Jalan-Jalan Cari Dim Sum di KLIA2 (KLIA Terminal 2)
1:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas berziarah di Hospital Sungai Buluh pada 23 Januari 2023, Abang Farid dan Aseeyah hantar Amie ke KLIA (KLIA Terminal 1) untuk terbang balik Ke Kota Kinabalu. Oleh kerana Amie hanya bawa hand luggage, jadi tidak perlulah menunggu giliran untuk check in luggage. Lagi pun, sudah daftar masuk secara online 48 jam sebelum terbang.
Ketika itu jam menunjukkan angka tiga petang. Penerbangan dijadualkan pada pukul tujuh petang. Masih ada empat jam untuk menunggu. Kami putuskan untuk makan dan naik KLIA Ekpress ke KLIA2 (KLIA Terminal 2).
Makan-makan di Chris & Co |
Tertarik melihat pelbagai gambar makanan di dalam katalog. |
Abang Farid: Honey Lemon (Hot) |
Amie: Passion Watermelon Juice |
Honey Lemon (Cold) |
Amie: Seafood Fried Hor Fun |
Abang Farid: Kam Heong Chicken Chop Fish Fillet with Rice |
Aseeyah : Nissin Noodle with Chicken Chop |
Crystal Prwan Dumpling |
3 Style Steamed Siew Mai |
Steamed Dim Sum Mix Platter |
Steamed Prawn Rice Roll Noodle |
Seronoklah Amie dapat makan Steamed Prawn Rice Roll Noodle @ Cheung Fun. Sebelum ini beberapa kali hendak makan cheung fun di restoran dim sum tetapi asyik tidak ada. Itu pun Abang Farid yang tunjukkan dalam katalog. Kalau tidak, memang terlepas pandanglah.
Selepas makan di sini, kami sama-sama menaiki KLIA Ekpress dari KLIA2 (sekarang dijenamakan sebagai KLIA Terminal 2) ke KLIA (KLIA Terminal 1). Amie terbang ke Kota Kinabalu, Abang Farid dan Aseeyah bergerak ke Gombak, dan esoknya kedua-duanya balik ke Seri Iskandar.
11 comments
wah..ada dim sum restoran kat KLIA ye..bleh la cuba nanti ni..SA mmg suka dimsum..
BalasPadamKLIA2 ye SA ... KLIA Terminal 2.
PadamLama betul sy tak makan dim sum...teringinlah pulak adoi 😅
BalasPadamMakan sekali-sekala itu yang sedap PH.
PadamNampak sedap semuanya kak.... aduh lahai
BalasPadamMemang sedap Dana, terutamanya cheung fun tu dan crystal dim sum tu.
PadamJauh pergi makan dari KLIA ke KLIA 2.
BalasPadamLama tak naik KLIA Ekpress. Lagi pun di KLIA2 banyak pilihan tempat makan.
PadamSemua makanan dan minuman nampak sedapnya
BalasPadamKLIA2 lagi banyak resto tapi jaranglah dapat ronda semua tempat.
BalasPadamKLIA2 lagi banyak resto tapi biasanya jaranglah dapat ronda semua tempat.
BalasPadam