Masjid Quba' : Masjid Pertama Dalam Sejarah Islam
10:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 29 Disember 2022
Hari : Khamis
Cadangan Aktiviti Lawatan ke:
- Masjid Quba'
- Jabal Uhud
- Kebun Kurma
- Lalu di Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh
Jemaah diingatkan supaya sedia mengambil wudhu' kerana akan solat di Masjid Quba' untuk mendapat pahala umrah.
Masjid Quba' Sumber : Google Berdasarkan rujukan Sirah Teragung Muhammad, pada hari Isnin, 8 Rabiul Awal tahun ke-14 dari kenabian Rasulullah, tahun pertama Hijriah bersamaan 23 September 622 Masihi, baginda singgah di Quba'.Kehadiran baginda dan kaum muslimin telah dinanti oleh penduduk Yatsrib setelah mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah meninggalkan Makkah. Rasulullah tinggal di Quba' selama empat hari, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis(Ibnu Hisyam). Selama baginda di Quba', baginda mendirikan Masjid Quba' dan bersolat di dalamnya. Inilah masjid pertama yang didirikan atas dasar takwa setelah kenabian baginda. Pada hari kelima bersamaan pada hari Jumaat, Rasulullah meneruskan perjalanan ke Yatsrib atas perintah Allah. Masjid Quba' disiapkan oleh sahabat Rasulullah SAW. Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Surah At-Taubah Ayat 108-109 Maksudnya: Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).[al-Quran 9:108 (Basmeih)] Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim.[al-Quran 9:109 (Basmeih)] Pada hari tersebut, suhu serendah 11' Celcius. Oleh kerana rakan-rakan yang lain masih lagi berhadapan dengan lift yang macet, serta kesesakan di ruang makan, jadi Ustaz Ali Amin menunda waktu lawatan dari pukul 7:30 ke pukul 8:30 pagi. Kami pun ambil kesempatan bersiar-siar di halaman hotel sambil menyaksikan burung merpati mematuk makanan dan terbang-terbang menjadi penghias alam. |
Amie tak pakai baju sejuk kerana baju yang dipakai sudah cukup menghangatkan badan. |
Walaupun masih awal pagi, namun langit biru terlihat cemerlang tanpa cela memayungi alam.
Warna cerah di bahagian bawah langit biru itu ialah warna sinaran matahari pagi.
Merakam suasana pagi di hadapan Royal Al-Andalus Hotel
Bas 199 yang akan membawa rombongan kami dalam aktiviti lawatan pada pagi tersebut.
Setibanya kami di Masjid Quba, orang ramai dari pelbagai negara sudah berada di perkarangannya. Ketika ini, walaupun rasa sejuk apabila ditiup angin, pada masa yang sama terasa kehangatan cahaya matahari. Ketika ini sesuai sangat memakai kaca mata hitam.
Jemaah lelaki ke ruang solat lelaki, dan jemaah perempuan menuju ke ruang solat perempuan.
Suasana di perkarangan Masjid Quba'.
- Doa Masuk Masjid :
- Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu untukku. (HR. Muslim)
- Solat Sunat Tahiyatul Masjid
- Solat Dhuha
Doa Keluar Dari Masjid:
-Ya Allah, aku memohon kurnia-Mu. (HR. Muslim)
-Ya Allah, aku memohon kurnia-Mu. (HR. Muslim)
Bertemu semula di hadapan masjid.
Penjual kurma, kismis, kacang pistachio, kacang gajus dan sebagainya berniaga kecil-kecilan di sekitar masjid. Rakan-rakan yang membeli di sini kata, harganya agak murah juga.
Matahari mula memancar garang dan panasnya terasa menyengat wajah. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, namun bayang-bayang masih jelas kelihatan. Barangkali inilah yang dikatakan alam dua suhu, di bawah suhu sejuk, di atas suhu panas!
Sempat bergambar dengan seorang rakan jemaah umrah. |
Info tambahan:
Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986 Masihi. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras untuk meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.
Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.
Terdapat 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.
Sumber: WIKIPEDIA
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
7 comments
Tengok langitnya membiru tanpa awan, memang nampak panas. Tapi rupanya di bawah sejuk.
BalasPadammasyaAllah cantiknya view kak...
BalasPadamsubhanallah cantiknya kak, sejuk ye kak tak panas terik macam biasa ya
BalasPadamTidak ingat sangat rupa masjid tapi ingat solat di tingkat atas.
BalasPadamsubhanallah cantiknya
BalasPadamCantiknyaaa....subhanallah...suka SA tengok gambar2 entry ni
BalasPadamMembaca catatan cikgu banyak mengimbau cerita ustaz-ustaz zaman sekolah rendah..Ustaz selalu cerita kisah-kisah nabi dan rasul..
BalasPadamMemang seronok dan semuanya adalah kisah benar..bukan fiksyen