Bismillahirrahmanirrahim.
Pernah tak makan lauk ikan sardin dalam tin yang ditumis dengan cili hijau? Amie suka betul lauk yang satu ini, hasil air tangan Bonda. Ada aroma yang tersendiri ketika mengunyah hirisan cili hijau. Dulu-dulu, apa sahaja lauk yang dihidangkan dan dimakan bersama adik-beradik memang semuanya licin tak tinggal bekas. Berbeza betul dengan anak-anak sekarang. segala perencah atau aksesori lauk terbiar begitu sahaja. Itulah bezanya, mungkin dahulu bahan agak terhad tetapi sekarang, melimpah ruah sampai tak termakan.
Amie kongsikan menu Lidah Goreng Cili. Maksudnya, cili hiris. Bukan sahaja cili hijau, tapi Amie tambahkan cili merah dan cili putih. Kesemuanya dihiris kasar-kasar.
Olahannya pun tidak sesukar mana. Masukkan sahaja lidah lembu dalam slow cooker. Tekan butang high, biarkan selama tiga jam. Tidur-tidur dulu, lembutlah lidah dan bolehlah kupas kulitnya sewaktu masih hangat. Nanti apabila sudah sejuk, susah hendak asingkan kulit sebab sudah melekat.
Untuk resipi ini, tiada kesalahan bahan dan arahan memasak yang dijana oleh ChatGPT. Semuanya betul dan lengkap. Jangan lupa lada putih atau lada hitam tumbuk! Itulah rasa sedap yang sesungguhnya!
| Lidah Goreng Cili |
| Resipi Lidah Goreng Cili jnaan AI |
| Lidah Goreng Cili |
Ada yang takut dan geli melihat menu lidah lembu. Biarlah. Biarkan sahaja. Tinggalkanlah. Selera masing-masing tidak sama. Yang penting Fairuz dan Firdaus makan sahaja tanpa banyak songel. Kita sudah selalu pesan, kalau rasa boleh diterima tekak, makanlah. Kalau sebaliknya, diam-diam sahajalah. Tinggalkan, ada pilihan lauk lain. Jaga mulut jangan menghina makanan. Ikut perlakuan Rasulullah SAW. Mulut itu dijaga supaya nanti kalau ke rumah orang, melihat makanan terhidang yang tidak biasa kita nampak atau makan, jaga mulut jangan sampai terlepas kata. Jaga adab ya anak-anak. Terutama sewaktu menghadiri rumah terbuka raya... ahaks!