Melawat Perkuburan Baqi' - Jannat al-Baqi' / Baqi' al-Gharqad
10:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pada pagi Jumaat bersamaan 30 Disember 2022, Encik Suami berpeluang berziarah ke Perkuburan Baqi'. Perkuburan Baqi' juga dikenali dengan nama Jannat al-Baqi' yang bermaksud Kebun atau Taman Syurga, dan nama lain bagai perkuburan yang berusia lebih 1,400 tahun ini ialah Baqi' al-Gharqad yang bermaksud Taman Pepohonan Kecil.
Hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk mengikut waktu yang ditetapkan iaitu selepas solat subuh, dan selepas solat asar. Pada hari pertama kami melawat ziarah sekitar masjid Nabawi, kami hanya berada di luar pagar yang dikawal ketat oleh askar Arab. Mutawif juga mengingatkan kami, bahawa berdoa menghadap kubur adalah dilarang sama sekali, dan itu merupakan perbuatan bida'ah kerana berdoa hendaklah menghadap arah kiblat, bukannya menghadap kubur. Jika didapati ada jemaah yang berbuat demikian, askar akan menghalau mereka. Jadinya, mutawif membimbing kami di luar pagar untuk mengucapkan salam kepada keluarga Rasulullah dan para sahabat yang disemadikan di sini dengan memberi peringatan tidak boleh menadah tangan seolah-olah sedang berdoa.
Di Tanah Perkuburan Baqi ini, semua isteri Rasululullah kecuali Siti Khadijah ( isteri Rasulullah dimakamkan di Jannat al-Maula Makkah), dan ahli keluarga baginda dan lebih 10,000 sahabat dikebumikan.
Perkuburan Baqi kelihatan seperti tanah yang lapang dan luas tanpa tumbuh-tumbuhan, kering tandus dan berbatu-batu. Tiada sebarang bentuk tanda khusus atau sebarang tulisan seperti batu nesan di tempat kita.
Video Perkuburan Baqi'.
Semua gambar dan video yang Amie kongsikan ini diambil dari HP Encik Suami. Apabila Encik Suami bercerita tentang salah satu kubur tempat persemadian Halimatus Sa'diyah, ibu susuan baginda Rasulullah SAW, teringatlah kita Firdaus suka tanya kita siapakah nama ibu susuan nabi? Kita sebut Halimatul Saadiah tetapi Firdaus kata ada ibu susuan nabi yang lain iaitu:
- Ibu susuan yang pertama - Ummu Aiman Barakah Al-Habasiyyah - setelah dilahirkan tiga atau tujuh hari oleh Siti Aminah, ibu Nabi Muhammad SAW, Ummu Aiman menyusukan baginda.
- Ibu susuan yang kedua - Tsuwaibah (Mawla Abu Lahab)
- Ibu susuan yang ketiga - Halimatus Saidiyah (Halimah binti Abi Dzuain As-Sa'diyah)
Sebenarnya banyak cerita bersejarah di perkuburan ini, namun akibat kurang ibu dan penelitian tak beranilah pula hendak menulisnya. Antaranya termasuklah usaha pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk memusnahkan tapak perkuburan ini atas niat untuk menghancurkan dan menghapuskan kesan-kesan peninggalan sejarah Islam.
Semoga usaha untuk memusnahkan kesan sejarah perjuangan Islam tidak berulang lagi, dan diharap kunjung ziarah ke permakaman ini akan sentiasa mengingatkan kita kepada mati dan menambahkan takwa kepada-Nya.
Ini sahajalah perkongsian ringkas lawatan ziarah Encik Suami bersama jemaah lelaki di Perkuburan Baqi' yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Perkuburan baqi' merupakan tanah perkuburan yang paling mulia, dan sering diziarahi Rasulullah sewaktu hayat baginda masih ada. Menurut ceritanya, ada sebuah makam kecil tempat anakanda baginda dikebumikan, wafat di usia kecil 18 bulan bernama Ibrahim. Ibrahim merupakan anakanda baginda hasil perkahwinannya dengan Maryam al-Qibtiah. Rasulullah memakamkan puteranya dengan deraian air mata.
Ada hadis mengatakan ahli kubur Baqi' merupakan golongan pertama yang dibangkitkan di akhirat kelak. Wallahua'lam.
Perkongsian video lawatan ke Perkuburan Baqi'
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
6 comments
Luas Tanah Perkuburan Baqi ni .
BalasPadamTerima kasih En. Majid sudi merakam dan mengambil foto. Ramai yang dapat tengok di sini walaupun tak dapat masuk.
Al-fatihah... sebak pulak tengok gambar.. apatah lg yg berpeluang tgk depan² perkuburan golongan baqi ni
BalasPadamramai juga saudara kita dari Malaysia yg telah dikebumikan di tempat yang mulia ni..moga2 kita juga termasuk dalam golongan mereka
BalasPadamkenapa wanita tak boleh ke sana ye kak? nampak luas dan sama je, ada tanda batu je ye di kubur di sana. Tak sangka ada juga ya yang berniat untuk musnahkan tanah perkuburan itu. Moga tanah perkuburan al baqi tu terpelihara hingga hari kiamat nanti
BalasPadamterima kasih atas perkongsian Amie , mudah-mudahan ada rezeki kak ana juga jejak kaki ke tanah suci sebelum berakhir hayat .. aamiin
BalasPadamTerasa seperti saya mendengar penerangan daripada tour guide..terang dan jelas setiap destinasi yang disinggahi..Semakin excited nak ke sana
BalasPadam