Perjalanan ke Thaif : Ziarah Masjid Abdullah Ibn Abbas

8:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 05.01.2023
Hari : Khamis

Selepas sarapan, kami segera bergerak ke tempat letak bas. Pagi ini kami mengikuti aktiviti ziarah ke Thaif. Thaif merupakan wilayah  luar Makkah yang didatangi Rasulullah SAW bersama anak angkat baginda, Zaid bin Haritsah. Jaraknya sejauh 80 kilometer dari Kota Makkah. Baginda Rasulullah SAW bersama Zaid bin Haritsah mengambil masa selama empat hari berjalan kaki ke sana. Setiap kali bertembung dengan satu-satu kabilah, Rasulullah SAW mengajak mereka memeluk Islam namun tiada seorang pun yang sudi menerima ajakan Rasulullah.

Rasulullah tinggal selama 10 hari di Thaif, namun dakwahnya tidak disambut baik oleh penduduk Thaif. Sebaliknya baginda menerima makian dan cacian dan dilempar batu sehingga kaki baginda berdarah. 

Sirah Terangung Muhammad SAW mencatatkan:

Dengan pantas penduduk Thaif membentuk dua barisan dan kemudian mereka membongkokkan badan untuk mengambil batu. Tangan mereka kini telah dipenuhi dengan batu-batu keras dengan jumlah mereka yang ramai dan setiap orang telah bersiap sedia untuk melontar Rasulullah SAW dengan batu yang tergenggam di tangan mereka.

Untuk beberapa ketika , Nabi SAW dan Zaid bin Haritsah tidak menjangkakan keadaan akan berubah dengan cepat. Batu-batu mula dilontarkan dan menyebabkan Nabi SAW dan Zaid berusaha untuk melarikan diri.

Batu-batu tersebut berterbangan mengenai tubuh Nabi SAW dan Zaid. Mereka terus berusaha menyelamatkan diri dengan mencari tempat persembunyian, tetapi tidak sempat. Batu-batu tersebut bersilih ganti mengenai kepala dan tubuh mereka sehingga membuatkan Nabi SAW tidak dapat lagi untuk mengelak. Zaid berusaha menggunakan tubuhnya untuk melindungi Nabi SAW, tetapi usahanya sia-sia kerana batu-batu tersebut datang seperti hujan lebat yang turun dari langit, menghentam tubuh baginda tanpa henti.

Mereka melontar batu yang disasarkan ke arah pembuluh darah bahagian atas tumit Nabi SAW sehingga kedua-dua sandal baginda dibasahi darah. Darah segar mula mengalir dari tubuh Rasulullah SAW. Manusia mulia ini terus berlari mengelak amukan penduduk Tha'if. Rasulullah SAW berlindung di sebalik tembok milik 'Utbah dan Syaibah iaitu dua orang anak putera Rabi'ah yang terletak tiga batu dari kota Thaif.

Baginda duduk di bawah pohon anggur dan berdoa sambil menahan sakit. gerak-geri baginda diperhatikan oleh dua orang putera Rabi'ah dan mereka memanggil 'Addas, seorang hamba beragama Nasrani untuk memberikan segugus anggur kepada Rasulullah SAW.

(Kami sempat melewati Masjid Addas, tetapi tidak turun dari bas sewaktu berada di Thaif).

Sekarang, cerita beralih ke Masjid Abdullah Ibn Abbas yang kami singgahi dalam perjalanan menuju ke Kota Thai'if.

Bergambar kenangan di hadapan gerbang Pintu Abdullah Bin Abbas.
Bas yang membawa Jemaah Umrah Sabah ke Thaif.

Pemandangan sepanjang perjalanan dari Kota Makkah menuju ke Kota Thaif.


Banyaklah info yang Ustaz Ali Amin kongsikan antaranya, air yang digunakan oleh penduduk Tanah Arab adalah dari air laut yang sudah disuling atau dinyahgaram melalui kilang. Maknanya selama kami berada di Madinah dan Makkah, kami telah menggunakan air suling untuk membersihkan badan. Dan air suling tersebut juga digunakan untuk makan dan minum. Di Madinah umpamanya, bekalan air bersih diperoleh dari proses penyahgaraman di Laut Merah.

Allahu Akbar!
Arab Saudi terkenal kaya dengan sumber minyak sekitar 17.2% jumlah minyak global, tetapi menghadapi krisis bekalan air bersih!

Pemandangan biasa di sepanjang jalan : Bukit-bukau berbatu-batan tanpa sebarang tumbuhan.




Semakin mendekati Kota Thaif, suasana mula hijau sedikit demi sedikit. Kota Tha'if merupakan wilayah paling subur di Tanah Arab.






Mari kita berkenalan dengan Abdullah Ibn Abbas. Nama Ibn Abbas digunakan untuk membezakannya dengan nama Abdullah yang lain. Beliau ialah sepupu Rasulullah SAW. Ibnu Abbas berilmu pengetahuan luas dan banyak hadis sahih diriwayatkan melaluinya. Berkat doa Rasulullah SAW kepadanya, Abdullah Ibn Abbas menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak dalam kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara. Abdullah Ibn Abbas banyak meriwayatkan hadis dan merupakan orang yang kelima terbanyak setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik, dan Ummul Mukminin Aisyah.

Semasa pemerintah Khalifah Uthman bin Affan, Abdullah Ibn Abbas bergabung dengan pasukan muslimin yang berekspedisi ke Afrika Utara, di bawah pimpinan Abdullah bin Abi-Sarh. Beliau terlibat dalam pertempuran dan berdakwah di sana. Di masa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib, Abdulah Ibn Abbas mengajukan permohonan untuk menemui dan berdakwah kepada kaum Khawarij. Melalui dialog dan diskusinya yang bersungguh-sungguh, sekitar 12,000 dari 16,000 Khawarij (mereka yang keluar) bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang benar.

Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah Ibn Abbas mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asyaa'ri. Berkat kecerdasan pemikiran beliau, Abdullah Ibn Abbas berjaya mengamankan keadaan umat Islam, walaupun untuk seketika.

Abdullah Ibn Abbas, wafat dalam usia 71 tahun pada tahun 68 H. 


Ustaz Ali Amin menerangkan kisah Abddullah Ibn Abbas, dan kemudian kami bersama-sama dibimbing mengucapkan salam arah kuburnya: Assalamualaika ya Abdullah Ibn Abbas.





Pintu gerbang Abdullah Bin Abbas.

Selepas solat jamak taqdim zohor dan asar, kemudian terus meninggalkan Masjid Abdullah Ibn Abbas  bergerak destinasi seterusnya.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

10 comments

  1. Allahummasolli Ala Muhammad berlikunya dakwah pertama Nabi kita sollahualaihiwasalam,keburukan yang diterima dibalas pula dengan kebaikan berdoa kepada penduduk Thaif supaya mendapat hidayah Islam dan Iman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Afzan. Sedih pula apabila baca doa Nabi Muhammad SAW ketika itu.

      Padam
  2. Thaif ini saya datangin juga saat dulu umroh. Sukaaaa sangat dengan kotanya, Krn sejuuuuk ❤️❤️. Buah2annya manis dan enak. Saya beli delima di sana dan manis sangat.

    Padahal dulu orang2nya sangat memusuhi nabi, tapi malah diberkahi dengan tanah yang subur ya kak. . Kalo nanti bisa umroh lagi, saya teringin sangat bisa balik ke thaif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada ladang delima di Thaif. Saya dengar delima di sini manis dan sedap berbanding tempat lain.
      In syaa Allah, nanti akan sampai ke Thaif lagi. Marilah kita sama-sama berdoa agar dapat berkunjung ziarah ke bumi berkah ini lagi. Amin.

      Padam
  3. Bersih bandarnya tak kelihatan hiruk pikuk kota

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Anies. Tenang saja, berbanding kota Makkah yang tidak pernah tidur.

      Padam
  4. Suka SA tengok pemandangan kat sini...

    BalasPadam
  5. Maha adil Allah s.w.t..
    Dilimpahkan minyak,diuji dengan kurang air .
    Kita disini kurang minyak..tapi mewah dengan air

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe