Gua Sajadah : Tempat Rasulullah SAW Sujud Begitu Lama Sehingga Muaz Ibn Jabal Menyangka Baginda Wafat!

9:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita belajar Sejarah Islam, sudah tentu kita kenal dengan pasti tentang Gua Hira' di Jabal Nur, tempat pertama kali Malaikat Jibrail turun membawa wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Jabal Nur terletak lebih kurang enam kilometer di utara Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah. Di Gua Hira' inilah tempat Nabi Muhammad SAW menyendiri (berkhalwat), merenungi (tafakur) peristiwa-peristiwa yang terjadi di dalam kehidupan baginda. Rasulullah SAW sering melakukan perkara tersebut (beruzlah yang bermaksud menyendiri) selama tiga tahun terutama di bulan Ramadan. Pada tahun ketiga baginda menyendiri di Gua Hira' itulah Malaikat Jibrail menyampaikan wahyu pertama 17 Ramadan yang kita ketahui dengan nama Nuzulul Quran.

Di Madinah pula, terdapat  sebuah gua bersejarah yang menjadi tempat Rasulullah SAW solat,  bermunajat, menyendiri dan bertafakur dinamakan Gua Bani Haram. Gua Bani Haram yang terletak di Bukit Sa'la  (Sela)  ini dikenali sebagai Gua Sajadah. Bukit Sa'la ini terbentang berhampiran Masjid Nabawi.


Dikatakan bahawa Rasulullah SAW pernah berehat, tinggal dan bermalam di dalam gua tersebut semasa Perang Khandaq. Semasa Perang Khandaq, seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Muaz Ibn Jabal mencari baginda yang dikatakan sedang berehat di Gua Bani Haram. Apabila Muaz Ibn Jabal naik ke Gua Bani Haram, beliau mendapati Rasulullah SAW sedang sujud. Muas Ibn Jabal mengambil keputusan untuk menunggu baginda menyempurnakan sujudnya sehingga selesai. Namun begitu, Muaz menjadi bimbang dan takut kerana baginda sujud begitu lama sehingga Muaz menyangka baginda telah wafat!

Setelah Rasulullah SAW bangun dari sujud, Muaz Ibn Jabal segera memberitahu perasaan takutnya kerana menyangka Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini disebabkan sujudnya yang sangat lama.

Rasulullah SAW memberitahu bahawa Malaikat Jibrail datang kepadanya, dan mengatakan Allah mengirimkan salam kepada baginda dan bertanya apa yang baginda ingin Dia lakukan terhadap umat baginda? Rasulullah SAW menjawab : Allah Maha Mengetahui.

Tidak lama kemudian, Malaikat Jibrail kembali membawa berita gembira : Allah tidak akan mencelakakan, atau mengecewakan kamu , dalam hal umatmu.

Apabila Rasulullah SAW mendengar perkhabaran tersebut, baginda pun terus sujud syukur. Kedudukan paling dekat di antara hamba dengan pencipta-Nya adalah dalam sujud. Dan sehingga kini gua tersebut dikenali sebagai Gharr Al Sajdah (tempat sujud) atau Gua Sajadah.



Ketika ini matahari sedang memancar terang, dan jam menghampiri ke pukul 11 pagi. Sesiapa yang berhajat untuk mendaki Bukit Sa'la menuju ke Gua Sajadah dialu-alukan. Pendakian dijangkakan memakan masa di antara lima hingga 10 minit.


Ada permaidani hijau dibentangkan di pintu masuk. Seorang lelaki sentiasa ada di situ, menyapu dan membersihkan permaidani selepas dipijak oleh pengunjung. 


Mari kita mulakan pendakian.
Bismillah.


Encik Suami tidak mahu ketinggalan mendaki Bukit Sa'la.


Di pertengahan jalan, ada permaidani merah pula.



Di bawah pokok berdaun kuning, ada sebuah bekas berisi air.


Air di dalam bekas ini ditutup dengan guni (?)


Mungkin ditutup untuk mengekalkan kedinginan air, dari pancaran matahari. Sesiapa yang berhajat untuk minum, boleh singgah di sini.


Akhirnya sampailah ke puncak sana!

Encik Suami sempat tangkap gambar kita di pertengahan bukit! 
Di belakang kita, Yujin dan suaminya.


Encik Suami dapat tangkap gambar di tempat solat Rasulullah SAW.

Gua Sajadah, tempat solat Rasulullah SAW.

Ini merupakan tempat Rasulullah membersihkan diri dan berwudhu' 
Sekarang tempat ini sudah kering, tidak berair.


Pemandangan dari pertengahan jalan pendakian ke Gua Sajadah.


Rakaman kenangan di Bukit Sa'la.



Apabila berada di pertengahan jalan, kita lihat batu-batu besar dan tajam perlu dilalui untuk sampai ke Gua Sajadah. Kita ambil keputusan, cukup sampai di sini sajalah kita mendaki.

Rakaman jemaah turun dari Gua Sajadah.

Encik Suami hanya memakai selipar, tetapi bersemangat mendaki ke Gua Sajadah. Tumitnya luka tercalar batu tajam. Rupanya, ada beberapa orang jemaah lelaki yang terluka kaki terpijak batu tajam.
Bolehkah kita bayangkan bagaimana baginda Rasulullah SAW dengan gigih dan sabar mendaki ke Gua Sajadah? Dan tidak dapat dibayangkan sewaktu baginda beruzlah di Gua Hira', setiap hari Siti Khadijah yang berusia 60 tahun mendaki dan menuruni Jabal Nur  untuk menghantar bekalan makanan kepada baginda!

Gambar kenangan Umrah Sabah di kaki Bukit Sa'la.


Tangkap juga gambar kucing yang bersiar-siar di kaki bukit. Kami selalu terjumpa kucing ketika lawatan. Ia kucing jalanan, tetapi sangat cantik dengan bulunya yang lebat dan panjang!


Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW.

Comel sangat kan?

Salah seorang jemaah wanita bergambar bersama kucing tersebut!

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

12 comments

  1. siapalah gerangan yg rajin bersihkan permaidani tu... bsr pahala dia dpt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Kiranya amal jariah tu kan Anies.

      Padam
  2. Gua Hira' dah biasa tau serba sikit sejarahnya. Gua Bani Haram ini baru pertama kali saya tau.

    Memang mencabar nak daki bukit yang hanya berbatu, lagi pulak kalau tak pakai kasut yang sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun first time dengar dan lihat gua ini.

      Padam
  3. Solat tidak di dalam itu? Atau mungkin ramai orang tidak dapat buat?

    BalasPadam
  4. Seronoknya dapat berziarah ke tempat bersejarah yang pernah dijejaki baginda Rasulullah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Mengimbau kenangan dalam sejarah perjuangan baginda.

      Padam
  5. seronoknya, ada gak baca dari blog orang lain tapi x se detail Kak Amie share, kali ni nampak betul tempat solat Baginda Rasullullah....akak...cantiknya kucing tu...bulu dia panjang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Moga perkongsian ini turut memberi manfaat kepada pembaca lain.
      Iya, memang cantik, panjang bulu kucing tu.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe