Adab-Adab Menziarahi Pesakit Menurut Perspektif Islam

9:45 PTG

Bismillahirrahmanirahim.
Hari ini 24 Februari, hari ulang tahun arwah Kak Ros yang sudah 22 hari meninggalkan kami. Kehilangan ahli keluarga memang sungguh sakit! Namun kita kena reda kerana ini merupakan ketentuan yang sudah tertulis. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kita yang tinggal ini sebaiknya mengambil iktibar di atas pemergian insan khususnya yang terdekat dengan kita.

Sewaktu Amie berulang-alik ke Hospital Sungai Buluh, Amie sempat membaca Adab-Adab Menziarahi Pesakit Menurut Islam yang diterbitkan semula oleh Biro Pendidikan Kesihatan Hospital Sungai Buluh. Terbitan asal : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Amie ambil brosur Adab-Adab Menziarahi Pesakit Menurut Perspektif Islam.
.

Kelebihan Menziarahi Orang Sakit:

Menziarahi orang sakit adalah amalan sunat dan digalakkan oleh Islam. Amalan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga dan sesama muslim.

Hadis 1:
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah hingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa. (Riwayat at-Tirmizi)

Hadis 2:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Adab Menziarahi Pesakit

Boleh:

  • Berniat menziarahi orang sakit mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  • Membersihkan tangan sebelum dan selepas bersalam dengan pesakit.
  • Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
  • Mendoakan pesakit agar cepat sembuh.
  • Memberi keutamaan kepada doktor dan jururawat memeriksa keadaan pesakit.
  • Patuhi waktu lawatan dan memendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat.
  • Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian.
  • Mengetahui keadaan pesakit seadanya.
  • Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar ke dalm mod senyap atau getaran.
Elakkan:
  • Menangis di depan pesakit.
  • Duduk di atas katil pesakit.
  • Memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya.
  • Merokok sebelum atau ketika anda melawat pesakit.
  • Bercakap terlalu kuat.
  • Menyebut penyakit orang lain yang sama atau seumpaman penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyinggung perasaan pesakit.
  • Memakan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya.
  • Jika kehadiran anda membuatkan pesakit lebih tertekan, sebaik-baiknya tunggu keadaannya lebih stabil.
  • Menziarahi pesakit sekiranya anda tidak sihat.

Menziarahi Pesakit yang Kritikal atau Tenat:
  • Patuhi semua adab yang telah disenaraikan.
  • Tunjukkan rasa simpati, tetapi jangan menangis di hadapan pesakit atau ahli keluarga.
  • berdoa secara terbuka tetapi mesti dilakukan dengan nada perlahan:
    Ya Allah, berikan dia kehidupan jika kehidupan itu lebih baik kepadanya, dan berilah dia kematian jika kematian itu lebih baik kepadanya.
  • Jika ruang mengizinkan, jadiahkan bacaan al-Quran atau Surah Yasin.
    Bacalah Yasin ke atas orang yang sedang nazak (hampir mati). Riwayat Abu Daud.
  • Sunat menitiskan air ke dalam mulut pesakit jikaternyata pesakit dalam keadaan dahaga.
  • Sunat membisikkan kalimah syahadah ke telinga pesakit dengan lembut.
    Rasulullah SAW bersabda:
    Ajarkanlah  orang-orang yang hampir mati dengan ucapan La ilaha illallah (tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Riwayat Abu Daud.

Bilik arwah Kak Ros ditidurkan selama 21 hari.


Doa Menziarahi Pesakit:

Hendaklah kita mendoakan dengan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW agar pesakit cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan.

Doa 1:
Ya Allah. Hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah ia. Engkaulah yang mampu menyembuhkan suatu penyembuhan yang menghilangkan penyakit. (Riwayat al-Bukhari).

Doa 2:
Tidak mengapa semoga penyakit ini membersihkan dosamu, in syaa Allah. (Riwayat al-Bukhari)

Ya Allah, berilah keampunan dan rahmat untuk kakak kami : Rusilah Simon.
Ampunilah dia, muliakanlah tempat kembalinya.
Lapangkanlah kuburnya.
Sucikan dia dengan air, salju dan ais.
Bersihkan kesalahannya seperti Engkau bersihkan baju putih dan kotor.
Berilah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya di dunia.
Masukkalah dia ke syurga-Mu.
Peliharalah dia dari seksa kubur dan neraka.
Ya Allah, janganlah Engkau halang permohonan kami untuk kebaikannya.
Janganlah Engkau uji kami dengan ketiadaannya.
Ampunkanlah dosa kami dan dia.





17 comments

  1. Moga rohnya tergolong bersama sama orang yang beriman ..aminn

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, baru tahu larangan menyebut penyakit orang lain yang sama atau seumpaman penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyinggung perasaan pesakit. terima kasih ulasan nya Ami

    BalasPadam
  3. Info yang jelas tentang adab menziarahi pesakit. Saya takut kehilangan Kak Amie, tak dapat dibayangkan apa yg Kak Amie rasa.

    BalasPadam
  4. Bagus diselitkan info sebegini sebagai refresh kepada kita dan sebagai ilmu baharu kepada yg belum tahu.Semoga Allah tempatkan roh kak ros dalam kalangan hambanya yg soleh

    BalasPadam
  5. Terima kasih terperincikan. Selalu saya ikut emak dan abah melawat jadi mereka yang duduk dekat kepala pesakit manakala saya terpaksa berdiri.

    BalasPadam
  6. Terima kasih perkongsian ni kak, sangat bagus.

    BalasPadam
  7. sy ckp menyampah trend ziarah kubur then selfie. rasa nak tanam je dgn dia2 sekali!

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas sharing ni, sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  9. perkongsian yg sgt bermanfaat. moga diberi ketabahan Kak Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  10. tqqq k amie
    tgk org sakit ni mengingatkan diri sendiri jga suatu hari mungkin akan mengalaminya jga
    sy bertahun jga waktu arwah ayah ada keluar masuk hospital. dan rasa spti rumah kedua
    Hospital Taiping, Hospital Ipoh , HKL, dan HUKM ., Berkg disana

    BalasPadam
  11. amiin perkongsian n3 bermanfaat

    BalasPadam
  12. Alfatihah...semoga roh aarwah ditempatkan dikalangan insan yang terpilih...terima kasih Kak Amie atas perkongsian

    BalasPadam
  13. Alfatihah, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.
    Salam takziah cikgu.
    Sesungguhnya, kehilangan orang yang kita sayang memang perit. Saya tak dapat bayangkan keperitannya 😔

    BalasPadam
  14. Kehilangan orang yang tersayang sukar untuk di ungkapkan. Al fatihah buat arwah Kak ros

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe