Air Zamzam : Penghulu Segala Air di Dunia!

5:07 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih ingatkah rasa air zamzam? Amie masih teringat di usia kecil pertama kali minum air zamzam yang dibawa pulang dari Mekah oleh arwah bapa saudara kami. Rasanya sudah tentulah berbeza dengan air minum biasa yang diteguk setiap hari. Dan rasa air zamzam masih sama sewaktu kami umrah ziarah 2014. Air yang tidak pernah putus keluar mengalir dari mata airnya ini dapat dinikmati oleh jemaah umrah  dan haji secara percuma pada bila-bila masa. Di segenap ruang sama ada di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram, air zamzam boleh didapati dengan mudah, siap dengan gelasnya sekali. Dan, sudah tentu ada pilihan, sama ada sejuk atau suhu biasa.

Namun begitu, air penghulu segala air di dunia ini sudah berbeza rasanya! Barangkali dahulu, ada rasa-rasa masin payau, tetapi sekarang tidak lagi.

Pada hari pertama jejak kaki ke Masjid Nabawi, dan minum segelas air zamzam, terasa sudah tidak ada lagi rasa payau tersebut! Air zamzam sudah seperti rasa air biasa. Namun begitu, air zamzam tetap air yang terbaik di dunia!

Air zamzam sekarang sudah disuling dan ditapis di kilang khas berdekatan dengan Masjidil Haram.Air zamzam ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
  • Untuk kegunaan jemaah di Masjidil Haram.
  • Dipam terus ke kilang di Kudai dan dibotolkan untuk kegunaan rakyat tempatan serta yang menetap di Arab Saudi.
  • Dipam terus ke dalam lori dan dibawa ke Madinah.


Gambar diambil ketika hendak keluar masjid selepas menunaikan solat isya. Jemaah mengambil kesempatan untuk minum air zamzam dan ada yang mengisi botol dengan air tersebut untuk dibawa pulang. Kadang-kadang Amie dan Encik Suami pun isi sebotol dan bawa ke bilik, untuk diminum sekiranya berasa dahaga.


Sebenarnya tidak terkira berapa banyak susunan tong air yang diletakkan di dalam masjid. Jemaah dengan mudah boleh mengambil air zamzam di setiap ruang antara tiang masjid dengan ruang pejalan kaki.

Salah satu barisan tong berisi air zamzam di antara tiang dengan tiang masjid.


Jemaah perempuan keluar Pintu 25 Masjid Nabawi.

Sempat ambil video sewaktu jemaah perempuan keluar dari Pintu 25 Masjid Nabawi selepas solat isya. Oleh kerana jarak waktu di antara maghrib dan isya agak dekat, jadi kami terus berada di masjid  sehingga selesai solat isya.


Terlajak ambil gambar tong berisi air zamzam, ambil sekali suasana malam di luar masjid ketika menuju ke hotel.


Dari hujung ke hujung, lorong sentiasa penuh dengan jemaah.


Sekarang kami sudah berada di hadapan Royal Al-Andalus Hotel.


Suasana di hadapan pintu hotel yang tidak pernah sunyi dari lalu lalang pelbagai jenis bangsa! Tinggalkan dahulu pemandangan sebegini, kerana kami sedang dalam perjuangan untuk ke dewan makan!

Makan malam : Nasi putih + ikan patin goreng + ayam goreng + sambal tomato + epal.


Selepas makan malam, tak mahu terus masuk bilik. Kami jalan-jalan bersama mutawwif ke beberapa buah kedai di bahagian belakang hotel kami.



Kita tidaklah teruja sangat untuk membeli-belah. Encik Suami pula yang menambah harta karunnya! Tak cukup beli jubah di petang hari, disambung pula hingga ke malam hari! 


Ada kedai di bawah tanah, ada kedai di atas tanah!
Yang pastinya sudah tidak ada pasar lambak seperti dahulu! Dahulu, sebaik sahaja selesai solat fardhu, peniaga akan membentang segala jualannya di hadapan  masjid! Eh, rindu sungguh suasana itu!
Sekarang urusan jual beli semuanya di dalam kedai!



Antara rakan Encik Suami yang turut serta meninjau-ninjau kedai pada malam itu.


Berehat seketika di ruang tamu sebelum masuk ke bilik.


Masak air di dapur. Bolehlah nanti buat bancuhan air panas untuk hangatkan tubuh. 

Dalam mesej kumpulan (sekitar pukul 7:52 malam), mutawif maklumkan tuala sudah dihantar ke bilik masing-masing! 

Di mana tuala itu? 
Tidak ada!

Ketika itu sudah pukul 9:57 minit malam. Teringat sebelum masuk ke bilik, kami ternampak seorang pekerja sedang membersihkan bilik di hadapan. Jadi, kami pun serbu ke bilik tersebut dan ambil dua helai tuala yang terletak di dalam troli. Tercengang-cengang jugalah pekerja tadi sebab tak faham bahasa kami! Tapi kemudian dijawabnya: No problem! No problem!

Selesai satu masalah! 
Bolehlah mandi dengan selesa.

Sebelum tidur, sempat baca mesej dalam WhatsAap Group. Nampaknya masih banyak lagi yang sedang menanti tuala! Aduhai.... nak buat macamana? Sabar sajalah sambil menunggu tuala berjalan masuk ke bilik masing-masing!

Sebelum tidur, teguk tiga kali air zamzam, penghulu segala air di dunia dalam botol mineral yang dibawa dari masjid.

اللهم إني أسألك علماً نافعاً، ورزقاً واسعاً، وشفاءً من كل داء

Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

11 comments

  1. Lama betul nak dapatkan tuala ye kak amie..ye setuju dulu air zam zam memang rasa payau..skrg dah macam.air mineral biasa tapi masih terdapat bezanya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah puas beribadah n minum air zam2

    BalasPadam
  3. air zam zam memang rasa payau...unik sangat rasanya

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat minum air zam2 sepuasnya.

    BalasPadam
  5. Oo..patutlah dulu2 minum rasa payau, sekarang rasa macam air biasa. Dah disuling rupanya.

    BalasPadam
  6. teringat zaman budak2 dulu asal ada yang balik dari umrah/haji mak ajak pergi melawat dapat la minum air zam-zam dalam cawan kecil..

    BalasPadam
  7. seronoknya kalau ke sana kan kak, hari2 boleh minum air zamzam, kiranya penduduk kat sana memang sentiasa ada bekalan air zamzam la ye.

    BalasPadam
  8. bestnya, lagi best bila takyah pakai mask kat sana

    BalasPadam
  9. Masyaa Allah..
    Saya selalu melayari youtube untuk melihat telaga zamzam dan ralit melihat mata air mengalir dicelahan batu batan tanpa henti tetapi tidak pula banjir..
    Maha agong kuasa Allah

    BalasPadam
  10. Membaca catatan cikgu umpama mendengar tourguide meyampaikan info..seperti ada bersama di situ

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe