Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi lambat bangun, sebab semalam tidur lewat kerana menghadiri majlis perpisahan dengan dua orang rakan sekerja. Seorang akan sambung belajar peringkat sarjana dan seorang lagi naik pangkat bertugas di Pejabat Pendidikan LD.

Apabila masuk dapur hendak sediakan sarapan pagi, mata terpandang dua biji mangga udang yang Encik Suami kutip di belakang rumah. Saiznya agak berbeza. Sebiji agak besar. Sebiji agak kecil. Sudah tentu beratnya pun tidak sama.
| Mangga Udang |
Jom kita main teka-teka untuk suka-suka. Berapa berat setiap biji mangga udang ini? Amie sudah timbang kedua-duanya. Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat, Amie akan berikan hadiah.