Ikan Kutambak di Tanah Arab
10:53 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin jalan-jalan ke Silabukan, hadiri majlis aqiqah cucu adik ipar. Pulang dari kenduri, singgah beli ikan di gerai tepi jalan Batu 7, Bikang. Agak lama juga tidak memborong ikan di sini. Kami beli tiga jenis ikan dan salah satunya ikan kutambak. Ikan kutambak merupakan spesies daripada keluarga ikan batu. Boleh klik di sini untuk melihat koleksi entri tentang ikan yang Amie kongsi: JALAN-JALAN CARI IKAN.
Ikan Kutambak |
Nasi Mandhi dengan Ayam & Ikan Goreng (Umrah 2014) |
Sebelum ini Amie sangka orang Arab hanya makan nasi dengan daging sahaja. Rupanya Amie salah. Apabila dihidangkan nasi arab mandhi di Wadi Qudait, ada seekor ikan goreng di atas nasi. Tidaklah kurang sedapnya ikan goreng dengan lauk ayam atay kambing! Ikan tersebut digoreng garing, dan isinya yang tebal dan gebu mengingatkan Amie kepada ikan kutambak!
Apabila berpeluang makan nasi arab di Syareq Qurban di Madinah, rupanya memang benarlah ikan kutambak ada di sana! Kalau rajin meninjau, bolehlah ke bahagian ikan segar. Selain ikan kutambak, ikan bayan, ikan kerapu dan sebagainya juga turut ditawarkan. Harganya tidaklah semurah harga ayam!
Puas hati kawan di dalam gambar ini dapat makan nasi dengan ikan goreng di Syareq Qurban! |
Cuba sesekali kita masak nasi arab, lauk ikan goreng, udang, sotong dan hasil laut yang ada di tempat kita.
25 comments
baru tau nasi mandy pun sedap berlaukkan ikan goreng. biasanya di kedai cuma ada pilihan ayam / kambing.
BalasPadamYa, ada macam-macam lauk pilihan. Biasanya di tempat kita terkenal dengan ayam dan kambing kan.
PadamDalam gambar pertama nampak ikannya tak berapa besar, tapi tengok gambar abang arab tu, memang nampak besar dulang ikannya tu, Kak Amie. Kalau di JB ni, kedai nasi arab zaituna ada seafood, tapi sy belum pernah cuba.
BalasPadamIkan tu ada saiz kecil dan saiz besar. Tapi orang Arab goreng ikan memang sedaplah SK. Garing di luar. Ada rasa rempah tapi sikitlah, sekadar syarat saja kot.
PadamGoreng seekor besar tidak dipotong 2 pun
BalasPadamDibelah tengah saja, kelar memanjang.
PadamFirst time SA dengar ni nasi mandy bleh makan ngan ikan goreng...kalau kat semenanjung ni kami panggil ikan gerut Kak Amie
BalasPadamItulah pertama kali tahun 2014 dihidang nasi mandi dengan ikan goreng, saya pun terkejut.
PadamOoooo... boleh dengan ikan ke?
BalasPadamSegala jenis seafood boleh Uncle.
PadamPernah nmpk Lofa masak nasi Arab dgn ikan siakap Kak Amie...
BalasPadamDan nasi Arab dgn ikan ni yg PH ralat sempat tak sempat cuba masa di tanah suci :(
Lain rasa ikan goreng air tangan orang Arab.
PadamMesti puas hati sesekali dapat makan ikan pula bila hari-hari dihidangkan ayam dan daging.
BalasPadamBetul Faizah. Walaupun makan ikan goreng, tapi sedap sangat rasanya, maklum sepanjang di sini memang puasa ikan!
PadamIkan kutambak...pertama kali tau nama ni.
BalasPadamDah terbiasa makan nasi arab dengan daging, rasa janggal jugak nak makan dengan hasil laut. Tapi menarik untuk dicuba.
Ya, kita di sini biasa makan nasi arab dengan daging, tapi di sana tidak pula. Mula-mula memang janggal, tapi sebab sedap, dah tak janggal dah hahahaa.
Padamlagi sedap tu dpt mkn dgn ikan goreng. sbg penggemar ikan goreng, sy x kira nasi apa. ada ikan goreng kompem bertambah😀
BalasPadamlagi sedap tu dpt mkn dgn ikan goreng. sbg penggemar ikan goreng, sy x kira nasi apa. ada ikan goreng kompem bertambah😀
BalasPadamDulu tak pernah fikir nasi arab makan dengan ikan goreng!
Padamdahla besar ikannya, tak pernah mkan ikan goreng dengan nasi arab
BalasPadamSaiz besar tu Dana. Luarnya garing, tapi sedaplah makan dengan nasi arab.
Padamnaelofar pernah share resepi nasi arab ikan sedap juga kak amie saya dah cuba resepinya
BalasPadamSedap kan Afzan. Kita di sini biasanya nasi arab makan dengan ayam atau kambing saja.
Padamfirst time nampak nasi arab ada ikan
BalasPadamIkan segar begini masak apapun pastinya sedap.
BalasPadam