Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolahnya. Kita pun sertai aktiviti Interaksi Kokurikulum Sempena Bulan Kemerdekaan. Tamat aktiviti, kita pun cari pasal ajak Encik Suami tak terus balik ke rumah. Kononnya sampai rumah tak sempat masaklah. Ikan tak dikeluarkan dari peti sejuklah. Nanti lambatlah tunggu ikan nyahbeku. Sempat perut masuk anginlah.
Baiklah kita belanja Firdaus makan tengah hari. Kononnya untuk meraikan kemenangan pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri yang diadakan di Semporna pada 16 Ogos 2024 lepas. Walaupun dapat tempat ketiga, kira menang jugalah. Ada nombornya! Okey jugakan beri alasan begitu.
Eh, Firdaus seorangkah yang akan makan? Marilah kita makan sama-sama. Ahaks!
| Walaupun dapat tempat ketiga, Firdaus kata tahun 2025 dia hendak ikut lagi pertandingan Choral Speaking. Katanya, dia hendak harumkan nama sekolahnya sebelum masuk ke tingkatan satu tahun 2026 nanti. |
| Firdaus dengan ahli BSMM menyertai aktiviti pemasangan khemah. |
| Firdaus dan rakan-rakan menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri di Semporna pada 16 Ogos 2024. |
| Menu yang dipesan untuk makan tengah hari. |
| Dalam set hidangan pizza kami dapat 1 liter American Iced Tea. Apa beza teh Amerika dengan teh tempatan? Sama saja...ahaks! Tapi, 1 liter tu habis kami minum bertiga. |
American Iced Tea warnanya cantik dan manisnya juga sesedap rasa. Encik Suami masukkan hirisan oren di dalam gelasnya.
Creamy Mushroom Soup & Crazi Garlic Twist
| Creamy Mushroom Soup |
Kami pilih pizza dua jenis topping:
Italiano Chicken Pizza & US Favourite Pizza (Beef)
| Italiano Chicken Pizza & US Favourite Pizza (Beef) |
| New York Wings (BBQ) |
Firdaus hendak makan New York Wings (BBQ). Ada lapan ketul semuanya.
| Spaghetti Ocean Carbonara |
Kalau tak kenyang, ada tambahan menu lagi satu iaitu Spaghetti Ocean Carbonara. Sebenarnya terlebih kenyang! Lebihan pizza dan Crazy Garlic Twist itu kami minta bungksu bawa balik.
Nampak gembira sangat: Firdaus senyum lebar sampai ke telinga!