Dulu dia pernah bertanya, walaupun dia sudah tahu 4 perkara yang disarankan dalam agama untuk mencari pasangan hidup. Akhirnya kita pun jawab: Pilihlah yang sederhana. Mudah-mudahan dia faham maksud kita kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah memberikan contoh agar sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam hidup.
Dan katanya lagi, andai jodohnya sampai biarlah walimatulurus diadakan kecil-kecilan sahaja.
Jodohnya tiba di musim pandemik yang sudah tentunya membataskan segala pergerakan sehingga tidak dapat berjumpa bakal teman hidupnya walau hanya sekali sebelum majlis pernikahannya.
In syaa Allah, sebagaimana kedua-dua anakanda sentiasa hormat dan taat kepada ibu bapa, maka taat setialah sebagai pasangan suami isteri dalam membina mahligai impian.
Pertemuan kali pertama di majlis pernikahan sudah tentunya meninggalkan seribu rasa di antara mereka berdua. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan.
Dengan sekali lafaz, Abang Farid sah bergelar suami.
Sekarang Abang Farid sudah ada isteri. Mommy dan Baba sudah ada besan dan menantu.
Kami sudah menjadi ibu dan bapa mentua.
Kami sudah menjadi ibu dan bapa mentua.
Semoga anakanda Farid dan Aseeyah sentiasa berkasih sayang dalam membina rumah tangga sakinah, mawaddah warahmah.