Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi jenuh tunggu mambang, tapi tak datang-datang. Entah tersangkut di mana sampai tak boleh singgah di LD. Lama juga mambang sembunyi di Tanah Jauhar. Biarlah dia dengan EMAK ANGKATNYA di sanun.
Walaupun tak ada mambang, kita masuk dapur juga. Kita bagi tahu Encik Suami, tak payahlah masak nasi. Selalu nasi tak habis. Masak sikit tak cukup, masak banyak selalu berbaki. Bukan apa. Kadang-kadang Fairuz lambat balik kerja. Katanya sudah makan di luar. Jadi, baki nasi dan lauk terpaksalah masuk peti sejuk. Esoknya kurangkan masak nasi. Ingatkan makan di luar, tapi tiba-tiba muncul di dapur. Terpaksalah dia masak sendiri kalau hendak makan.
Tengah kita sembang dengan Encik Suami sambil menemani Firdaus makan, terdengar ada orang buka pintu pagar. Awal pula Fairuz balik kerja hari ini. Suka sangatlah dua beradik makan petang tadi walaupun tidak ada nasi tapi di atas meja makan ada Sayap Ayam Panggang dan Salad Kentang.
| Sayap Ayam Panggang & Salad Kentang |
| Hidangan Makan Malam |
| Sayap Ayam Panggang Air Fryer |
Sayap ayam ini Amie panggang dalam air fryer gunakan aluminium foil. Suka sangatlah Fairuz dengan Firdaus makan. Kata Fairuz, sayap ayam panggang beginilah yang sedap. Tidak kering. Basah dan juicy.
| Salad Kentang |
Salad Kentang ini Amie buat ringkas sahaja. Rebus kentang Australia putih yang sudah dikupas dan dipotong dadu. Bubuh garam sedikit. Setelah empuk, toskan. Tambahkan sedikit mentega, mayonis dan yogurt. Gaul rata dan taburkan hirisan daun bawang. Sedap betul tengok Fairuz makan sampai licin!
Daun salad ini Amie tambahkan sweet peppers kuning dan oren serta tomato caeri. Amie renjiskan minyak zaitun. Apabila Fairuz dan Firdaus makan, sudah tentulah dicarinya Kewpie Roasted Sesame Dressing.
| Sayap Ayam Panggang & Salad Kentang |
Kiranya inilah hidangan makan malam kami untuk hari ini.