Resepi Amie's Litte Kitchen di Majalah SAJI Edisi April 2016
5:40 PTG
Jumpa lagi....
Nak kongsi resepi, tapi bukan terus dari dapur. Kita nak kongsi resepi yang keluar dalam Majalah SAJI Edisi April 2016.
Terima kasih untuk wartawan Tajul Ariffin Abu Hassan kerana sudi hubungi kita untuk paparan resepi keluaran majalah ini. Kita kirimkan 7 resepi termasuk lauk pauk dan juga kek lapis. Terima kasih buat blogger masakan Brother Rozzan BROTHER ROZZAN kerana dari blog beliau, kita dapat inspirasi untuk membuat kek lapis cempedak. Moga Brother Rozzan sentiasa sihat dan terus menyumbang resepi dalam dunia maya. Kita ubahsuai resepi dengan menambah warna hijau kononnya kulit cempedak. Dua kek lapis lagi kita buat sendiri... hasil cerita dengan kawan-kawan, tentang warna langit petang, maka tercetuslah idea untuk menghasilkan Kek Lapis Lembayung Petang dan Kek Lapis Seri Kinabalu. Terima kasih juga buat Ummi Maria Hakem UMMI MARIA HAKEM kerana sudi bagi kita resepi ayam masak kari pakistan yang kita gunakan untuk resepi kambing masak kari pakistan dalam majalah ini.
Antara resepi yang tersiar... termasuklah Asam Pedas Ikan Salmon.
Kita sumbangkan ayam panggang... yang suka sangat kita buat!
Sedap tau Kambing Masak Kari Pakistan ni...
Kek Lapis Seri Kinabalu.,,,, inspirasi dari mendaki Gunung Kinabalu tahun lepas. Lapisan warna coklat berbiji tu Amie bubuh isian rasberi, diikuri dengan isian kiwi di lapisan seterusnya.
Kek Lapis Lembayung Petang ni... bawahnya kita bubuh isian blueberry, diikuti dengan lapisan isian strawberry, seterusnya isian oren dan juga lemon di bahagian paling atas. Mulanya kita nak bagi nama Kek Lapis Lembayung Senja, tapi Encik Suami kata perkataan 'senja' tu bunyinya macam sedih jew... eloklah tukar petang, katanya.
Jangan lupa dapatkan majalah SAJI Edisi Appril 2016 di pasaran sebelum kehabisan.
2 comments
Salam rindu Amie...
BalasPadamTahniah Amie, sedap2 resipi tu, nanti boleh cuba
tahniah kak amie ^^
BalasPadam