Laut Air Mata di Subuh Hari

9:32 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Menjelang tengah malam, kita melihat perkongsian dalam WhatsAap Group gambar jemaah wanita selesai menunaikan solat di Raudhah dengan tulisan: Allah SWT telah permudahkan urusan kita semua untuk memasuki Raudhah.

Kita pun tutup HP dan pejamkan mata sambil berdoa : Bismika Allahumma Ahya wa Amuut.

30 Disember 2022
Hari: Jumaat

Pukul empat pagi, Encik Suami kejutkan dari tidur untuk mandi dan bersiap-siap ke masjid. Kita rasa kurang sihat, badan rasa panas dan tidak berdaya untuk turut sama ke masjid. Encik Suami suruh makan ubat tetapi kita tidak mahu. Kata Encik Suami, masih ada masa kalau kita hendak turun ke masjid. Encik Suami akan tunggu kita mandi dan bersiap, tetapi kita kata biarlah kita di bilik sahaja.

Seolah-olah memahami apa yang sedang bersarang di hati kita, Encik Suami bersuara: Nanti kita cuba usahakan sedaya upaya supaya boleh masuk Raudhah.

Setelah Encik Suami meninggalkan bilik, kita bangun menuju tingkap. Apabila langsir tingkap diselak, terlihat orang ramai sedang berjalan menuju ke pagar masjid. Kita duduk semula atas katil. Kemudian bangun menuju ke cermin dinding. Nampak kesan agak lebam dan bengkak di bahagian mata. Sekali lagi kita selak langsir, dan semakin ramai jemaah umrah bergerak menuju ke pagar masjid.

Kita buka HP, mencari maklumat tentang jemaah yang tidak dapat masuk Raudhah. Apabila terbaca: Bukanlah sesuatu yang hina kalau tidak dapat masuk Raudhah, kita terus teringat cerita Encik Suami tentang warga Pakistan yang tidak dapat masuk walaupun dengan menunjukkan surat dan merayu-rayu! Barangkali, banyak juga warna negara lain yang sebahagiannya tidak dapat masuk Raudhah atas masalah atau alasan tertentu!

Masuknya waktu subuh pada hari tersebut dijadualkan pada pukul 5:42 pagi. Sekarang sudah pukul lima pagi. Entah kekuatan dari mana,  kita bingkas bangun, masuk bilik air dan bersihkan diri, ambil wudhu' dan sarung pakaian dan terus capai beg sandang. Barangkali ramai penghuni hotel sudah turun ke masjid, jadi sewaktu pintu lift terbuka, tidak ramai orang di dalamnya seperti selalu. Lobi hotel kelihatan lengang. Sempat kita hantar mesej beritahu Encik Suami kita akan ke masjid.

Subuh di Masjid Nabawi : 15'Celcius

Kali ini tidak perlu berebut-rebut untuk masuk ke Pintu 25, kerana tahu ruangan solat di dalam masjid sudah penuh, sebaliknya menuju ke perkarangan masjid yang berkarpet, dan di bahagian belakang sekali.

Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu

Suasana jemaah wanita di bahagian perkarangan Masjid Nabawi pada pukul 5:37 pagi, Jumaat 30 Disember 2022.


Selesai solat sunat tahiyatul masjid, tersedar wanita di sebelah selsema, kerana terdengar hembus hingus dan lap dengan tuala kecil. Kemudian diletakkan tuala kecil tadi di bawah sejadahnya. Alamak! Tak semena-mena kita terfikir pula simptom Covid-19. 

Melihat ada tempat kosong di barisan hadapan, kita pun pindah. Azan subuh berkumandang, dan ketika rukuk sewaktu solat sunat nampak air mata kita bulat-bulat jatuh di atas sejadah. Subuh yang sangat dingin itu kita basahi dengan air mata yang semakin ditahan, semakin laju mengalirnya lalu tersumbatlah hidung kita. Tiba-tiba rasa takut pula kalau jiran sebelah kita sangka kita selsema! Menyesal pula menuduh (dalam hati) wanita di belakang yang kita sangka bawa simptom Covid-19! 


Bagaimana pun semuanya fokus ibadah masing-masing, kerana selesai solat jenazah, wanita di sebelah kanan tekun berzikir, dan wanita sebelah kiri pula duduk di atas kerusi sambil membaca al-Quran.

Jemaah lelaki dan perempuan beransur-ansur meninggalkan masjid, tetapi kita terus  duduk di situ. Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu kita dari belakang, dan rupanya wanita yang kita sangka selsema dengan simptom Covid-19, datang mengucapkan salam. Entah dalam bahasa apa, wanita itu seolah-olah mengatakan ada seseorang hendak berjumpa kita di belakang. Kita hanya angguk-anggukkan kepala. Wanita itu kembali semula ke tempatnya dan datang lagi ke tempat kita membawa sesuatu di tangannya.

Allah ya Allah! Rupanya dia hulurkan niqab kita yang tertinggal di sebelahnya sewaktu kita tergesa-gesa pindah tempat! Lihat itu! Kita sudah sangka buruk kepadanya, sebaliknya dia pula yang mencari kita untuk kembalikan niqab kita yang tertinggal!

Setelah hari semakin cerah, kita buka HP, dan Encik Suami hantar mesej, sedang dalam perjalanan ke Perkuburan Baqi pada pukul 6:35 pagi. Oleh kerana jemaah perempuan tidak dibenarkan memasuki Perkuburan  Baqi, jadi kita hanya menunggu sahajalah cerita daripada Encik Suami. Seperti biasa, kata Encik Suami kita jumpa di pagar 335, tapi seandainya tidak muncul, tunggu sahaja di lobi hotel.

Setelah ruangan agak kosong, kelihatan beberapa orang pekerja pembersihan membawa plastik kecil dan mengutip sesuatu di atas karpet. Rupanya mereka kutip sampah kecil dan biji-biji kurma! Apabila Amie perhatikan betul-betul, memang banyaklah juga biji-biji kurma bertaburan di atas karpet! Syukurlah tidak ada seekor semut pun yang pernah Amie jumpa di atas mana-mana karpet!

Pekerja pembersihan sedang mengutip biji-biji kurma.


Amie beralih tempat di suatu sudut, untuk rasa lebih selesa. Sejuk semakin menyucuk, dan hujung jari terasa seakan beku dek dingin yang teramat! Dalam keadaan yang tidak bersesak dengan manusia, eloklah ambil kesempatan tunaikan solat dhuha dan solat taubat. Pada ketika ini, pipi yang sejuk terasa hangat oleh air mata yang terus berjuraian. Pagi itu, rasa hati sangat pedih! Dan di sujud akhir hanya mampu memohon ampun, ampun,ampun dan ampun kepada-Nya disertai sedu-sedan yang hanya diri sendiri dan Dia sahaja yang mengerti.

Tiba-tiba kita teringat Ibu Nada yang kita temui dalam perjalanan dari Brunei ke Jeddah DI SINI. Terngiang-ngiang suara Ibu Nada:

Ibu Nada: Nanti di Madinah Ibu boleh solat di Raudhah setiap hari.

Amie: Kami sudah daftar NUSUK untuk solat di Raudhah. Saya dijadualkan masuk ke Raudah pada pukul 23:00 -23:29 malam pada 29 Disember 2022.

Ibu Nada: Ya Ibu. Kalau hari-hari solat di situ pun boleh. In syaa Allah. Pintu akan dibuka selepas solat subuh sehingga jam lapan pagi. Jangan lupa itu ya Ibu. Usahakan untuk masuk ke Raudhah selepas solat subuh.

Kita cuba mesej Ibu Nada tetapi seolahnya nombor HP yang diberikan tidak berfungsi. Namun begitu, kita yakin dengan kata-kata Ibu Nada dan peluang untuk ke Raudhah masih terbuka, cuma perlukan usaha dan kesabaran sahaja.

Di sebelah tempat kita solat, datang sekumpulan jemaah dari Indonesia. Mutawif berikan tazkirah dan kita tumpang dengar. Lebih kurang pukul tujuh setengah pagi kita bersiap-siap untuk keluar dari perkarangan masjid. Kita menuju ke tempat paip air zamzam, dan sapu muka dengan penghulu segala air di dunia supaya kurang nampak kesan tangis dan bengkak mata.

Kita tinggalkan masjid dengan doa : Ya Allah, aku memohon kurnia-Mu.

Sampai ke pagar 335, tiada Encik Suami di situ. Kita pun terus menuju ke lobi hotel. Dari jauh sudah kenal susuk tubuh Encik Suami yang memakai baju sejuk warna ungu. Memang itulah saja sehelai baju sejuk yang dibawa!


Sebaik sahaja berpandangan dengan Encik Suami, dan belum sempat berkata-kata, tiba-tiba ada seseorang memberi salam dari belakang. Oh, rupanya pengiring kami dari Sabah Puan Yatie. Katanya, esok pukul tujuh pagi dia akan cuba masuk ke Raudhah bersama beberapa orang jemaah wanita dengan menggunakan surat. Dia mengajak Amie untuk turut serta dan berkumpul di pintu 338 selepas solat subuh. Maksudnya, kami boleh masuk ke Raudhah tanpa menggunakan permit NUSUK!

Allah As Sami'.
Allah Al Bashir.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala sesuatu, baik yang terang atau yang rahsia.
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat dan Menyaksikan segala sesuatu. Tiada sesuatu pun baik di dalam batu di perut bumi mahu pun di luar angkasa melainkan Allah melihatnya. Demikian pula seluruh amal perbuatan hamba dan isi hatinya.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT


7 comments

  1. Allahuakbar...amie saya nangis ni baca tulisan amie. Rindu pula pada Raudhah. Semuga Allah mendengar keluhan amie dapat masuk ke Raudhah.

    BalasPadam
  2. Allahuakbar terasa sempit dada...sebak rahsia Allah..Moga Allah juga turut menjemput saya dan keluarga ke sana

    BalasPadam
  3. Sebak dada baca..kita plak ikut berjurai airmata...x sabar nak tau kak amie dapat masuk x Raudhah

    BalasPadam
  4. aduh kenapa baca ni sambil mata berair jugak ni kak... aaduhla kak oi.... Dekat sana kan macam sentiasa ada keajaiban kan, pasal yang terdetik akak pada jemaah yang selsema tu udahnya akak pun hampir sokseksoksek hidung tersumbat sebab menangis. Lepastu boleh dia pulangkan niqab akak pulak ya.

    BalasPadam
  5. Allahu...
    Alhamdulillah...manis akhirnya doa didengar olehNya..
    Saya baca catatan dari belakang🤭

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe