Lawatan ke Kilang Minyak Wangi Ros di Rashed Al Qurashi Factory, Thaif

9:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bunga ros berkembang di ladang pada musim bunga, tetapi kami tiba pada musim sejuk!Tidaklah dapat menyaksikan keindahan bunga ros yang sedang mekar dengan aromanya yang semerbak di pergunungan yang dingin. Ketika ini pokok bunga ros hanya tinggal ranting kering sahaja. Namun begitu, kami masih berkesempatan menghidu wangian ros di Rose Shop, dan boleh membeli seberapa banyak mengikut kemampuan sama ada untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan kepada keluarga atau teman-teman.

Kami berkesempatan meninjau keadaan di salah sebuah kilang pemprosesan minyak wangi di Thaif tetapi tidaklah banyak masa berada di sini memandangkan masa lebih berharga untuk dihabiskan di kedai minyak wangi. Dengar ceritanya, harga minyak wangi dari kilang di sini akan berganda jumlahnya kalau sudah dipasarkan ke luar kawasan.

Melihat keindahan bunga ros walaupun setakat di dalam gambar yang dilekatkan di dinding kilang, sudah membuatkan rasa teruja untuk melihatnya secara dekat! Mudah-mudahan ada rezeki untuk berkunjung lagi ke sini terutama di musim ros berkembang.


Ketika kami sampai, kelihatan jemaah umrah dari agensi lain sedang tekun mendengar penerangan tentang produk dari bunga ros di kilang ini iaitu Rashed Al Qurashi Factory. Kilang ini mempunyai sumber bunga ros sendiri, yang ditanam di kawasan ladang di bahagian belakang. 

Antara produk yang dihasilkan di kilang ini dari sumber bunga ros.

Siapa tak tertarik? Sangat menarik bukan?

Kelopak bunga ros akan diproses / diekstrak ' disuling  untuk menghasilkan patinya.

Mari kita masuk ke dalam kilang pemprosesan minyak wangi ros.


Amie hanya berada di bahagian hadapan sahaja, dan tidak masuk di belakang. Di bahagian belakang ialah tempat memproses bunga ros. Bunga ros dicampur dengan air, dan direbus. Wap yang terhasil akan disalurkan ke dalam balang kaca.

Wap hasil rebusan bunga ros disalurkan ke dalam balang kaca.

Nampak banyak wap yang dihasilkan. Tetapi itu bukanlah pati minyak wangi! Patinya terletak di atas wap (air) dan disedut dengan picagari. Bayangkan picagari itu besar mana. 


Untuk mendapatkan setitik minyak wangi ros memerlukan banyak kelopak bunga ros! 


Antara produk yang dihasilkan dikilang ini termasuklah minyak wangi, sabun, losyen, air bunga ros dan sebagainya. Air bunga ros biasanya digunakan dalam masakan seperti nasi. Eh, teringat pula kalau Amie masak nasi minyak, selalu tambahkan air bunga ros! Rupanya begini proses mendapatkan air bunga ros.

Dan, untuk menghasilkan 1 kilogram pati minyak bunga ros memerlukan 4,000 kilogram bunga ros! Sudah tentu proses seterusnya akan terhasil haruman yang berbeza-beza kandungan minyak wanginya mengikut kategori seperti parfum, esprit de parfum, eau de parfum, parfum de toilette, eau de toilette.... heheheee ini kalau tanya Abang Farid memang dia tahu campuran-campuran bahan untuk menghasilkan minyak wangi sebab Abang Farid pernah bekerja di kilang minyak wangi. Kerja Abang Farid membuat campuran bahan untuk jenama minyak wangi. Katanya setiap hari dia akan hasilkan sehingga 16 gelen minyak wangi. Katanya lagi, sampai tak tahu aroma apa yang dhidunya setiap hari!

Rashed Al Qurashi Factory

Mari kita shopping minyak wangi di Rose Shop yang terletak di hadapan Rashed Al Qurashi Factory.




Apabila melihat banyak minyak wangi, tak tahu hendak pilih yang mana berkenan di hati. Semuanya harum! Semuanya semerbak!



Kami tidak dapat berkunjung ke Pasar Buah Thaif. Menurut mutawif, sekarang Pasar Buah Thaif sedang dalam proses penambahbaikan dan memakan masa selama dua bulan! Jadi, kami jalan-jalan sahajalah di kawasan sekitar untuk membeli buah sebelum naik bas.

Buah tin dan buah aprikot.

Anggur, delima, pear & limau.

isi buah delima dan buah-buahan potong.

Anggur & buah peach.

Makan buah tin dalam bas.

Kemudian bas  meneruskan perjalanan, tetapi kabus tebal menghalang pandangan di sepanjang jalan raya!

Kabus sepanjang jalan.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

10 comments

  1. wangi semerbak ke masuk kilang minyak wangi tu Kak Amie? tebalnya kabus di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada bau wangi di sini Carneyz sebab minyak wangi belum diproses. Yang terhasil di sini hanya patinya sahaja.

      Padam
  2. Menarik lawatan gini. Lepas keluar melekat tak ya wangi ros tu kat kita? Hehe

    Tebal sungguh kabus. Sejuk sungguh nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk Rose Shop baru ada bau wangi. Dalam kilang yang kami masuk ini hanya proses menyuling sahaja.

      Padam
  3. Kalau duk lelama kat tempat proses bunga ros tu agaknya melekat tak bau harumnya kat badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya kalau masuk 'dapur' nya mungkin ada aroma rebusan bunga ros kot.

      Padam
  4. mesti wangi je dalam kilang minyak wangi tu kan kak, ingat dia bagi melawat kebun bunga rosnya mesti ralit nengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh melawat kebun bunga ros tapi tak ada apa sebab sekarang musim sejuk. Daun ros semua gugur.

      Padam
  5. Sedapnya bau bunga ros.
    Kebun ros di sana pasti besar ya sebab mereka kilangkan sendiri ros untuk jadikan minyak wangi.

    BalasPadam
  6. Sukanya saya dwngan bau rose...bau air mawar dan bau sirap rose pun saya suka sangat..Semoga ada rezeki saya ke sini

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe