Miqat Ihram Umrah Ketiga dari Masjid Ji'ranah

8:13 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung perjalanan setelah entri terhenti di sini: JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA.Bas membawa kami melalui Mina dan Muzdalifah. Sepanjang melalui kawasan ini Ustaz Ali Amin menyentuh tentang ibadat haji. Allahu Akbar! Tidak dapat bayangkan berada dalam suasana tersebut sekiranya diizinkan menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti. Hanya mampu berdoa, berilah kemampuan dari segi mental dan fizikal.

Bas berhenti di Masjid Ji'ranah yang terletak di perkampungan Ji'ranah, di Wadi Saraf. Jaraknya lebih kurang 24 kilometer dari Masjidil Haram. Masjid Ji'ranah dijadikan miqat dan berihram bagi penduduk di Makkah dan mereka yang melalui kawasan tersebut. Umrah kali ketiga kami mengambil miqat di sini. Alhamdulillah dapat ikut jejak Rasulullah SAW yang pernah bermiqat di sini sebelum melakukan umrah.


Di sini juga, Nabi Muhammad SAW nyaris diracun oleh musuh baginda. Perigi tempat baginda mengambil air minum dibubuh racun. Namun begitu, Malaikat Jibrail memberitahu baginda supaya tidak mengambil air dari perigi tersebut. Sekarang, perigi tersebut sudah diitutup atas perintah kerajaan Arab.

Rasulullah SAW pernah menginap selama 10 malam di sini, dan baginda meninggalkan para tawanan serta harta rampasan perang yang diambilnya dari suku Hawazin dalam peperangan Hunain yang berlaku pada 8 Hijrah. Baginda Rasulullah SAW tidak membahagikan harta rampasan tersebut kerana menunggu orang-orang dari suku Hawazin yang memeluk Islam menyusulnya.

Sewaktu harta rampasan telah dibahagikan, datanglah utusan suku Hawazin memohon agar Rasulullah SAW membebaskan para tawanan dan harta mereka. Rasulullah SAW meminta mereka memilih : Tawanan atau harta. Mereka memilih tawanan dan Rasulullah membebaskan para tawanan secara baik.

Dalam Sirah Teragung Muhammad SAW menyebut : Setelah selesai membahagi harta rampasan perang, Rasulullah SAW bertalbiah dari tempat itu dengan niat ihram di Ji'ranah dan mengerjakan umrah. Selesai umrah, Nabi Muhammad SAW kembali ke Madinah. Keberangkatan baginda ke Madinah ini enam hari sebelum habisnya bulan Dzulhijjah 8 Hijriah. (Zad al-Ma'ad, Ibnu Hisyam, dan HR. Bukhari)

Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di Ji'ranah ialah turunnya wakyu Surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

'Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau kerana sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, iaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya'.


Ketika kami sampai, tandas penuh sesak, dan masjid dipenuhi orang ramai. Seperti biasa, jemaah umrah menunaikan solat sunat tahiyatul masjid di setiap masjid yang disinggahi.

Menurut Encik Suami, jemaah umrah lelaki terpaksa menukar pakaian ihram di luar masjid kerana tandas lelaki juga penuh sesak. Mereka menukar kain ihram di dalam tandas, tetapi katanya pintu tandas asyik diketuk orang dari luar! Selesai memakai kain penutup tubuh bahagian bawan iaitu 'izaar), mereka terus keluar ke tempat lapang dan menyempurnakan pemakaian kain ihram yang menutupi tubuh bahagian atas iaitu ridaa'.

Mendengar cerita Encik Suami, Amie ketawa geli hati kerana teringat keadaan di dalam tandas perempuan. Setiap pintu tandas sudah ada 'tuannya'. Kalau boleh 10 orang bersusun menjaga pintu tandas, memang 10 oranglah yang akan berdiri rapat-rapat di situ. Sewaktu Amie hendak keluar ke pintu depan tandas, terpaksa 'memohon' laluan daripada mereka yang menghalang jalan kerana 'menjaga' pintu tandas menunggu giliran masuk!

Pintu masuk musolla wanita yang penuh sesak.


Pemandangan di luar masjid. Banyak gerai pelbagai jenis jualan di sana sini.

Ada kurma dan buah delima dan lain-lain.



Pelbagai jenis kekacang turut dijual.

Bakso pun ada!


Ketika bas berhenti di tempat letak kenderaan, kami teragak-agak untuk bergerak masuk ke hotel kerana hujan sangat lebat! Ustaz Ali Amin mencadangkan supaya jemaah solat zohor di dalam bilik masing-masing memandangkan hujan semakin lebat dan tidak dapat dijangkakan bila akan berhenti. Kami diingatkan  turun ke lobi pada pukul dua setengah petang untuk umrah ketiga.

Hujan lebat ketika turun dari bas!

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

6 comments

  1. Perempuan senang sebab tidak perlu pakaian khas untuk buat umrah.

    BalasPadam
  2. Pemandangan biasa kat situ bila ada yang berjualan kan..now SA faham sedara mara yang pi Umrah beli cenderahati tu kat mana..kena pandai bargain ke tak kak amie..ke harga memang dah tetap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di kedai pun banyak dijual SA.
      Cuma Kak Amie tak sempat ambil gambar dan jalan-jalan di sekitar hotel sebab selalu hujan dan kami penuhi masa dengan umrah dan aktiviti ziarah. Apabila berziarah di satu-satu tempat, biasanya ada gerai pelbagai jualan. Boleh tawar-menawar harga. penjual pun boleh cakap bahasa kita.

      Padam
  3. Banyak info dan ilmu dalam catatan sepanjang umrah cikgu kali ini...👍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe