Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini agak lewat keluar dari ladang. Kemudian ke Fajar Centre kerana ada sedikit urusan. Cepat-cepat hendak pulang ke rumah sebab hendak masak. Selalunya kalau ada urusan kerja yang hendak diselesaikan di ladang, memang tak sempat masak sebab sudah hilang tenaga... ahaks! Banyak kali di waktu pagi sebelum tinggalkan rumah untuk ke ladang, kita keluarkan ikan atau ayam dari freezer (deep freezer) untuk dinyahbeku dan letak di peti sejuk. Sayangnya, banyak kali pula terpaksa simpan semula ke dalam freezer sebab tak jadi masak!
Kita kalau dah sampai rumah mesti hendak berehat dulu sebelum ke dapur. Takut Firdaus lapar, singgah dulu di Bandar Tabanak beli sushi. Oleh kerana hanya tinggal beberapa bekas sushi jadi tak banyak pilihan. Ambil sahajalah empat bekas.
| Pelbagai jenis sushi. |
Bolehkah hanya dengan makan sushi perut jadi kenyang. Walaupun ada yang beranggapan sushi ini makanan ringan, tapi sebenarnya ia boleh juga mengenyangkan bergantung pada jenis yang kita makan. Kalau sushi yang ada nasi seperti nigiri dan maki, cepat saja rasa perut penuh sebab nasi itu mengandungi karbohidrat. Kalau Amie, dapat Assorted Sushi Combo pun sudah mencukupi.
| Assorted Sushi Combo |
| Assorted Sushi Combo |
| Assorted Sushi Premium |
Selain sushi, singgah beli Egg Tart Portuguese dan Cream Brulee Tart. Dua jenis tart ini memang kegemaran Amie dan Firdaus. Encik Suami suka juga, tapi makan sikit jew.
| Egg Tart Portuguese |
| Cream Brulee Tart |
Ingatkan kedua-dua tart ini untuk minum petang, tapi selepas makan sushi terus ngap... ahaks! Jadi, selepas makan Amie berehat dahulu sementara menunggu waktu Asar dan selepas itu hendak bersilat di dapur.
Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami ada urusan petang tadi. Jadi, katanya tak sempat hendak makan tengah hari bersama. Tidak mengapa. Amie singgah di Bandar Tabanak dan beli makanan untuk alas perut di rumah. Sampai di rumah terus keluarkan ikan untuk dinyahbeku dan renih ceker bersama kurma merah dan white fungus untuk dijadikan sup. Menjelang petang nanti, hanya masak nasi sahaja.
Duduk sendiri di meja makan di dapur, makan makanan yang dibeli di Bandar Tabanak. Amie beli sushi campur.
| Sushi Campur |
Nampak macam tidak banyak, tapi apabila makan lima ketul sudah rasa kenyang. Maklumlah ada nasinya. Jadi, selebihnya Amie simpan dalam peti sejuk. Firdaus balik sekolah agama nanti, bolehlah dia sambung makan.
| Sushi Campur |
Sudah beli Egg Tart Portuguese, sayang pula tak makan. Kononnya hendak makan dua biji tetapi perut sudah penuh sushi, jadi makan sebiji sajalah.
| Egg Tart Portuguese |
Sewaktu kami berada di Lisbon, Portugal pada Februari 2025 lalu, tour guide kami yang bernama Mbak Watie memperkenalkan kuih belém. Menurut Mbak Watie belém terkenal di Portugal disukai ramai. Apabila kami sampai ke kafe tersebut, rupa belém seperti Egg Tart Portuguese yang selalu kita makan itu!
Sepanjang perjalanan memang kepala ligat memikirkan bagaimana rupa kuih belém itu. Pastéis de Belém atau Pastéis de Nata bermaksud Egg Tart Portuguese yang kami suka makan. Perkataan nata itu Amie jumpa dalam hidangan egg tart sewaktu makan di Nando's. Egg tart gaya Portugis ini berasal dari Lisbon pada awal abad ke-19. Kuih ini dicipta di Biara Jerónimos Belém. Ketika itu, putih telur banyak digunakan untuk kanji pakaian biarawati dan jubah paderi. Lebihan kuning telur pula digunakan untuk membuat pastri manis. Dari situlah lahirnya Pastéis de Nata. Apabila biara ditutup, resipinya dijual kepada peniaga kedai roti dan sehingga ke hari ini kedai tersebut dikenali sebagai Pastéis de Belém.
Belém @ Egg Portuguese Tart tersebar melalui jajahan Portugis ke wilayah maritim seperti Macau, Goa (India), Brazil, Angola dan Mozambique. Di Macau, untuk memenuhi selera tempatan muncul versi egg tart gaya Macau - Hong Kong dengan kulit lebih rangup dan permukaan lebih karamel.
| Egg Tart Portuguese |
Dari Macau, pastri ini masuk ke Hong Kong pada awal abad ke-20 lalu tersebar ke Malaysia, Singapura, Taiwan dan Jepun. Disebabkan globalisasi makanan, Egg Tart Portuguese kini boleh ditemui dari kafe di Eropah hingga ke kedai roti Asia Tenggara.
Menarik bukan? Kisah pastri warisan biara yang lahir dari kreativiti menggunakan kuning telur berlebihan, lalu berkembang menjadi salah satu pastri yang sangat digemari di seluruh dunia!
Sudah kenyang makan sushi dan sebiji Egg Tart Portuguese, tak laratlah pula hendak jamah croissant.
Croissant juga sangat terkenal dan khabarnya menjadi simbol sarapan klasik di Perancis sehingga ramai menyangka roti bulan sabit ini berasal dari sana. Sebenarnya croissant berasal dari Austria. Roti bentuk bulan sabit ini sudah wujud di Austria sejak abad ke-13.
Ketika Vienna diserang Uthmaniyyah (Empayar Ottoman), tukang roti mencipta pastri berbentuk bulan sabit, simbol bendera Uthmaniyyah sebagai tanda kemenangan. Dari situlah lahirnya bentuk ikonik croissant.
Walaupun croissant lahir di Austria dengan nama kipferl, tetapi lebih terkenal di Perancis. Di Perancis, croissant diperhalusi menjadi pastri berlapis mentega, lebih moden dan menjadi lambang gaya hidup Perancis! Croissant yang sudah berusia berabad lamanya ini hari ini mempunyai banyak variasi dengan coklat, badam, keju dan inti pelbagai rasa.
| Mangga Manila |
Tidak lupa, kutip buah mangga manila yang bertaburan di bawah pokok mangga udang. Petang tadi Amie makan tiga biji. Lebihannya bolehlah bawa ke ladang esok pagi.
Uncle Gedek tanya, mangga manila ini asal dari Manila ke?
Betul.
Mangga manila asal dari Filipina. Isinya sangat lembut dan rasanya sangat manis dengan aroma tropikanya yang tersendiri. Bentuknya agak lonjong dan lebih kecil berbanding mangga tempatan lain. Setakat ini kami kutip mangga manila yang gugur dan belum pernah merasa mangga manila muda atau yang belum masak. Bezanya mangga manila dengan mangga lain, mangga manila hampir tidak mempunyai serat.
Betul.
Mangga manila asal dari Filipina. Isinya sangat lembut dan rasanya sangat manis dengan aroma tropikanya yang tersendiri. Bentuknya agak lonjong dan lebih kecil berbanding mangga tempatan lain. Setakat ini kami kutip mangga manila yang gugur dan belum pernah merasa mangga manila muda atau yang belum masak. Bezanya mangga manila dengan mangga lain, mangga manila hampir tidak mempunyai serat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin dan hari ini Firdaus bertugas di padang sempena Kejohanan Sukan Olahraga sekolahnya yang diadakan di Kompleks Sukan Lahad Datu. Sebagai ahli BSMM, Firdaus lebih berminat menjadi sukarelawan untuk bertugas dalam unit kecemasan selama dua hari.
Kejohanan Sukan Olahraga berakhir pada pukul 12:30. Sudah tentu Firdaus berasa lapar. Teringat beberapa hari lepas, Firdaus kata teringin makan sushi. Kami singgah di bandar Tabanak dan belikan mixed sushi untuk Firdaus.
| Mixed Sushi |
| Sushi Salmon ini paling disukai Firdaus. |
| Salmon & Avocado |
| Ebiko Susho (Telur Udang) |
| Tuna Nigiri & Maki |
| Sushi Itik dan Ikan Salai. |
Rasanya tidak ada sushi original yang gunakan itik atau ikan salai.Barangkali penjual sushi cipta elemen Jepun dengan citarasa tempatan. Dengan kata lain sushi ini dipanggil sebagai sushi fusion. Menu fusion kadang-kadang sedap juga!
| Wasabi & Kicap Masin |
Melihat Firdaus bersungguh-sungguh makan sushi, tak sampai hatilah pula kita hendak kacau..... ahaks! Lain kali boleh beli lagi. Sekarang sushi boleh didapati di mana-mana. Di pasar malam dan pasar tani atau pasar minggu pun banyak gerai sushi.
| Cream Brulee Tart |
Waktu asar di LD pada pukul 03:28 petang. Sekarang sudah pukul 3:50 petang. Mari, jemput minum petang bersama kami:
- Cream Brulee Tart
- Pulut Kaya Nyonya
| Pulut Kaya Nyonya |
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, selesai kerja menoreh sesi pagi kami dikehendaki menghadiri mesyuarat. Memandangkan tidak sempat makan di kantin, Amie buat tempahan makanan pada hari Isnin lagi. Ada 15 minit waktu di antara selesai kerja menoreh untuk ke bilik mesyuarat. Bolehlah jamah sedikit makanan untuk alas perut. Rupanya, masa 15 minit itu tidak sempat untuk makan sebab ada urusan tentang aktiviti Bulan Kemerdekaan dengan ketua kelas.
Selesai mesyuarat, Amie minta Encik Suami singgah makan di Restoran Nasim Khan. Terlupa dengan makanan yang tersimpan di dalam bakul!
| Roti Nan Cheese dengan Rajma Curry (Kacang Merah) dan Daging Ruhst. |
| Antara menu di Restoran Nasim Khan. |
Di Restoran Nasim Khan, menunya tidak banyak jenis tetapi semua ada. Selain menu yang terdapat dalam gambar, banyak juga menu lain yang tersedia untuk dinikmati bersama roti nan atau roti paratha. Sebahagian pelanggan yang datang terdiri daripada orang-orang Pakistan. Amie perhatkan cara mereka makan, misalnya makan roti nan atau roti paratha dengan lauk-pauk seperti ikan goreng, daging rusht (roast) dan sayur-sayuran. Lebih kurang sama sahaja cara makan roti dengan makan nasi dengan lauk-pauknya!
Tadi Amie lihat ada tiga jenis lauk kekacang termasuk kacang dhal, kacang kuda dan kacang merah. Ada keema daging, ayam karahi, daging rusht (roast), sayur peria, sayur bayam dan sayur kacang bendi.
Kalau hendak makan nasi briyani Pakistan, hanya ada pada hari Jumaat sahaja.
Kami memesan:
- Roti Paratha Goreng
- Roti Nan Cheese
- Rajma Curry - Kacang Merah
- Daging Rusht
- Teh Pakistan (Panas)
- Teh Pakistan (Sejuk)
- Air Kosng Sejuk dan Suam
| Teh Pakistan Sejuk & Panas |
| Air Kosong Sejuk & Suam |
| Encik Suami - Roti Paratha (Goreng) |
| Amie - Roti Nan Cheese |
| Rajma Curry - Kacang Merah (Red Kidney Beans) |
Biasanya kita akan jumpa Chana Masala dari kacang kuda, tetapi kali ini ada versi kacang merah pula yang dipanggil Rajma Curry. Rajma Curry popular di India Utara dan Pakistan Utara. Rasa Rajma Curry ini lembut berlemak.
| Daging Ruhst |
Barangkali ejaan RUSHT berasal dari sebutan roast. RUSHT (roast) Pakistan biasanya dipanggang, dibakar atau dimasak perlahan. Dilihat dari bentuknya, daging ini dimasak perlahan hingga empuk dan memang sangat sempurna dari segi rasanya yang mewah dengan bahan perapan yang terdiri dari jintan, ketumbar, garam masala, bawang putih, halia dan yogurt. Cecah roti dengan kuahnya saja pun sudah cukup enak!
| Bismillah. |
| Roti Nan Cheese dengan Rajma Curry & Daging Rusht. |
Sampai rumah baru tersedar makanan yang dibeli terlupa untuk dimakan iaitu Vietnam Roll Mix dan Mentai Rice Baby Octopus.
| Vietnam Roll Mix |
| Vietnam Roll Mix dengan Sos Hijau. |
| Mentai Rice Baby Octopus & Chili Oil |
Nampaknya hari ini dapat jamah makanan berasal dari tiga negara yang berbeza.
- Pakistan
- Vietnam
- Jepun
Sebenarnya Amie beli Mentai Rice Baby Octopus itu sebab hendak makan octopusnya. Lain kali kalau hendak makan baby octopus kenalah pergi ke Sushi King. Boleh telan sekor-sekor... ahaks!
Sebelum masuk rumah, intai bawah pokok mangga udang dulu. Jom kutip mangga manila yang semakin hari semakin bertambah gugurnya!
| Mangga Manila |
Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita makan tengah hari beberapa hari lepas, terlupa untuk dijadikan entri. Kami singgah di Madinah Restaurant di Perdana Square. Rasanya sebelum ini lain nama restorannya dan sudah bertukar tuan sebanyak tiga kali. Melihat namanya 'Madinah' sudah tentulah hidangkan masakan Arab. Apabila sudah masuk dan duduk di kerusi, datang katalog bersusun menu ayam penyetlah, baksolah dan tiada pula menu Arab!
Sudah duduk di situ, seganlah pula hendak keluar semula. Di segenap penjuru restoran terpampang banyak gambar hidangan mentai! Kita biasa makan mentai yang dibeli melalui tempahan di ladang. Harganya lebih murah berbanding harga mentai di sini. Sekali lagi tengok katalog, memang ada pelbagai menu mentai.
Apabila kami tanya, mentai apa yang ada? Katanya ada dua saja iaitu Mentai Rice Beef dan Mentai Rice Udang. Banyaknya senarai mentai, yang ada ada dua sahaja? Tak ada pilihan lain, kami pun memesan kedua-duanya. Mentai Rice Beef untuk Encik Suami dan Mentai Rice Udang untuk Amie.
Jadinya, tengah hari itu kami akan menikmati hidangan orang muda.... ahaks!
| Amie - Mentai Rice Udang |
Encik Suami ajak kita makan sama. Apa lagi, kita pun makan sajalah.
Ketika jam menunjukkan angka 1:30 terdengar seseorang mengatakan udang sudah sampai. Amie lihat seorang lelaki membawa bungkusan (mungkin berisi udang) di bawa masuk melalui pintu restoran menuju ke dapur!
Allahu Akbar!
Bila hendak dihidangkan Mentai Rice Udang?
Bila hendak dihidangkan Mentai Rice Udang?
Kami terus makan Mentai Rice Beef perlahan-lahan sampai habis.
Pukul 1:39 sampailah Mentai Rice Udang ke meja.
Tak jadilah nak marah sebab Mentai Rice Udang datang panas-panas dengan sos mentai yang dibakar nampak meleleh, yang lemak berkrim dan udangnya bersaiz besar serta terasa segar dan manis! Tambah naik selera apabila didatangkan bersama sos dan juga wasabe!
Kami rasa seperti orang muda ketika menikmati mentai di sini.
Rasa wasabe akhir-akhir ini tidaklah terlalu menyengat sampai tembus hidung! Dulu-dulu kalau makan di Sushi King atau Sushi Zanmai, colek sedikit wasabe rasa macam hendak tercabut hidung apabila mengunyahnya!