Menunggu dan Ditunggu

12:48 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas setiap kali solat fardhu di Masjid Nabawi, Encik Suami akan tunggu di pagar 335 tempat kami berpisah menuju pintu masing-masing. Biasanya Amie masuk masjid melalui pintu 25 dan Encik Suami pula ke pintu 18. Ada waktu-waktunya, apabila sesak dengan jemaah yang berpusu-pusu keluar, kami saling menanti di lobi hotel sahaja.

Jarak di antara hotel dengan pagar masjid tidaklah jauh. Katanya anggaran 50 meter sahaja. Itu jarak dari pintu keluar hotel ke pintu pagar masjid. Bukan jarak dari pagar ke pintu masjid.

Sepanjang waktu Amie boleh intai dari tingkap bilik, melihat suasana di dataran menuju ke pagar masjid. Dari tingkap hotel juga boleh melihat sebahagian daripada bangunan masjid, termasuk payung dan menaranya serta Taiba Mall, jalan raya dan beberapa bangunan hotel yang berhampiran.

Classy Al-Andalus Suites @ Royal Ak-Andalus Hotel bersebelahan dengan Masjid Nabawi.


Sementara menunggu Encik Suami muncul, kadang-kadang Amie rakam gambar burung-burung merpati yang hinggap mematuk makanan dan kemudian terbang semula!






Biasanya suasana meriah begini dapat dilihat sewaktu matahari terbit dan ketika waktu petang. Ramai yang suka memberi makanan untuk burung merpati, dan mengambil gambar. Kalau jemaah sedang keluar dari masjid, memang tidak ada ruang untuk burung merpati hinggap!


Kawasan sekitar di sini bersih, tiada najis burung. Mungkin pekerja pembersihan cekap melaksanakan tugasnya membersihkan mana yang patut!

Waktu pagi di pintu masuk ke masjid.

Waktu petang di hadapan Royal Al-Andalus Hotel menuju ke masjid.

Encik Suami muncul, lengkap dengan baju sejuk walaupun matahari bersinar terang. 


Ada sebuah pondok kecil di hadapan hotel kami. Nampak tak huruf STC di situ? Boleh daftar sim kad di sini atau tambah nilai. Kami sudah daftar sebaik sahaja tiba di hotel dan dibantu urus oleh mutawif. 


Untuk pendaftaran sim kad, perlu visa dan scan ibu jari. Bagi memudahkan urusan dan untuk elakkan penipuan, eloklah selalu berhubung dan mendapatkan nasihat daripada mutawif. Walaupun berada di tanah haram, tidak bererti perkara haram tidak berlaku khususnya semasa urusan yang melibatkan jual beli atau kewangan.


Ini pakej yang ditawarkan kepada kami. Kami dikehendaki bayar sebanyak SAR 70. Sewaktu menulis entri ini baru perasan tulisan Hajj and Umrah Package 50. Entahlah....! Wallahua'lam.


Dua orang ejen syarikat TMK yang datang ke hotel kami untuk urusan pendaftaran sim kad.

8 comments

  1. lega bila orang yang ditunggu munculkan diri

    BalasPadam
  2. Sepatutnya harga simkad tu SAR50 saja kan??

    BalasPadam
  3. Bapa saya cerita, dia pun tak tanggal baju sejuk masa di Mekah, dia kata, cuaca agak sejuk sana. Dia pun baru balik dari umrah. :)

    BalasPadam
  4. Mungkin balance SAR20 tu caj perkhidmatan sebab agen TMK tu uruskan pendaftaran di hotel

    BalasPadam
  5. aku selalu menunggumu walau kau tak memintaku menunggu..hehe
    ada hidden caj untuk ejen agaknya kak...

    BalasPadam
  6. wah dekat betul dengan masjid memang seronok lah bila time solat. Dekat dengan raudah kan pintu 25 tu.

    BalasPadam
  7. teringat masa zaman bercinta dulu tak kak? hehehhe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe