Miqat Ihram : Bir Ali

6:21 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tibalah kami di Bir Ali, Miqat Ihram.

Apa itu Miqat Ihram?

Miqat Ihram adalah tempat orang yang akan menunaikan umrah atau haji mula berihram. Miqat Ihram ada lima tempat iaitu:
  • Zul Hulaifah
    Zul Hulaifah merupakan miqat penduduk Madinah atau orang yang melaluinya. Sekarang Zul Hulaifah dikenali dengan Bir Ali. Jaraknya dari Mekah sejauh 450 kilometer.

  • Juhfah
    Juhfah ialah miqat penduduk Syam, Morocco, Mesir atu orang yang melaluinya. Terletak berhampiran kota Raabigh. Jarak dari Mekah sejauh 183 kilometer. Sekarang orang berihram dari Raabigh, terletak di sebelah barat Juhfah.

  • Yalamlam
    Yalamlam merupakan miqat penduduk Yaman atau orang yang melaluinyan.Yalamlam sebuah lembah berjarak 92 kilometer dari Mekah. Sekarang dikenali dengan Sa'diyah.

  • Qarnul Manaazil
    Qarnul Manazil merupakan miqat penduduk Najd atau orang yang melaluinya. Sekarang dikenali dengan Sayl Kabiir. Jarak dari Mekah sejauh 75 kilometer.

  • Zat Irqin
    Zat 'Irqin merupakan miqat penduduk Iraq atau orang yang melaluinya. Zat 'Irqin merupakan lembah yang dikenali dengan nama Dhariibah dari Melakh sejauh 94 kilometer.
Orang yang menunaikan haji atau umrah wajib mula berihram dari salah satu Miqat di atas. Bagi yang secara sengaja melalui Miqat tanpa berihram perlu kembali ke Miqat terdekat. Apabila tidak kembali, wajib menyembelih seekor kambing di Mekah dan seluruh daging haiwan diberikan kepada penduduk fakir miskin Mekah (pendapat kebanyak ulama).

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَّتَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّأْمِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ هُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَمَنْ كَانَ دُونَ ذَلِكَ فَمِنْ حَيْثُ أَنْشَأَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ مِنْ مَكَّةَ

Sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarn al-Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Itulah miqat bagi mereka dan sesiapa yang melintasi kawasan selain dari mereka untuk sesiapa yang mahu menunaikan haji dan umrah. Sesiapa yang selain dari itu, maka ia berihram dari tempatnya sehinggalah penduduk Mekah berniat ihram dari Mekah. [Riwayat al-Bukhari (1524)]


Masjid Bir Ali

Tempat letak kenderaan yang luas, dan ada ladang kurma yang luas.

Setibanya bas kami di Masjid Bir Ali, cuaca masih mendung dengan awan warna kelabu menutupi langit biru. Jalan raya kelihatan basah, dan lopak-lopak menakung air hujan. Kami menuju ke Masjid Bir Ali untuk solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat ihram dan solat fardhu asar berjemaah.

Masjid Bir Ali dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (87-93 Hijrah). Ubahsuai masjid dilakukan semasa pemerintahan Abbasiyah dan diteruskan semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Ketika ini saiz masjid sangat kecil dan diperbuat daripada batu serta tiada jemaah haji atau umrah yang singgah di sini.

Ketika di bawah pentadbiran Raja Fahd bin Abdul Aziz, usaha membangun, mengubahsuai dan memperluaskan kawasan masjid dilakukan. Memandangkan jumlah jemaah haji dan umrah serta musafir yang semakin ramai, ubahsuai memperluaskan masjid dilakukan beberapa kali. Hari ini. Masjid Bir Ali berdiri di atas tanah lebih dari 60 ribu meter persegi. Luas bangunan masjid ialah 26,000 meter persegi.


Gambar atas dan bawah : Kenangan bersama Jemaah Umrah Sabah
Sumber : Makkah Tower Group 271222.


Masjid Bir Ali menjadi tempat persinggahan jemaah umrah dan musafir .


Persekitaran Masjid Bir Ali ditanam dengan pokok kurma.



Tanaman kurma yang disusun dalam bentuk tiga segi, dan dihiasi dengan tumbuhan berbunga di bahagian tepinya.

Gambar kenangan bersama Yujin & Zila.


Oleh kerana Masjid Bir Ali sangat luas, jadi tidaklah dapat mencari sudut tertentu untuk mengambil gambar. Kebetulan pula masa berada di sini agak singkat.

Masjid Bir Ali

Selepas hujan, tumbuhan semakin subur. Mungkin ini sejenis selasih. Ditanam di tepian pokok kurma yang dijaga rapi dalam taman.

Jemaah bersedia untuk masuk masjid. Waktu asar sudah hampir tiba.


Wudhu' yang diambil di Royal Al-Andalus Hotel belum terbatal. Jadi terus masuk ke ruang solat wanita.

Selepas solat asar, bertemu semula di taman kurma.



Bersedia untuk menyambung perjalanan.

Bas yang membawa kami dari Madinah ke Makkah.


Seperti biasa, setiap kali menaiki bas Ustaz Ali Amin akan membahagi-bahagikan minuman dan kudap-kudapan.

Perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah.

Sebelum meninggalkan Bir Ali, sekali lagi Ustaz Ali Amin mengingatkan pantang-larang dalam ihram. Ustaz Ali membimbing kami niat ihram: Sahaja aku kerjakan umrah kerana Allah Taala. 
Kami juga berniat solat jamak takhir apabila tiba di hentian seterusnya.
Seterusnya kami sama-sama bertalbiah.
Bas terus meluncur laju di atas jalan raya.
Tidak lama kemudian suasana di dalam bas sunyi dan sepi. 
Tidur.
Di kiri kanan jalan, hanya  kegelapan, dan sesekali terlihat bukit bukau berbatu seakan mengiringi perjalanan kami.

5 comments

  1. oohh...begitu rupanya.. pernah juga tertanya cara orang2 yang tinggal di sana bagaimana mereka buat haji dan umrah, niat dr rumah kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu waktu kelas Pendidikan Islam, ada ustaz terangkan tapi tak faham. Bila sudah alami sendiri, baru faham sepenuhnya.

      Padam
  2. masjid bir ali dgn pokok kurma ni mcm dah sinonim. dulu pergi pun dah ada. skrg tentu lg byk... kawasan masjid pun dah besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang luas kawasannya, macam-macam kemudahan disediakan dan lebih selesa berbanding dahulu. Cuma tak sempat hendak jelajah sebab kekangan waktu. Kebetulan pula hujan belum berhenti sepenuhnya.

      Padam
  3. Cantik Masjid Bir Ali ni kak...kawasan pun luas...agaknya berapa la suhu selepas hujan masa tu kan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe