.. pengalaman manis sekali kan kak
BalasPadamSaya ramai juga jumpa orang Indonesia. Ada seorang tu muda lagi bila di tanya dah buat haji 2 kali dan umrah dah banyak kali. Rupanya mereka menabung dan sentiasa berniat nak buat umrah atau haji. Allahuakbar saya pun tak mampu buat macam mereka.
BalasPadamMembaca pengalaman Kak Amie di Madinah, seolah2 saya pun turut berada di situ jugak.
BalasPadammesti rasa sayang betul nak tinggalkan Kota Madinah kan kak...
BalasPadamsedapnyaaaa kurma salut bijan tuuuu teringat ms g umrah dulu. punyalah banyak dpt smpi tak termakan...
BalasPadamMesti sebak perasaan Kak Amie nak tinggalakn Madinah kan...doa SA moga allah berikan kesembuhan buat Kak Ros
BalasPadam