Bismillahirrahmanirrahim.Ketika hendak rebahkan kepala di bantal, Wak Aton telefon untuk bertanya bila kami akan balik ke Sabah. Amie jawab, esok pagi kami bertolak sebab hendak beraya di rumah Aseeya di Gombak. Kalau begitu tak dapatlah datang beraya ke rumah, katanya. Rasanya memang tidak sempat sebab Wak Aton pun baru balik dari beraya di Penang.Keesokan paginya, selepas solat subuh dapat mesej dari Wak Aton....
Bismillahirrahmanirrahim.Masih lagi cerita di kampung laman. Kali ini coretan petang 4 Syawal.Balik dari beraya, rasa letih pula. Bonda pesan supaya masak ayam untuk lauk makan malam. Katanya ada dua ekor ayam bulat dalam peti sejuk bahagian beku. Keluarkanlah, dan masaklah katanya. Amie minta Encik Suami keluarkan ayam yang Bonda kata itu dan Amie sendiri keluarkan seekor ikan jelawat yang masih dalam bungkusan plastik....
Bismillahirrahmanirrahim.Tot's Blog GiveawayJom sertai Tot's Blog Giveaway. Kita meriah-meriahkan suasana sebagai sokongan Tot untuk terus berblogging. Tak susah mana pun, hanya perlu:Follow Tot's BlogTulis entri bertajuk 'Giveaway Tot's Blog' , copy and paste banner giveaway di atas di blog anda dan backlink ke entri Giveaway Pertama Tot's BlogTinggalkan komen di entri di atas bersama url entri anda.Giveaway ini berlangsung pada 14 April sehingga 28 April...
Bismillahirrahmanirrahim.Akhir-akhir ini banyak sungguh isu negara yang sangat membimbangkan. Kalau tiada angin, bagaimana pokok boleh bergoyang. Nampaknya kaduk sudah naik sampai ke junjung. Bumi dipijak sedikit demi sedikit sudah bertukar milik. Kedaulatan negara sudah diinjak-injak!Marilah sama-sama ambil iktibar dari sejarah masa lampau. Janganlah diulangi lagi segala peristiwa hitam yang pernah dilalui oleh para pejuang tanah air. 446 tahun lamanya bermula dari sejarah kejatuhan...
Bismillahirrahmanirrahim.Pagi 4 Syawal, minta Encik Suami cari nasi lemak atau kuih-muih untuk dijadikan sarapan. Sementara Encik Suami keluar, kita sediakan bahan untuk buat bergedel kentang. Bonda sudah duduk di meja makan. Oleh kerana Bonda bantu buat bergedel, kita pun selongkar peti sejuk. Jumpa sebungkus mi kuning. Oleh kerana keadaanya sudah keras, jadi kita rendam tetapi patah-patah pula. Goreng sajalah. Terpandang keladi di sudut...
Bismillahirrahmanirrahim.Masih lagi cerita raya di kampung. Kali ini hendak cerita pada petang 3 Syawal 1446H bersamaan pada hari Rabu. Amie renih tulang rusuk untuk dihidangkan bersama bihun. Agaknya aroma sup tulang rusuk ketika direnih sangat menggoda, maka Bonda dan Wak Niah dengan setianya menunggu hidangan disajikan di meja dapur. Jadinya, petang itu Amie tidak masak nasi. Cukuplah dengan hidangan Bihun Sup Tulang Rusuk sahaja....
Bismillahirrahmanirrahim.Nampaknya petang ini cuaca mendung, langit gelap dan awan kelabu. Harapnya kalau hujan janganlah sampai ke malam sebab ada jemputan raya. Petang ini Amie kongsikan kuih pudin, sejenis manisan tradisi masyarakat Melayu Cocos yang terkenal dalam kalangan mereka. Pudin wajib muncul terutama pada hari raya. Amie pernah beberapa menulis entri tentang pudin ini dan pernah menuliskannya dalam bentuk kreatif dan diterbitkan bersama dalam Antologi...
Bismillahirrahmanirrahim.16 Oktober 2024 - dapat emel daripada NOTIE BLOGGER SAJE SUKA-SUKA Katanya ada kiriman sepasang kain dari Wafic Collection untuk Amie sempena ulang tahun Amie pada 16 November 2024. Wah, sebulan sebelum sampai tarikh sudah ada hadiah menunggu! Siapalah tak teruja ketika mengantuk dalam mesyuarat dapat emel begitu. Terus celik mata, melihat gambar kain yang dikirim. Kata Notie, dia tak tahu warna kegemaran Amie...
Bismillahirrahmanirrahim.3 Syawal 1446H bersamaan hari Rabu.Suasana lebih santai. Kebanyakan tetamu yang datang adalah keluarga terdekat yang duduk berjauhan dari kampung kami. Pada ketika ini, bolehlah kami sediakan juadah sekiranya kami diberitahu tentang kedatangan mereka, kerana tidaklah sesibuk pada hari raya pertama dan kedua. Pada dua hari berturut-turut itu, memang kami hanya sempat hidangkan minuman dan kuih-muih sahaja untuk tetamu yang datang beramai-ramai. Begitulah...