Selamat Tinggal Madinah al-Munawarah.
10:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Seperti biasa, bangun seawal pukul empat pagi dan bersiap untuk ke Masjid Nabawi. Hari ini hari terakhir kami akan tunaikan solat subuh di sini. Ketika sedang bersiap, sempat selak kain langsir dan terlihatlah pemandangan di bawah ini.
Hujan masih turun, barangkali sepanjang malam! Kelihatan orang ramai menuju ke masjid dengan memakai payung.
Apabila kami turun, ada beberapa orang yang berdiri di kaki lima hotel, mungkin menanti dan mengharapkan hujan berhenti agar mereka dapat segera ke masjid.
Kami mencari jalan lain kerana hendak mengelak dari terkena hujan. Biasanya kami berpisah di Pagar 335, kali ini kami menyusuri kaki lima hotel sehinggalah sampai ke Papar 337.
Encik Suami terus meredah hujan.
Mutawif mengingatkan kami supaya berkumpul di Pagar 335 selepas solat subuh, tujuan untuk ke makam Rasulullah SAW untuk mengucapkan selamat tinggal. Namun begitu, masa terpaksa ditunda ke pukul 8:00 pagi memandangkan selepas solat subuh hujan terus turun tanpa henti. Kami bertemu semula pada pukul lapan pagi, tetapi hujan bertambah lebat. Akhirnya mutawif memutuskan supaya jemaah kembali semula ke hotel, dibimbangi sekiranya meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan lebat, akan menyebabkan jemaah jatuh sakit. Jemaah lelaki dibawa ke makam Rasulullah SAW melalui jalan lain (di dalam masjid). Ada juga beberapa orang jemaah wanita meredah hujan menuju ke makam Rasulullah SAW. Ustaz Ali Amin mengajarkan kami ucapan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW. Selepas solat zohor nanti bolehlah kami berdiri di luar pagar dan baca selawat ucap selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.
Ustaz Ali Amin membimbing kami memberi salam selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.
Di bawah ini Amie kongsikan video yang dirakam oleh saudara Firdaus, rakan jemaah kami sewaktu jemaah lelaki berada di dalam masjid untuk ucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.
Sumber : Firdaus
Jemaah lelaki dan wanita diingatkan supaya mandi sunat ihram. Jemaah diminta memakai pakaian ihram sebelum menunaikan solat zohor. Semua beg sudah dibawa turun, dan yang ada pada kami hanyalah beg sandang sahaja.
Encik Suami sudah bersedia dengan pakaian ihram.
Hujan sudah berhenti.
Pagar 335 : Tempat kenangan! |
Para pekerja pembersihan bertungkus-lumus membersih dan mengeringkan perkarangan Masjid Nabawi yang masih basah oleh air hujan.
Kali ini Amie terus menuju ke ruangan dalam masjid yang berpermaidani hijau di bahagian hadapan. Kami datang awal ke masjid, jadi masih banyak ruangan kosong.
Melihat semula gambar al-Quran, teringat Ustaz Ali Amin telah melaksanakan amanah daripada para jemaah umrah untuk mewaqafkan al-Quran di Masjid Nabawi sebelum kami berangkat menuju ke Makkah. Mudah-mudahan waqaf al-Quran untuk arwah Kak Ros akan sampai pahala kepadanya. Ya Allah! Kau terangi dan lapangkanlah kubur Kak Ros. Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya.
Rakaman video daripada Ustaz Ali Amin.
Amie mengambil masa agak lama berada di dalam masjid selepas solat zohor. Di ketika ini masih cuba muhasabah diri, merenungi apa yang sedang dilakukan dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik akan 'mengikuti' kehidupan selepas ini. Encik Suami mesej, bertanya kenapa masih belum sampai ke hotel?
Berat sebenarnya kaki hendak melangkah meninggalkan tempat ini. Bukan selalu berpeluang kunjung ziarah ke sini. Namun begitu, di hati mengharapkan agar Allah mengizinkan untuk jejak lagi ke tanah suci ini.
Dan sudah tentu rasa rindu mengenangkan betapa ramainya umat Islam yang menyayangi Rasulullah SAW. Mereka datang dari segenap penjuru dunia! Betapa mereka rindu kepadamu ya Rasulullah SAW. Betapa mereka sangat mensyukuri sebagai penganut agama Islam yanga sangat indah!
Betapa kami amat memuliakanmu dan keluargamu serta para sahabatmu ya Rasulullah SAW. Kami datang atas nama agama Islam, tanpa mengira warna kulit dan keturunan.
Kali ini Amie tidak melalui Pagar 335.
Hari Isnin yang dibasahi hujan sudah pastinya meninggalkan rasa rindu untuk kembali lagi ke sini.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Video menuju ke Royal Al-Andalus Hotel untuk bertemu Encik Suami.
8 comments
Maha Suci Allahuakbar moga suatu hari ku juga dapat jejak di sana
BalasPadamIn syaa Allah Afzan. Hasrat hati itu sudah dikira niat. Dia akan menjemputmu ke sana.
Padamhujan rahmat mengiringi salam perpisahan bumi barakah k amie dan suami
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamHujan yang tiada hentinya sepanjang jalan.
MasyaAllah..semoga ada rezeki untukku dan suami jejak ke tanah suci..
BalasPadamInsyaAllah ada rezeki K.Amie & suami boleh pegi lagi..
In syaa Allah, akan sampai jua Aini bersama suami ke sana. Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
PadamSedih plak SA baca entry ni...macam sebak je...dapat SA rasakan kak amie pun rasa yang sama kan...
BalasPadamSeronoknya.. doakan saya sekeluarga dapat ke sana juga nanti.. in syaa allah
BalasPadam