Chicken Seekh Kabab & Biryani Laham di Zaitoon Restaurant

11:35 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hampir seharian mengikuti aktiviti lawatan di sekitar Madinah, sudah tentu badan berasa letih dan ingin cepat-cepat berehat. Pulang dari lawatan, kami menghabiskan waktu asar, maghrib dan isya'  di Masjid Nabawi. Kemudian kami kembali ke hotel. Seperti yang sudah dijangkakan, tempat menunggu di luar lift penuh sesak, dan apabila naik ke dewan makan, keadaannya juga begitu. Kami turun ke lobi hotel dan bercadang untuk beli KFC sahaja.

Melihat orang ramai sedang beratur panjang untuk membeli KFC, kami putuskan untuk terus maju ke hadapan dan mencari makanan di dalam Taiba Mall sahaja.

Chicken Seekh Kabab & Biryani Laham

Barisan orang ramai untuk membeli makanan di KFC dan kedai makan yang lain.


Orang kata keluar kandang harimau masuk kandang singa! Begitulah halnya dengan kami. Kami sangka keadaan restoran di dalam Taiba Mall tidak seperti halnya di luar, rupanya kami perlu tingkatkan kesabaran menanti giliran!
Sementara Amie beratur memesan makanan di kaunter pada pukul 8:10 minit malam, Encik Suami mencari meja kosong tempat kami makan. Tidak ada satu meja makan yang kosong! Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 8:22 malam waktu Arab Saudi. 


Amie hanya memesan Chicken Seekh Kabab dan Biryani Laham. Kesemuanya berharga 65SAR. Encik Suami kata tak perlu beli air sebab dia bawa bersama air zamzam yang diambil dari masjid.

Sekarang barulah Amie faham keadaan di tempat makan di sini. Setelah pelanggan menempah makanan, sekiranya tempat makan penuh, pelanggan itu sendiri yang perlu mencari meja makan! Jadi, terpaksalah menunggu mana-mana pelanggan yang sedang makan menghabiskan makanan. Setelah mereka bangun, cepat-cepatlah kita duduk di situ! Jangan buat muka malu untuk dapatkan tempat makan, sebab nanti pelanggan lain yang sedang menunggu akan ambil tempat itu!

Pemandangan dari belakang, kaunter pesanan makanan.

Setelah meninjau-ninjau ke sana dan ke mari, tiada tempat kosong, akhirnya kami berdiri bersama pelanggan lain yang sedang mencari meja makan. Bukan berdiri beberapa minit tetapi lebih 40 minit! Dalam keadaan berdiri itu memang rasa bosan, lenguh kaki dan geram juga melihat pelanggan lain makan! Apalagi apabila terpandang pelanggan yang sudah habis makan, lalu bangun dan sekelip mata tempatnya diambil oleh pelanggan baharu!

Rasa geram itu Amie alihkan ke tempat lain. Ambil gambar sekitar seperti gambar di atas. Gambar di atas merupakan kaunter pesanan makanan, dan kelihatan masih berbaris-baris pelanggan pesan makanan. Pekerja kaunter akan mengambil pesanan dan menyerahkan resit bayaran kepada pelanggan. Selepas itu, pandai-pandailah pelanggan mencari tempat atau meja makan!

Pekerja restoran bahagian penyediaan minuman sibuk menyiapkan pesanan pelanggan. Pemandangan ini sahajalah yang mampu kami hadap sepanjang 45 minit mencari tempat duduk! Lama kan 45 minit? Ada jew meja yang mula dikosongkan oleh pelanggan, tetapi sudah 'ditempah' oleh pelanggan lain. Jadi, Encik Suami kata, kita tunggu sahajalah sebuah keluarga yang duduk di bahagian tepi restoran menghabiskan makanan mereka.


Sekali pandang cara penyediaan minuman di sini, memang boleh dijamin tahap kebersihannya. Kebetulan tempat penyediaan minuman di belakang kaunter pesanan, jadi bolehlah Amie melihat dengan jelas. Bahagian penyediaan makanan pula nun jauh di belakang sana! Restoran ini sebenarnya luas, tetapi penuh sesak dengan pelanggan! Barangkali ketika ini masing-masing mencari hidangan makan malam.

Para pekerja berulang-alik dari depan ke belakang, mengambil dan menghidangkan makanan kepada pelanggan.


Pelanggan yang sedang berdiri bertanya kepada pelanggan yang sedang duduk makan, adakah tempatnya sudah 'ditempah' oleh pelanggan lain?

Antara menu yang ditawarkan di Zaitoon Restaurant.

Kami pula, disapa oleh lelaki Arab yang sedang duduk makan bersama keluarganya di bahagian tepi restoran. Katanya, adakah kami memerlukan tempat duduk. Apabila kami jawab ya, katanya tunggu mereka menghabiskan makanan dalam tempoh lima minit lagi.


Jom lihat-lihat gambar makanan yang ada di restoran ini. Mungkin makanan di sini sedap, jadi ramailah pelanggan yang datang walaupun terpaksa menunggu lama. Bukan hidangan itu yang lama ditunggu, tetapi tempat duduk yang tidak dapat menampung sejumlah pelanggan yang datang serentak pada waktu tertentu.


Minuman dan pencucui mulut pun pelbagai jenis.


Apabila Amie melihat jam, sekarang sudah pukul 8:38 malam. Pelanggan masih datang bertali arus memenuhi ruang kaunter pesanan. Jus minuman pun mula bertukar warna. Sebelum ini ada warna merah tembikai atau pun delima dan kuning mangga, sekarang sudah bertambah warna!

Cantiknya warna-warni jus buah! Rasa menyesal pula tidak membelinya. Encik Suami kata, pergilah pesan di kaunter. Eh, rasa jerak pula beratur di situ!


Lelaki Arab sekeluarga yang duduk di tepi restoran bangun meninggalkan tempat duduknya, mungkin ke bilik air. Ahli keluarganya masih duduk di situ untuk menghabiskan makanan. Rasa legalah juga sebab sebentar lagi kami akan duduk di situ. Mengeling jam lagi. Oh, sudah pukul 8:40 malam.


Meja yang sudah ditinggalkan pelanggan yang sudah selesai makan, segera diisi oleh pelanggan baharu. Para pekerja akan segera datang mengangkat pinggan mangkuk di atas meja. Kemudian melipat plastik yang dijadikan lapik meja. Plastik baharu akan dibentang di atas meja tadi. Ini bermakna, pekerja restoran dapat jimatkan masa untuk mengelap meja! 


Para pelanggan yang sudah selesai makan mula meninggalkan meja masing-masing.


Keadaan yang sama masih berlaku. Pelanggan baharu mencari tempat atau meja makan untuk ditempah. Sekarang fahamlah Amie cara gaya makan di sini. Setelah keluarga Arab yang kami tunggu bangun tinggalkan meja makannya, kami cepat-cepat duduk di situ. Jangan tunggu meja dibersihkan dahulu, kerana pelanggan lain akan rebut tempat tersebut. Jadi duduklah di situ sehingga pekerja restoran datang.


Pekerja restoran sedang membersihkan meja makan. Plastik di atas meja yang dipenuhi sisa makanan segera diangkat dan digantikan dengan plastik baharu dan meletakkan empat buah piring serta sudu dan garpu. Kemudian pekerja tadi meminta resit bayaran dan tidak lama kemudian datanglah hidangan kami. Kesimpulannya, menyediakan makanan tidak mengambil masa yang lama tetapi menunggu meja makan itulah yang menyebabkan masa menjadi lama! Apabila pelanggan sudah ada tempat, pekerja restoran meminta resit pesanan dan terus menghantar makanan yang dipesan dalam masa beberapa minit sahaja!

Terfikir di minda, rupanya mencari tempat duduk untuk makan itu tanggungjawab pelanggan!

Oh, ya! Ketika kami sedang duduk menanti hidangan sampai, terpandang oleh kami sepasang suami isteri sedang terpandang-pandang mencari meja kosong. Kami pelawa mereka duduk bersama kami memandangkan ada empat buah kerusi di tempat kami. Pekerja restoran mengambil resit pesanan daripada mereka. Kami sempat berbual-bual ringkas. Mereka suami isteri, merupakan jemaah umrah dari Melaka.


Pukul 9:04 minit malam, tibalah hidangan kami yang pertama di meja iaitu Chicken Seekh Kabab bersama roti pita, diikuti dengan Biryani Laham.

Biryani Laham.


Nasi Biryani Laham ini memang besarlah portionnya. Dagingnya pun banyak, berketul-ketul sembunyi di bawah nasi dengan harga 35SAR.



Chicken Seekh Kabab sangat sedap! Tak jadilah nak marah-marah sebab lambat dapat tempat duduk! Lain kali kalau hendak makan di sini pastikan ada tempat duduk. Jadi tak perlu tunggu lama untuk menikmati hidangan. Pekerja restoran akan datang ke meja kita dan makanan yang dipesan akan dihantar serta-merta.

Sewaktu keluar dari Zaitoon Restaurant dengan perut kekenyangan, sempat kita bisik pada Encik Suami: Sedap betullah Seekh Kabab tadi. Nanti kita datang lagi.
Issshhh...issshhhh! Dah lupa agaknya terpaksa tunggu lama mencari meja kosong!

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT


24 comments

  1. Oh, kita faham sistemnya. Siapa yg dah ada meja baru dia htr makanannya kan. Tentu hilang penat menunggu bila makanan tu sedap sampai tak serik nak datang lagi tu, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... begitulah. Jadi kalau tak mahu tunggu lama, pastikan sebelum order makanan sudah ada meja kita.

      Padam
  2. 45 minit menunggu dapatkan meja lama tu.. mujur makanan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Order makanan 8:10 minit malam, hidangan pertama sampai pukul 9:04 minit malam. Dekat satu jam jugalah.

      Padam
  3. Hehe bungkus makan di hotel.
    Kalau saya serik pula tunggu lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak faham sistem, terpaksalah tunggu saja sampai dapat giliran.

      Padam
  4. Allahu...
    Bukan sekadar makan tetapi juga mendidik jiwa untuk sabar.Patutlahbganjaran untuk sabar itu tinggi pahalanya kerana bukan calang-calang orang yang mampu bersabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.... tak boleh lupa pusing sana pusing sini, tinjau sana tinjau sini. Tak sangka dekat satu jam juga menunggu untuk makan!

      Padam
  5. jus buah kat sana sedapp.kan, freshh dan memang puashati jus nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Tak campur gula dan ais batu.
      Tapi harganya pun dah berganda naik. Dulu 5 SAR, sekarang 10 SAR.

      Padam
  6. Wah, saya tidak merasa pengalaman begini semasa di Madinah. Hanya makan di hotel. Merasalah membeli di KFC sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan di luar sebab tak mahu berasak-asak di dewan makan. Beza betul umrah kali ini Sal. Jemaah terlalu ramai.

      Padam
  7. Hahahaha, cukup lamaaa ya kak Amie, antri sampai 45 menit. Terobati lah karena memang sedap 👍. Tapi saya pun terkadang rela antri lama, asalkan memang enak makanannya. Rasa tak rugi kan 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, seekh kabab tu sedap sangat! Sekarang saya sudah pandai bubuh seekh kabab atas roti, bubuh salad dan sos, kemudian gulung dan makan.

      Padam
  8. 😄 dek makanan lazat, lupa ya kak tadi seksa berdiri lebih 40 min!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... lupa terus Ujie. Tapi lepas dan habis makan, ajak suami cepat-cepat keluar restoran. Kesian pula tengok pelanggan lain menunggu.

      Padam
  9. sheikh kebab dia nampak sedap patutle tak serik nak makan lagi walaupun kena tunggu lama. Saya dulu tak rajin cari makan kat luar. Selalu makan kat hotel je. Nak jalan-jalan cari makan tak pandai dan takut sebenarnya. Kalau ada geng agaknya laju je. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tempat makan Notie, tapi ya ampun! Pelanggan berbaris panjang. Tu pasal terlajak masuk ke mall jumpa Zaitoon Restaurant terus terjah masuk sebab nampak banyak pelanggan sedang duduk makan! Rupanya tak ada meja kosong.

      Padam
  10. agaknya sebab tu Allah belum izinkan saya ke sana,sifat sabar belum tinggi..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kata malang tidak berbau. Jadi, sabar pun tak berbau juga Afzan hahahahaa.

      Padam
  11. Nampak sedap plak kebab tu, ye betul..kena betul- betul sabar kat sini kan, eh..kat mana- mana pun..kena betul2 sabar..kak amie..KFC kat sana sama ke ngan KFC kat sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SA, tak sempat merasa KFC sebab buka saja restoran tu, terus diserbu jemaah umrah. Ada sekali lalu depan KFC, alamak! Para pelanggan makan KFC di tepi pintu, di atas tangga dan di mana-mana sahaja ada tempat kosong! Sama kot ceritanya dengan Zaitoon Restaurat!

      Padam
  12. 45 minit kak menunggu? waduhhhh kalau sy balik terus dah... cari yg lain hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huurrmmm... tak sanggup beratur di dewan makan, tak sanggup beratur depan KFC, akhirnya masuk ke sini, dah tak larat nak cari lain. Pasrah ajelah hihihii.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe