Bismillahirraahmanirrahim.
Beberapa hari tidak membuka pintu rumah maya, rasa lama sangat tak sembang dengan rakan-rakan blogger. Diringkaskan cerita, kerja kita siang dan malam, makan bubur, makan ubat dan tidur!
Bermula pada hari Sabtu selepas melaksanakan tugas sebagai AJK Jamuan di sekolah, kita terus ke klinik sebab ada janji temu dengan doktor gigi. Atas nasihat doktor gigi, gigi taring kita sebelah kiri perlu dicabut. Dipendekkan cerita, apabila hendak dicabut terasalah sakit. Doktor pun tambah bius dan cuba sekali lagi. Tetap sakit! Tak ingat berapa kali dibius, akhirnya doktor gigi suruh makan ubat tahan sakit. 20 minit kemudian, cuba lagi tetapi tetap sakit. Doktor gigi cuba cungkil tepi-tepi gigi untuk bantu gigi goyang tetapi tetap sakit. Setelah 1 jam 45 minit, doktor putuskan supaya kita datang tiga hari kemudian dan kita dibekalkan ubat tahan sakit serta antibiotik. Mungkin ada jangkitan.
Oleh kerana gigi sudah rasa sakit sebab kena cungkil tapi tak juga goyang, kita pun susahlah hendak makan. Terpaksalah makan bubur segera dan minum air sahaja. Itu pun kerana terpaksa untuk makan ubat dan antibiotik.
Hari keempat, pukul 1:45 petang kita datang semula ke klinik gigi.
Dipendekkan lagi ceritanya, kita menerima sampai tujuh kali bius tapi gigi tetap rasa sakit.
Doktor gigi kata, pelik sungguh kes ini.
Doktor gigi kata, pelik sungguh kes ini.
Kemudian doktor minta kita makan ubat tahan sakit.
Tetap sakit apabila gigi disentuh.
Tetap sakit apabila gigi disentuh.
Encik Suami ikut masuk ke dalam bilik. Kata Encik Suami, mana tahu dengan adanya dia di sini, gigi akan berjaya dicabut.
Encik Suami kata muka kita dah nampak putus asa!
Doktor kata sudah tidak boleh tambah bius lagi sebab nanti over dose. Bius ketujuh merupakan bius paling kuat!
Kenapa degil sangat gigi kita yang satu ini?
Tiada jangkitan, tetapi tetap sakit!

Kita tanya doktor, tidak adakah cara lain untuk cabut gigi?
Doktor kata, cara terakhir ialah cabut terus!
Doktor kata, cara terakhir ialah cabut terus!
Tapi kena tahan sakit.
Tidak lama, kata doktor.
Dalam satu saat, dua saat, tiga saat sahaja tapi memang rasa sakit.
Tidak lama, kata doktor.
Dalam satu saat, dua saat, tiga saat sahaja tapi memang rasa sakit.
Adakah madam sudah bersedia? tanya doktor gigi.
Kita panggil Encik Suami.
Encik Suami berdiri di sebelah kanan kita dan pegang tangan kita. Kita paut kuat-kuat lengan kanan Encik Suami.Tangan kiri Encik Suami tekup dahi kita supaya kepala tidak bergerak.

Tangan kiri kita pegang lengan kerusi.
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu Akbar!
Okey. Sedia, kata doktor!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Okey. Sedia, kata doktor!
Allahu Akbar!
Ya Allah!
Pukul 4:32 petang, tercabutlah sebatang gigi hidup-hidup setelah 2 jam setengah kita dikerjakan.
Pukul 4:32 petang, tercabutlah sebatang gigi hidup-hidup setelah 2 jam setengah kita dikerjakan.
Sumber: Google |