Sarapan Nasi Goreng & Terung Goreng
12:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 05 Januari 2023
Hari : Khamis
Hari ini ada aktiviti lawatan ke luar kota Makkah. Selepas solat subuh di Masjidil Haram, kami segera ke hotel untuk bersarapan. Kali ini Al-Fahyaa Restaurant belum selesai membuat persiapan sarapan, jadi kami diarahkan ke dewan makan lain.
Nasi Goreng + Terung Goreng + Telur Rebus |
Suasana di hadapan lift di lobi hotel. Kami mengambil masa selama 12 minit untuk naik ke tingkat 6 (dewan makan). Tak larat daki tangga sampai ke tingkat 6! Kalau turun tangga bolehlah.
Sudah sampai Al-Fahyaa Restaurant, diarahkan pula ke dewan makan lain. Ikut sahajalah arahan petugas, naik turun lift!
Entah apa namanya tempat makan ini... ahaks! Sudah sampai sini, diarahkan pula ke dewan makan lain pulak. Eh!
Berselera sungguh Encik Suami dapat makan nasi goreng sampai dua kali menambah! |
Rindu nak makan salad. Ambillah juga beberapa helai daun salad, timun dan sos. Telur rebus tadi kita kupas dan belah dua. |
Tambah dua keping pancake tuang madu. |
Orange Juice |
Selesai sarapan, kami terus turun ke lobi hotel, ambil angin pagi sambil menyaksikan burung merpati sementara menunggu waktu untuk naik bas ke tempat lawatan.
15 comments
Aduh, mujur tiada yg hilang sabar. Takut jugak jika hilang sabar, Kak Amie.. apapun, hidangannya nampak sedap sampai menambah2 ya.
BalasPadamItulah agaknya yang disebut-sebut kalau umrah kena banyak bersabar, dan jangan marah-marah. Rupanya ada dugaannya yang kadang-kadang tak disangka-sangka.
PadamNasib baik semua x bertukar hijau ye kak amie..tukar sana tukar sini..nampak sedap plak nasi goreng tu..jus oren tu pun
BalasPadamPekerja di dewan makan pun bengang juga tu, sebab terlalu ramai jemaah datang dalam satu-satu masa terutama selepas waktu solat. Walaupun waktu makan panjang tapi disebabkan sangat ramai, memang kalut juga mengurusnya tu.
Padambanyak juga kena berpindah randah ke restoran lain..alhamdulillah akhirnya dapat sarapan...
BalasPadamSebelum ini tak tahu ada beberapa tempat makan di hotel ini.
Padamcukup ke sarapan tu kak amie? nak2 lagi lepas tu nak berjalan2 ke luar kota mekah. alhamdulillah sedap2 nampak makanannya.
BalasPadamCukup Carneyz. Sekadar alas perut saja. Kalau ikutkan hati nak makan apa saja yang ada, tapi memikirkan ada aktiviti luar, jadi kena jaga perut juga supaya tak meragam dsb. Di dalam bas ada tandas, tapi tentu tak berapa selesa gunakannya.
PadamNasi goreng beras basmathi sedap tu sampai menambah En Majid..
BalasPadamTerung goreng tu namoak macam daging panggang dihiris🤭
Itulah Mama Cella, saya terpikat dengan terung goreng yang macam daging panggang.... ahaks!
PadamBaca cerita kak Amie di tanah suci nih, jadi rindu sangaaat nak kesana lagi. Yang saya dengar, memang sedang ramai orang-orang di sana melaksanakan umroh ya kak. Happy dengarnya. ❤️.
BalasPadamSaya dengar jemaah umrah dari Malaysia sekali datang 250 ribu, tetapi jemaah dari Indonesia 1 juta! Wallahua'lam. Memang ramailah waktu tawaf dan sa'i pun seperti waktu mengerjakan haji.
PadamBersabar je lah bila terpaksa menunggu giliran masuk lift.
BalasPadamMasuk dewan makan pada masa yang sama sebab ada aktiviti walau masa makan panjang. Kalau tiada aktivit boleh lah relax2 makan.
Kalau di Madinah, ada juga waktu relaks, tapi di Makkah memang padat aktiviti. Waktu malam sahajalah dapat berehat. Alhamdulillah.
Padamringkas sungguh ye kak, tapi nampaksedap salad tu walaupun ringkas... terung antara sayur kegemaran tu kak
BalasPadam