Bismillahirrahmanirrahim.Waktu Bonda sakit, Wak Aton mesej kita. Katanya, dia sedang mengenangkan diri. Tiga malam dia tidur di rumah Bonda. Dengan adik-beradik lain, Wak Aton berbahagi tugas. Ada yang hantar Bonda ke klinik, ada yang belikan ubat sapu, belikan lampin pakai buang (jika perlu untuk dipakai) dan sebagainya. Semenjak Wak Niah patah kaki dan bergerak menggunakan kerusi roda, merekalah adik-beradik yang uruskan hal makan...
Bismillahirrahmanirrahim.Catatan 5 Syawal 1446H bersamaan hari Jumaat.Dua hari lepas Bonda dibawa ke Hospital UITM Puncak Alam. Kita hanya mampu mendoakan dari jauh dan mendengar perkembangan keadaan Bonda. Bonda berada di katil kecemasan zon kuning. Katanya, Bonda tinggi potasium. Kurang air dan juga kurang gula. Bonda memang tidak suka minum banyak air, katanya nanti asyik ke bilik air. Jadinya, kenalah masuk 500ml air. Syukur...
Bismillahirrahmanirrahim.Memandangkan keluarga Aseeyah yang beraya di Kuala Terengganu menghadapi masalah kelewatan sampai ke Gombak, jadi kami batalkan rancangan untuk kunjung ziarah ke rumahnya. Dengan itu, tidaklah jadi kami tinggalkan rumah Bonda pada awal pagi.Menjelang pukul 10 pagi, Amie bersama Encik Suami ke Puncak Alam kononnya hendak membeli lauk-pauk untuk makan tengah hari. Sayangnya, hanya kedai mamak sahaja yang beroperasi. Beberapa buah restoran Melayu...
Bismillahirrahmanirrahim.Masih ada kuih raya? Kuih raya paling sedap sudah tentulah saki baki yang masih tinggal dalam balang. Waktu itulah baru terasa nikmatnya makan kuih raya yang tinggal serdak-serdaknya. Ada yang rajin, lepas raya pun masih buat kuih raya. Itu mungkin untuk habiskan lebihan bahan yang masih ada.Beberapa hari lepas Amie dapat rezeki terima sebungkus dodol pandan daripada rakan ladang. Amie simpan dalam peti...
Bismillahirrahmanirrahim.Ketika hendak rebahkan kepala di bantal, Wak Aton telefon untuk bertanya bila kami akan balik ke Sabah. Amie jawab, esok pagi kami bertolak sebab hendak beraya di rumah Aseeya di Gombak. Kalau begitu tak dapatlah datang beraya ke rumah, katanya. Rasanya memang tidak sempat sebab Wak Aton pun baru balik dari beraya di Penang.Keesokan paginya, selepas solat subuh dapat mesej dari Wak Aton....