Bismillahirrahmanirahim.
Hari ini 24 Februari, hari ulang tahun arwah Kak Ros yang sudah 22 hari meninggalkan kami. Kehilangan ahli keluarga memang sungguh sakit! Namun kita kena reda kerana ini merupakan ketentuan yang sudah tertulis. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kita yang tinggal ini sebaiknya mengambil iktibar di atas pemergian insan khususnya yang terdekat dengan kita.
Sewaktu Amie berulang-alik ke Hospital Sungai Buluh, Amie sempat membaca Adab-Adab Menziarahi Pesakit Menurut Islam yang diterbitkan semula oleh Biro Pendidikan Kesihatan Hospital Sungai Buluh. Terbitan asal : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Amie ambil brosur Adab-Adab Menziarahi Pesakit Menurut Perspektif Islam. |
Kelebihan Menziarahi Orang Sakit:
Menziarahi orang sakit adalah amalan sunat dan digalakkan oleh Islam. Amalan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga dan sesama muslim.
Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah hingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa. (Riwayat at-Tirmizi)
Hadis 2:
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Adab Menziarahi Pesakit
Boleh:
- Berniat menziarahi orang sakit mengikut sunnah Rasulullah SAW.
- Membersihkan tangan sebelum dan selepas bersalam dengan pesakit.
- Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
- Mendoakan pesakit agar cepat sembuh.
- Memberi keutamaan kepada doktor dan jururawat memeriksa keadaan pesakit.
- Patuhi waktu lawatan dan memendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat.
- Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian.
- Mengetahui keadaan pesakit seadanya.
- Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar ke dalm mod senyap atau getaran.
- Menangis di depan pesakit.
- Duduk di atas katil pesakit.
- Memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya.
- Merokok sebelum atau ketika anda melawat pesakit.
- Bercakap terlalu kuat.
- Menyebut penyakit orang lain yang sama atau seumpaman penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyinggung perasaan pesakit.
- Memakan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya.
- Jika kehadiran anda membuatkan pesakit lebih tertekan, sebaik-baiknya tunggu keadaannya lebih stabil.
- Menziarahi pesakit sekiranya anda tidak sihat.
- Patuhi semua adab yang telah disenaraikan.
- Tunjukkan rasa simpati, tetapi jangan menangis di hadapan pesakit atau ahli keluarga.
- berdoa secara terbuka tetapi mesti dilakukan dengan nada perlahan:Ya Allah, berikan dia kehidupan jika kehidupan itu lebih baik kepadanya, dan berilah dia kematian jika kematian itu lebih baik kepadanya.
- Jika ruang mengizinkan, jadiahkan bacaan al-Quran atau Surah Yasin.Bacalah Yasin ke atas orang yang sedang nazak (hampir mati). Riwayat Abu Daud.
- Sunat menitiskan air ke dalam mulut pesakit jikaternyata pesakit dalam keadaan dahaga.
- Sunat membisikkan kalimah syahadah ke telinga pesakit dengan lembut.Rasulullah SAW bersabda:Ajarkanlah orang-orang yang hampir mati dengan ucapan La ilaha illallah (tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Riwayat Abu Daud.