Penghujung Julai sudah tiba. Ogos sudah menanti untuk mengambil tempat. Sebelum blog archive beralih bulan, Amie pohon kemaafan seandainya ada tulisan atau komen-komen yang kurang menyenangkan. Sebagai manusia biasa, Amie tidak dapat lari dari melakukan kesilapan terutamanya melalu kata-kata di hujung jari.
Terima kasih dan selamat datang buat followers baharu yang menambah meriahkan Amie's Little Kitchen. Mohon maaf sekali lagi buat semua pengunjung kerana hanya ini sahajalah yang mampu Amie hidangkan di bawah tudung saji dapur maya ini. Di sinilah Amie tumpahkan hobi berkongsi resipi. Bukanlah resipi yang istimewa melainkan resipi biasa-biasa sahaja, diselang-seli dengan cerita keluarga dan kenangan masa lalu. Mudah-mudahan dapur maya ini dapat dikunjungi oleh anak cucu seandainya Amie sudah tiada nanti.
Hari ini Amie goreng Belacan Cocos, resipi arwah MIL dan orang kampung Encik Suami. Paparan resipi yang sama ada di sini:
Belacan Cocos. |
- Nasi Putih
- Ikan Tamban Beluru Goreng
- Pucuk Timun Masak Lemak Tempoyak dengan Udang
- Belacan Cocos
- Ulam - Lettuce, Timun Jepun & Telur Padi & Telur Masin
- Sambal Hijau @ Ijo
- Buah Limau Sunkist & Nanas Madu
Pucuk Timun Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. |
Ikan Tamban Beluru Goreng. |
Ulam : Lettuce, hirisan timun Jepun, telur padi & telur masin. |
Sambal hijau @ Ijo |
Hirisan Limau Sunkist & Nanas Madu. |
Belacan Cocos |
- 1 tin kecil ikan mackerel ( gunakan ikan sardin tin pun boleh) - asingkan isi dengan sos
- 1 biji telur
- minyak
- garam / perasa pilihan
- 5 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan - ikut kepedasan yang diingini
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu kecil belacan - boleh tambah
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi. Terpulang nak tumbuk lumat atau separuh lumat. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sebati.
- Ambil isi ikan sardin sahaja, tinggalkan sosnya. Masukkan ke dalam lesung.
- Tumbuk sedikit ikan mackerel / sardin agar sebati dengan bahan tumbuk yang lain. Pada masa ini bolehlah masukkan bahan perasa.
- Pecahkan sebiji telur ke dalam lesung.
- Gaul sebati bersama bahan tumbuk di dalam lesung.
- Panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng jemput-jemput. Terpulang untuk membentuknya, nak lonjong, nak bulat atau leper.