Ihram : Pakaian Ihram, Larangan Ihram & Perkara yang Dibolehkan

1:46 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh : 02 Januari 2023
Hari : Isnin

Ihram maknanya niat memulakan manasik haji dan atau umrah. Ihram adalah permulaan aktiviti haji dan umrah. Ihram perlu dilakukan di Miqat. Sebelum berihram disunnahkan untuk:
  • Mandi, sekalipun wanita haid atau nifas. Rasulullah SAW memerintahkan isteri Abu Bakar, Asmaa' binti 'Umays yang sedang nifas supaya mandi. Mandilah dan gunakan pembalut, lalu berihram. (HR Muslim)

  • Selesai mandi, memakai wangian pada selain pakaian ihram sebelum ihram. Aisyah r.a berkata: Saya memakaikan Rasulullah SAW wangian (misk) dengan kedua tangan saya, semasa akan ihram. (HR Al-Bukhari dan Muslim).

  • Wanita memakai wangian yang tidak menusuk.

  • Pakaian ihram lelaki hanya berupa ridaa' (kain penutup tubuh bahagian atas) dan 'izaar (kain penutup tubuh bahagian bawah) serta selipar. Berihramlah kamu semua dengan memakai 'izaar dan ridaa' serta selipar. (HR Ahmad)

  • Pakaian ihram wanita pula, tidak disyaratkan untuk memakai pakaian ihram yang khusus, baik dalam warna atau bentuk. Wanita memakai pakaian sehari-hari yang tidak memperlihatkan bentuk tubuh dan tidak berhias. Wanita dilarang memakai purdah (yang menutup muka) dan sarung tangan semasa ihram. Wanita yang berihram (hendaklah) jangan memakai purdah dan sarung tangan. (HR. Al-Bukhari)
Selesai mandi sunat ihram, Encik Suami terus memakai ihram.

Sudah bersiap sedia menuju ke Bir Ali.

Berada di Miqat Bir Ali.


Pakaian Ihram 
Sumber : Panduan Haji, Umrah & Ziarah.

Larangan Ihram:
Larangan ihram itu adalah ketika setelah seseorang berihram (niat) menunaikan umrah atau haji. Semasa umrah, larangan ihram berakhir setelah halq atau taqsiir. Sedangkan semasa haji berakhir setelah tahallul pertama, kecuali hubungan suami isteri dibolehkan setelah tahallul kedua. 
  • Dilarang mencukur rambut.
    Dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang korban itu sampai (dan disembelih) di tempat sembelihannya. (Surah Al-Baqarah:196)

  • Dilarang memotong kuku dan memotong bulu badan.
     Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri. (Surah Al-Hajj:29)

  • Diharamkan memburu binatang buruan darat dan membantu memburu. Janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu berihram. (Surah Al-Maidah :95)

  • Dilarang meminang, menikah dan menikahkan. Bagi yang sedang ihram, dilarang menikah, menikahkan dan meminang. (HR. Muslim)

  • Dilarang bercumbu dan bersetubuh. Sesiapa yang telah berniat ihram haji, haram bersetubuh, melakukan maksiat dan tidak boleh bertengkar semasa mengerjakan haji. (Surah Al-Baqarah : 197)

  • Dilarang memakai wangian pada pakaian atau pada badan. Jangan memakai pakaian apa pun yang dicelup dengan za'fran seperti kunyit dan wars  (tumbuhan berwarna kuning). (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
    Rasulullah SAW melarang memakaikan wangian kepada orang yang meninggal dunia semasa ihram.
    Jangan dipakaikan wangian. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

  • Lelaki dilarang memakai baju, seluar, sarung kaki, sarung tangan dan menggunakan penutup kepala seperti kopiah, serban dan topi.
    Jangan mengenakan baju, serba, seluar, burnus (baju yang memiliki tutup kepala) dan khuf (kasut yang menutupi kedua buku lali), kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki selipar boleh memakai khuf dengan syarat perlu dipotong sehingga ke bawah buku lali. (HR Al-Bukhari dan Muslim).

  • Wanita dilarang memakai sarung tangan dan cadar.
    Wanita yang sedang ihram jangan memakai niqab (purdah) dan sarung tangan. (HR. Al-Bukhari)
Perkara yang dibolehkan dalam ihram:
  • Dibolehkan membunuh haiwan yang menyakiti:
    Nabi SAW bersabda: Lima jenis haiwan yang kesemuanya menyakiti yang dibolehkan dibunuh di Tanah Haram : Gagak, kala jengking, burung helang, tikus dan anjing gila. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
    Dibolehkan membunuh ular. (HR. Muslim)

  • Dibolehkan menggaru kepala dan badan.
    Aisyah diberitahu bahawa sekumpulan orang melarang menggaru kepala. Dia menjawab: Seandainya saya tidak dapat menggaru kepala dengan tangan, saya akan menggarunya dengan kaki. (HR. Malik)

  • Dibolehkan memotong rambut sesuai dengan keperluan untuk berbekam atau rawatan.
    Rasulullah SAW berbekam semasa ihram. (HR. Al-Bukhari)

  • Dibolehkan mandi, membasahi dan menggosok-gosokkan kepala.
    Saya melihat Rasulullah SAW melakukan itu (mandi dan membasahi kepala serta menggosokkan kedua tangannya dengan menggerakkan keduanya ke depan dan ke belakang kepala. (HR. Al-Bukhari)

  • Dibolehkan memakai cermin mata.

  • Dibolehkan memakai jam tangan.

  • Dibolehkan menggunakan payung.

  • Dibolehkan memakai cincin.

  • Dibolehkan memakai selipar walaupun dijahit.

  • Dibolehkan membawa barang di atas kepala.
Sumber: Panduan Haji, Umrah dan Ziarah : Haji Abu Mazaya Al-Hafiz

Denda:
Denda akan dikenakan ke atas orang yang melanggar larangan ihram apabila melakukannya dengan sengaja, tahu hukum dan tidak dipaksa. Dalam entri lain, kita sambung tentang denda.


10 comments

  1. Ilmu baru untuk saya. Terima kasih, Amie.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sudi kongsi penerangan yang sangat jelas tentang ihram, kak amie.

    BalasPadam
  3. sampai habis ku baca kak... membuak buak pula rasa nak ke tanah suci

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah MY. Akan sampai juga ke tanah suci nanti.

      Padam
  4. kadang sy terfikir kalaulah syarat ihram utk lelaki tu sama utk org pompuan... mmg habis laa.. tp islam tu mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanita yang penting tutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Sama seperti pakaian hari-hari biasa. Memang sangat mudah.

      Padam
  5. Ilmu utk ulangkaji... tq kak share

    BalasPadam
  6. Seronok SA baca...ilmu yang bagus untuk semua..terima kasih kak amie

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe