Assalamualaikum.
Petang tadi Amie cuba resepi istimewa dari dapur SPICES JOURNEY. Agak lama juga Amie meneliti resepi kari ikan yang dimasak oleh Sheila. Berkunjunglah ke dapurnya, pasti anda terliur melihat paparan kari ikan mamak style yang sungguh istimewa! Warna kari Sheila memang cantik, kuahnya berlinang-linang dan mengecurkan liur. Bagaimana pun Amie perlu berpuas hati jugalah dengan hasil air tangan Amie walaupun tidak secantik dan mengancam seperti yang Sheila hasilkan, tapi bila anak-anak kata hasil air tangan Amie sedap, maknanya memang boleh diterima. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu Amie perbaiki kerana Amie terlebih bubuh santan sedangkan santan yang digunakan oleh Sheila hanya 100ml sahaja! Jadi, warna kuah kari tenggelam dicerahkan oleh santan! Dan satu lagi, Amie gunakan rempah kari bukan Ali Babas. Yang lain, memang 100% Amie aplikasi sepenuhnya resepi dan langkah demi langkah yang Sheila berikan sebagai panduan. Disebabkan anak-anak dan Encik Suami sudah menunggu dengan nasi terhidang di atas meja makan, Amie pun terlupa memasukkan terung goreng, kacang bendi dan cili hijau ke dalam masakan. Bila nak tangkap gambar, baru teringat.... jadi hasilnya seperti di bawah ini!
Apa pun terima kasih banyak-banyak ye Sheila... nampak benarlah kerja orang kelam-kabut berbanding dengan kerja penuh komitmen macam Sheila ye.... he he hehh. Untuk resepi dan cara memasakanya, sila ketuk pintu dapur Sheila - Spices Journey. Di situ anda akan memperoleh panduan serta maklumat lanjut mengenai resepi yang lazat ini. Istimewanya, Sheila menambah beras sangai yang ditumbuk halus ke dalam kuahnya. Memang ada kelainan pada rasa masakan ini. Amie gunakan ikan merah, bahagian kepala dan juga beberapa keping isi.
Kepala ikan di atas tu Amie dan Encik Suami yang ratah. Anak-anak makan isi ikan.
Ha... yang di atas ni Amie nak hantar ke rumah Sheila... jom ikut Amie!