Bismillahirrahmanirrahim.
Ketibaan kami di pelabuhan Tarifa disambut oleh tour guide yang sudah sedia menunggu kami. Alhamdulillah, tour guide sepanjang berada di Sepanyol dan Portugal merupakan seorang wanita berasal dari Indonesia iaitu Puan Watie. Seronok sangatlah kami kerana dapat bertemu dengan rakan dari negara jiran, seagama dan serumpun bangsa. Pemandu bas kami pula seorang lelaki warganegara Sepanyol.
Ketibaan kami di pelabuhan Tarifa disambut oleh tour guide yang sudah sedia menunggu kami. Alhamdulillah, tour guide sepanjang berada di Sepanyol dan Portugal merupakan seorang wanita berasal dari Indonesia iaitu Puan Watie. Seronok sangatlah kami kerana dapat bertemu dengan rakan dari negara jiran, seagama dan serumpun bangsa. Pemandu bas kami pula seorang lelaki warganegara Sepanyol.
Setibanya di Algeciras, kami terus menuju ke Restaurante Encuentro Familiar untuk melayan perut yang sedang lapar. Maklum sahajalah, suhu sejuk dan kebetulan pula kami perlu berjalan agak jauh dari bas, jadi tidak bolehlah perut dibiarkan lama berdendang sayang!
| Hidangan tengah hari : Nasi & Kebab Maghribi |
Hidangan di sini merupakan gabungan kulinari tradisional Maghribi dan Mediterranean.
Sebelum menikmati hidangan tengah hari, Amie kongsikan dahulu beberapa keping gambar yang Amie rakam sepanjang berjalan kaki dari bas menuju ke restoran.
Nampak lengang sahaja suasana di sini.
Di sana sini kelihatan pokok palma yang tinggi-tinggi ditanam bersusun di sepanjang jalan.
Bas kami berwarna biru.
Di kawasan ini terlihat perbezaan pokok-pokok jalanan. Entah pokok apa namanya. Yang pasti di musim sejuk, memang cerondol tinggal ranting saja.
Nampak bersih kan?
Di sinilah kami singgah makan.
Syukur seribu syukur! Restoran bertanda halal menyambut kedatangan kami.
Di atas meja sudah terhidang roti dan buah epal.
| Buah epal. |
Dalam entri lepas: MAKAN MALAM DI HOTEL TANGER MED,
Mira dari KAKMIM.COM tanya : Kenapa buah epal ada bintik-bintik?
Agaknya memang jenis epal ada bintik-bintik kot. Kalau di tempat kita, semua epal licin mulus kulitnya kan.
Epal ini manis bersari. Apabila dipotong, meleleh pula jusnya. Wangi baunya.
Makan sebiji epal dengan pisang memang boleh mengenyangkan perut!
Sementara menunggu nasi sampai ke meja, tinjau-tinjau dahulu jenis-jenis salad yang ada di sini.
- Ensalada de la casa
- Ensaladilla Rusa Grande
- Ensalada Mixta
Ada kicap dan mayonis, kiranya pengganti sambal belacan ... ahaks!
| Air Mineral. |
Inilah hidangan makan tengah hari kami. Ada nasi, kebab kambing, daging dan kebab ayam. Kebab yang merupakan makanan ruji orang Morocco ini biasanya diperap dengan rempah dan herba seperti jintan, paprika, pasli, dan ketumbar.
Nasinya pula kelihatan seperti tidak berapa tanak seperti nasi kita, tetapi memang beginilah kebanyakan nasi yang kami temui sepanjang kembara di Morocco, Sepanyol dan Portugal.
| Bismillah. |
| Alhamdulillah. |
Selepas makan, kami bergambar kenangan.
Selepas itu kami menapak menuju ke bas dan menuju ke destinasi seterusnya.
Algeciras ialah sebuah bandar di Sepanyol dalam wilayah Cádiz, Andalusia. Terletak di hujung selatan Semenanjung Iberia, berhampiran Selat Gibraltar, ia adalah bandar terbesar di Teluk Gibraltar (Bahasa Sepanyol: BahÃa de Algeciras).
Ketika berada di dalam bas, kami masih boleh menyaksikan pemandangan Pelabuhan Algeciras yang merupakan pelabuhan terbesar di Eropah dan dunia dalam tiga kategori: kontena, kargo dan pemindahan penghantaran.
Dari celah-celah pokok palma, masih dapat dilihat kawasan Pelabuhan Algeciras.