Kenali Hidangan Hari Raya Masyarakat Bajau Pantai Timur & Bugis di Sabah, Masakan Minang & Indonesia dalam Resepi Amie's Little Kitchen di Majalah SAJI Edisi Ogos 2015

12:23 PTG

Panjangnya tajuk......!
Maklumlah... negara kita ini selain penduduknya berbilang bangsa, pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta pegangan hidup, sudah tentunya masing-masing mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Unik bukan? Dan semestinya memberi peluang untuk kita saling memahami dan mengenali budaya hidup mereka terutamanya yang beragama Islam melalui hidangan yang tersaji khususnya ketika menjelang hari raya.
Terima kasih berjuta-juta buat Encik Joha Ahmad, pengarang Majalah SAJI kerana memberi peluang sekali lagi untuk Amie tampilkan hidangan hari raya dari Negeri di Bawah Bayu.
Dan berjuta-juta terima kasih daun keladi gajah untuk rakan-rakan Amie yang dengan seikhlas hati berkongsi resepi dan menu hari raya mereka khususnya masakan suku kaum Bajau Pantai Timur dan juga masakan kaum Bugis.

 Jom kita kenali hidangan hari raya dari daerah Lahad Datu.

Pada mulanya memang agak sukar untuk Amie mencari menu hidangan hari raya masyarakat ini. Setelah beberapa hari merujuk teman-teman berketurunan Bajau dari Lahad Datu dan Semporna, termasuk teman Encik Suami...  jawapan yang Amie terima : Tidak ada juadah khusus semasa sambutan hari raya bagi suku kaum ini. Oh! Tentu ada sesuatu isu budaya yang perlu dikupas.... ya! In sha Allah, entri akan datang Amie akan kongsikan lebih lanjut tentang hal ini, kaitannya dengan makanan dan juga agama serta adat dan kepercayaan mereka.
Orang kata, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Alhamdulillah, berkat usaha bertanya ke sana dan ke mari, tanpa rasa jemu dan segan akhirnya Amie dapat kongsikan menu istimewa hidangan hari raya masyarakat ini. Buat Puan Hajjah Al Maidah Al Kanta dan Puan Hajjah Sitti Jaliha Haji Salman, usah jemu berkongsi dan bercerita tentang juadah hari raya yang sentiasa menjadi kebanggaan  serta identiti masyarakat Bajau Sibutu dan Bajau Ubian.
Menurut Puan Hajjah Al Maidah, berdasarkan pengalamannya bersama ahli keluarga dan masyarakat Bajau Ubian, antara hidangan utama di pagi hari raya ialah Nasi Kuning atau Buas Kuning.  Nasi Kuning dihidangkan bersama lauk-pauk yang lain termasuk ikan, ayam, dan daging rusa, buah-buahan serta beberapa jenis kuih seperti kuih ja dan kuih penyam.
Gambar di atas merupakan antara dua jenis lauk  yang dijadikan hidangan untuk dinikmati bersama Nasi Kuning, Ikan Kayu Goreng atau Daeng Landang-Landang Mangkuk-Mangkuk dan juga Rusa Masak Hitam atau Payau Ballahan Ittom.

Yang di bawah ini pula hidangan wajib di hari raya dalam masyarakat Bugis. Tanpanya... ia bagaikan lagu tanpa irama he he heee.....  
Terima kasih banyak kawan-kawan terbaik di dunia.... Ramlee, Kamsiah, Misa, Jamasri, Waritie... yang sudi kongsi dan tidak lokek mengajar kami membuat buras. In shaa Allah... entri khas tentang pembuatan buras akan menyusul kemudian.

Biasanya buras dinikmati bersama pelbagai jenis lauk pauk, tetapi biasanya yang tak boleh berpisah dengan buras... sudah tentunya Ayam Masak Lengkuas atau Nasu Likku'. Naaa.... unik dan tersendiri bukan? Benarlah orang kata, makanan itu menunjukkan identiti budaya sesuatu kaum. Jadi, marilah kita cuba kenali sesuatu kaum itu dengan mencicipi hidangannya yang ternyata enak-enak belaka!

Seterusnya, SAJI turut menyiarkan masakan Minang pula seperti di bawah ini.

Gulai Itik Hijau dan Singgang Ayam merupakan hidangan istimewa hari raya masyarakat Minang. Seronok rasanya mencuba masakan ini... dan terima kasih banyak-banyak buat Misa yang sudi 'mencarikan' itik, juga buat kakak ipar yang cabutkan bulu itik... ki kiiiii...

Yang di bawah ini Kek Lapis Legit! 
Kek yang menggunakan 20 biji kuning telur untuk satu adunan. Adusssss!

Kalau kita boleh berbangga dengan pelbagai jenis kek lapis Sarawak, teman-teman dari Indonesia pula tentunya punya perasaan yang sama dengan hidangan Kek Lapis Legit mereka! Alhamdulillah... Kek Lapis Legit menjadi walaupun tangan dah kaku sebab lama tak melapis!

Antara hidangan yang disajikan sempena hari raya di Indonesia termasuklah Semur Daging atau dalam bahasa kita Daging Masak Kicap, dan juga Sambal Hati. Masha Allah... bagi sesiapa yang belum pernah cuba masak Sambal Hati, cubalah... tak mahu guna hati tembu boleh gantikan dengan hati atau mempedal ayam! Sedap oooooo.....!

5 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe