Bismillahirrahamanirrahim.
Rabu, 08 Jun 2022.
Mas sudah bertolak dari Tang Dynasty Plaza ke Kota Belud.
Gang Bas Sekolah, Kam sekeluarga dan Amie sekeluarga sudah berjanji untuk bermalam di Tuaran. Dari satu daerah ke satu daerah kami terjah. Di mana ada penginapan yang terdekat, di situlah kami bermalam.
Kami daftar masuk di Nexus Resort & Spa Karambunai, tetapi pada waktu yang berbeza. Jadi, sehingga lewat petang ketika matahari hampir tenggelam barulah dapat bersua muka kembali setelah terpisah di Terminal Feri Menumbok.
Selamat Datang ke Nexud Resort & Spa Karambunai.
Setelah daftar masuk, Encik Suami dikehendaki alihkan kereta ke tempat letak kereta tetamu resort khas di blok penginapan kami. Seorang pekerja resort merangkap pemandu kereta, membawa beg-beg kami ke dalam kereta yang disediakan dan kemudian bergerak ke tempat penginapan. Ini bermakna, kami boleh memanggil pemandu resort untuk mengambil kami bersama beg-beg untuk daftar keluar di kaunter pada keesokan harinya. Hendak berjalan kaki pun boleh juga, tetapi berpeluh-peluhlah... ahaks!
Sempat tangkap gambar di kiri kanan jalan masuk ke resort.
Di sana sini penuh dengan kehijauan!
Pohon-pohon tumbuh rendang di sepanjang jalan!
Dan inilah blok penginapan kami pada malam itu.
Bilik kami di tingkat atas.
Ketika kaki melangkah masuk ke bilik, lampu katil dan penyaman udara sudah terpasang.
Rasa sejuk jew!
Ada sebuah meja bulat dan dua buah kerusi di serambi bilik.
Apabila berada di serambi, toleh sebelah kanan ada tasik dipenuhi pokok teratai yang sedai berbunga serta pancuran air. Apabila pandang ke hadapan, nun di sana ada kolam renang. Toleh ke kiri, akan terlihat pantai berpasir putih.
Berehatlah seketika, bersihkan diri dan solat.
Budak ini memang akan menjadi perasmi cemar katil...hiks!
Kali ini warna hiasan dalamannya banyak warna hitam pula!
Almari kecil ini berisi mini peti sejuk.
Di sinilah Encik Suami letakkan BLUEBERRY CREPE CAKE yang tertinggal itu.
Ruang lepak Encik Suami dan Firdaus.
Kemudahan lain seperti penyangkut baju, sterika, iron board, peti keselamatan dan pengering rambut turut disediakan. Kalau hotel sediakan pengering rambut, kita selalu minta tolong Firdaus keringkan rambut kita... hiks!
Pintu masuk ke bilik, dan pintu ke tandas.
Ada tab mandi.
Ada tempat mandi pancuran.
Sebagaimana kebiasaan hotel klasik, di sini masih wujud interkom / telefon di bilik air.
Firdaus hendak mandi di swimming pool, tetapi kami pujuk supaya mandi sahaja di dalam bathtub.
Anak bapak!
Lepas mandi Encik Suami suruh Firdaus pakai semula baju yang sama sebab kami hendak jalan-jalan di sekitar resort dan turun ke pandang.
Jom temankan Firdaus yang sudah tidak sabar untuk ke pantai!
Nanti sambung cerita ya.